BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Follow me

Rabu, 15 Ogos 2012

Pak Teh dan Tok......pergi selamanya


Pada bulan April 2012 yang lalu saya telah dikhabarkan berita kehilangan dua orang keluarga rapat sebelah ayah saya iaitu adik ayah yang saya panggil Pak Teh dan Ibu kepada ayah saya yang saya panggil Tok. Selepas pak Teh didapati sakit kencing manis, Pak Teh meninggal dunia. Pak teh bukan la orang yang senang-senang, ketiadaan Pak Teh pula amat dirasai oleh dua orang anaknya dan seorang isteri yang tidak bekerja.  Syahdu juga mengenangkan anak bongsunya ketika itu. Yerlah...masih bersekolah di tingkatan 1. Syukurlah dia masih mempunyai abang yang berumur 19 tahun, sekurang-kurangnya ada tempat untuk bergantung.  Aku menjadikan ini sebagai iktibar kepada diri aku sendiri untuk lebih bersyukur dengan nikmat yang telah Allah berikan. Dan menjadikan aku lebih faham dimana kedudukan anak-anak yatim yang perlu kita muliakan.

Nabi junjungan pernah bersabda, kalau seseorang itu berjumpa anak yatim kemudian dengan hati yang ikhlas dia menyapu tangan pada kepala anak yatim, perbuatan itu sangat-sangat disukai Allah.  Ini menunjukkan betapa kita disuruh mengasihi anak yatim. Mengusap kepala dengan niat sahaja sudah dimuliakan Allah apalagi melindungi mereka.


Namun, selang seminggu selepas ketiadaan Pak teh, Tok pula pergi.


Begitulah kehidupan ini, kita di dunia ini hanya sekejap sahaja. Kita dihantar oleh Allah untuk menjadi Khalifahnya, untuk beriman dan bertakwa kepadanya, namun, alangkah malunya untuk menghadapi Allah sekiranya kita tidak menunaikan amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan kepada kita

Dalam kitabnya Zadul Ma’ad Allamah Al-Majlisi berkata: Hendaknya yang hidup tidak melupakan orang-orang yang telah meninggal, kerana mereka sangat terbatas untuk memperoleh amal yang baik. Mereka mengharap dan mengintip kebaikan dari anak-anaknya, kerabat, dan saudara-saudaranya yang beriman. Khususnya doa-doa mereka dalam solat-soat malam mereka, sesudah solat-solat fardhu, dan doa-doa mereka di kuburan-kuburan suci. Hendaknya seorang anak mendoakan ayah dan ibunya lebih banyak daripada terhadap orang lain, dan beramal kebajikan untuk mereka.

0 comments: