BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Follow me

Sabtu, 31 Disember 2011

Sudah 2012 la....

Saya masih lagi diambang tahun 2011...sedangkan masa telah berlalu menunjukkan saya sebenarnya didalam tahun 2012...huh! makin berganjak lagi usia. Namun begitu, kepada semua saya ingin mengucapkan Selamat tahun baru 2012. Ya...tahun yang baru...mudah-mudahan tahun ini memberi semangat baru untuk meneruskan kehidupan. Alhamdulillah, Allah telah memanjangkan usia kita dalam meniti kehidupan hari-hari...sehinggalah kita diketemukan dengan tahun 2012 ini. Nampaknya agenda saya untuk hujung tahun ini banyak dengan aktiviti bersama keluarga dirumah sahaja...(hehe guna ayat sedap sket berbanding saya menggunakan "menghabiskan masa")...sebenarnya bertahun-tahun telah menyambut new year bersama rakan-rakan, mahupun keluarga terdekat, tapi pastinya saat itu tidak sama seperti dulu lagi...persekitaran berubah mahupun orang itu sendiri... Begitulah berakhir sebuah episode enjoy mengenjoy zaman muda remaja dulu (rasa mcm dh tua sgt plak dh). Apapun, kalau tidak kerana siapa kita di waktu itu, kita tidak ada seperti hari ini kan....kepada pelajar-pelajar saya pula yang telah menduduki SPM 2011 anda kini sudah tidak perlu ke sekolah lagi . Anda pula sudah 18 tahun, iaitu fasa selepas melalui zaman persekolahan . sekiranya anda datang ke sekolah untuk STPM nanti, pastinya anda juga digelar “Super Senior” (bukan super junior ~sory...sory~ ). Kepada pelajar saya di SMK DDS kelas 4 Lamda 2010...saya sentiasa doakan kejayaan anda yang sering bercita-cita tinggi itu ya...
Pada tahun ini 2012, terpaksa menjadi penyelaras SPM 2012 pula. Satu amanah yang cukup besar dan berat tanggungannya. Namun begitu, kepada pihak sekolah, saya akan berusaha sebaik mungkin. Terima kasih atas kepercayaan itu. Sepanjang mengawas SPM 2011 selama hampir 1 bulan yang telah lepas, saya berkesempatan mengambil dan merakam beberapa pixc kekusyukan pelajar menjawab SPM ini...Mereka adalah harapan sekolah, harapannya juga agar keputusan peperiksaan mereka nanti dapat melonjakkan lagi nama baik sekolah dan guru ...InsyaAllah....


tekun menjawb soalan peperiksaan.





Antara wajah-wajah pengawas SPM 2011...rakan sekerjaku dan juga ketua pengawas kami.


Bercerita mengenai usia pula...semestinya umur kian meningkat...tertangkap pula artikel dalam sebuah akhbar Berita Harian 31 Disember 2011 mengenai 10 lelaki perlu dijauhi...haha...tak tau kenapa...mungkin artikel itu ada menyatakan sang penulis berusaha mencari calon suami mithali namun belum berhasil lagi... dan statement yang paling saya suka adalah :

“Tahun ini, nak azam tak nak dah cari calon suami. Kalau ada, ada...Kalau tak da, tak apa...tunggu lagi....hehehe. lagipun tak mati kalau tak ada suami.”

Tapi betul juga kenyataanya, ini bukanlah bermaksud hendak melawan hukum tuhan atau ayat kecewa. Lagipun usia masih muda...belum la sampai tahap terdesak lagi. Cuma keadaan dan masyarakat disekeliling yang sering mendorong untuk berkahwin cepat...entah apa la yang mereka ini risaukan....



Sebab perkara simple seperti inilah yang menyebabkan golongan wanita bujang jadi tensen mahupun tertekan...


Ada juga yang bagi suggestion agar mandi bunga la,


makan secubit sirih junjung hantaran la dan macam-macam lagi.

Betul kita perlu berusaha tapi janganlah sampai boleh merosakkan akidah sendiri. Contohnya dari pembacaan-pembacaan saya mengenai salah satu produk aura-aura, naik-naik seri di pasaran ni (tak perlulah saya mentionkan nama produk tersebut). Terdapat seorang ustaz mengatakan ianya haram sama sekali. Ada juga yang melenting pada ustaz tersebut seolah-olah mengatakan ustaz itu takda ilmu yang cukup untuk berhujah. Saya sendiri taknak berpanjang lebar mengenai ini, pada saya, apabila kita was-was, lebih baik jangan guna terus kan? Begitu juga memakan secubit sireh yang diambil secara curi-curi tanpa pengetahuan orang ramai...dah terang lagi bersuluh...namanya pun mencuri, pastinyalah berdosa dan hukumnya dah jadi haram juga. Tapi tak perlulah tergesa-gesa, mendTakdiesak menggunakan jalan singkat seperti itu. Kita mesti yakin dan pasti Allah telah tentukan takdir kita...Ajal, maut, jodoh, pekerjaan mahupun tempat kita dikebumikan. Lagipun sepanjang tahun 2011 ini macam-macam kisah yang telah saya dengar melalui pengalaman rakan-rakan, pembacaan dan juga berita, ada yang sengsara menjadi isteri. Yerlah...nak pasangan, dapat pasangannya. Inginkan suami, ada suami tapi tak ubah macam hidup tak berlaki, derita sendiri. Ada yang hidup bersama, tapi asyik makan hati; makan, minum, pakai guna duit sendiri dan yang lebih teruk semua perbelanjaan anak-anak kena tanggung sorang-sorang pula.

Dalam kes macam ni, ada ke mak lang, mak cik, mak long yang beria suruh “kawin cepat-cepat” tu nak tolong?...haaa...jawablah. Hakikatnya, kitalah yang perlu mengingatkan diri kita sendiri, disamping kita perlu meningkatkan ilmu pengetahuan dan agama.

Saya sendiri pernah mengenali seorang rakan sekolah yang juga boleh dikategorikan soleh. Yerlah, namapun belajar di sekolah agama...Saya merasakan perkenalan ini cukup bermakna sekali kerana hidup diwarnakan dengan unsur-unsur nasihat dan agama. Tapi benarlah kata Al-Quran lelaki yang baik, jodohnya juga adalah untuk yang baik...saya pun rasa saya belum cukup baik untuk dia. Dan dia pula akan berkahwin dengan salah seorang rakan kelas saya juga....begitulah hakikatnya...lagipun mereka sememangnya serasi...seorang soleh manakala seorang lagi solehah...Namun apapun saya mendoakan kebahagiaan sahabat dan sahibah saya itu...semoga berkekalan hingga akhir hayat. Amin.

Pelik juga sebenarnya mana semua spesies calon suami mithali ni ye? Atau mungkin kerana nisbah wanita yang lebih banyak dari lelaki? Oleh itu, cabaran kaum hawa kini makin hebat, maka berhati-hatilah kaum hawa sekalian. Jadi disini, saya ingin berkongsi sedikit info yang diambil dari sumber berita harian yang juga diambil daripada Ensaiklopedia Petua Melayu Lama mengenai 10 LELAKI PERLU DIJAUHI:

1. Lelaki yang sering mengucapkan kata sayang tetapi tidak mahu atau tidak bersedia untuk menjalin hubungan yang lebih serius walaupun anda telah mengenalinya bertahun-tahun lamanya. Maksudnya anda bukan orang yang diinginkannya, mungkin juga bukan dalam kamus hidupnya.
2. Lelaki yang sentiasa menghubungi anda tanpa mengira waktu. Selalu mengeluarkan kata-kata manis, tetapi bila anda perlukannya dia langsung tidak muncul dan menyakitkan hati apabila banyak pula alasannya.
3. Lelaki yang selalu mengajak anda keluar hanya sebagai teman tapi mesra. Ibarat merpati dua sejoli. Tetapi, lelaki itu tidak terdetik ingin meletakkan anda dalam hatinya.Apa lagi, jangan buang masa dengan lelaki seperti ini.
4. Antara lain lelaki yang dah ada kekasih tapi tetap mahukan anda. Hanya memenuhi nafsunya.
5. Lelaki yang pandang hanya dirinya saja betul. Sering dimarahi, ditengking, kadangkala hal kecil sengaja dibesarkan.
6. Lelaki yang naif mementingkan diri sendiri
7. Lelaki yang tidak tahu kehendak dirinya.
8. Lelaki yang sentiasa mengganggu anda.
9. Lelaki yang suka memburukkan lelaki lain kerana cemburu. Ini sikap mengongkong.
10. Lelaki yang tidak dapat memberikan layanan yang betul kepada wanita.


Khamis, 10 November 2011

Kem Seni Visual 1-3 November 2011

Kem seni visual ini diadakan selepas peperiksaan akhir tahun berakhir. Fokus utama adalah untuk memantapkan kemahiran seni dan pengkaryaan dikalangan pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 6 rendah sahaja. Hanya 4 orang mewakili bagi setiap sekolah. Yang pastinya antara banyak-banyak kem yang penah dilalui, semestinyalah kem seni visual yang paling best...sebabnya??? sebab kem seni yang dianjurkan ini melibatkan aktiviti outdoor, dan yang pasti tak serabut pun kepala berbanding kem yang lain selama perkhidmatan ini. Guru-gurunya pun sempoi dan mmg berjiwa seni...terbaek!

Antara aktiviti dalam dewan, pelajar-pelajar ini bersedia untuk the next step....mula belajar melukis-slot oleh salah seorang pengiat seni tanah air....

Ketika pelajar terlibat dengan slot tutorial, time itu lah guru-guru ambil peluang untuk berkarya....waduh...karya mereka bikin meremangkan bulu roma gua la....


Ini dilukis oleh salah seorang guru. Sebelah kiri adalah gambar yang di snap manakala sebelah kanan adalah hasil pengkaryaannya.....lukisan tu lagi cantik la Kak Anis...

Hasil-hasil pengkaryaan pelajar dan guru. Nampaknya banyak perkara lagi perlu diperbaiki....(sedar diri...huhu)


Ini adalah tagging nama kami, mana ada jual kat tempat lain...ha...berseni tak? design by k.Anis yang memang x-student graphic UiTM....ello my senior!...

Pegawai dari jabatan memerhatikan karya yang dipamerkan bagai galeri sambil diiringi guru STPM-K.Reen

Antara pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri datang untuk acara perasmian penutupan program.

Lihatlah guru-guru seni yang ambil gambar dengan gayanya. Setiap seorang ada DSLR tu...adoi...rasa macam kena memilikinya la satu hari nanti...








K.Reen menunjukkan karyanya yang teragong tu...tapi sayang dia malas nak menghabiskan coloring...yerla biasa orang buat berhari-hari...ini buat dalam sehari...kira terbaik la tu....caya la K.Reen

Akhir sekali sesi bergambar untuk kenang-kenangan.

Isnin, 10 Oktober 2011

Macamana bermulanya Zina!

‎"SMS SERAM NI DARI 'AGEN SYAITAN...'


Satu lagi pembacaan saya yang membuatkan saya tersentak. SMS ini memang
sengaja ditulis dengan penulisan seorang lelaki. Ceritanya
memperlihatkan bagaimana seorang muslimat di'rosak' dengan mudah hanya
dengan kata-kata manis! Wahai sahabat-sahabatku... Moga Allah peliharamu
daripada semua ini....

*****************************************************************

1.salam. Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama
sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy
harap kite bleh brkenalan.. ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab
ni…

2. Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try
sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik
sgt, tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik utk awk…

3.
Ingat tau, jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2
tau.. jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..

4.
awak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak
pun..sy tau sy percaye awk, tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk
dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate
cinta kot, wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk
da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq.. i love u too..

5. Wak,selain family, Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape saya dlm hati awk?

6.Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy
utk awk. sy tringin gak nk jd cm room8 sy ni. Pggl syg.. bole ke? Awk
pggl sy bi ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan
je..thanks syg.. love u... ..

7. Yang. kekdang bi tgk
syg ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan .. tq
ek gtau, mkin dalam pulak rindu kat syg ni... .hihihi..

8.Yang bi nak syg tau, sayanglah segalanya utk bi, syg la pmberi semangat
utk bi... yang... ..bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek.. jgn
risau..inikan membuktikan bi caring.. so jgn risau..k..yeye. . bi janji
kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh!

9. Syg..da lama kite msg, leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love u.... ..

10.Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh
pakse dlm hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..

11. Hi syg, watpe 2? Nk ckp sket.. nape syg bwk satu battalion nak jumpa abg?... syg x caye kat abg eh.. huhu..

12.Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..cam
wardina lak..bkn syg x cntk.. just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je..
nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k..

13. Syg..abg sory ngan apa jd td.. abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp syg eh, trsentuhxpe..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..

14.Thanks jumpa td, syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke?
Ske abg romantik ek? Hehe.. Eh, td jumpa abg da berani tenung abg
ek..hoho.. tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa
pasni.. tgk..Allah memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan
abg skali ek..miss u..

15. syg..just nk tanya.. syg cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je... huhu..yang. . just nk tanya..rambut syg panjang x? just thinking of u at the moment…

16.Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg
special untuk abg yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg..gambar ni nak wat
wallpaper hp ngan kompter abg la..

17. Yang.. syg cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg
janji, abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg...

18. Syg..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .

19. Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?

SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR...

**************************************************************************

20. huh!... syg mengndung? tahu kat ne... cube check balik dgn doktor... xkan sekali buat dah mengandung, check balik k..

21. huh! btol la syg mengndung ni?? syg, utk kebaikan kita berdua, lebih baik syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..

22. Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda yang masing xbernyawa.....gugurkan jelah!!! jgn buat masalah bleh x!!

23. xsakitlah!!! nape manje sangat ni! xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..

24.sori syg, abg xbleh temankan syg ke klinik tu, abg malu klu terserempak
dgn family or member, malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut
syg yg besar tu..

25. Ape!! RM 5,000?? kau yg mengandung... kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu.. bukan
masalah aku.. lantak kau la... bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau
kau.. kau tu yg bodoh!! kau ingat kau tu cantik sgt?? aku dah xingin
kat kau!! pergi mmpos!

26. jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk.. xde masa nk layan kau!...

27.(terputus hubungan)

- wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..
- si lelaki mencari mangsa baru..
- dan kejadian terus berulang..

ITULAH KEBANYAKAN YANG TERJADI DI DUNIA KITA INI...
masyaallah~
harap kita x tergolong dalam golongan ni...

#adakah kita pernah menggunakan ayat-ayat diatas mahupun,terjerumus dengan ayat2 manis diatas....
urmmm,renung-renungkan dan ambil iktibar....
.

Jumaat, 7 Oktober 2011

Perkhemahan Kor Kadet Polis...


Siapa kata guru hanya mengajar di kelas dan menyampaikan ilmu kepada pelajar-pelajarnya. Hakikatnya, profesion seorang guru ini melibatkan banyak perkara. Terutamanya kebajikan pelajar ketika membawa pelajar keluar dari sekolah.



Aku sebagai seorang guru, juga guru kadet polis, terpaksa belagak dengan pangkat Inspektor Kadet membawa kontigen negeri ke peringkat kebangsaan. Dalam erti yang sama, menjaga kebajikan pelajar, terpaksa berkorban tenaga dan wang ringgit untuk kesenangan mereka.



Perkhemahan yang berlangsung selama 5 hari bermula dari 2-6 Oktober 2011. Berakhir pada hari khamis dan sampai ke IPK pada jam 11.00 malam. Tapi esoknya hari Jumaat, mesti ke sekolah bagi menguruskan pelajar yang terlibat dengan Sahibba pada pertandingan yang akan berlangsung 10 oktober 2011.


Ketika melibatkan diri di perkhemahan Kompleks Rakan Muda Kampar, aku juga mewakili guru perempuan negeri dalam acara menembak, walaupun hebat tidak mengena sasaran, tapi itulah guru...mesti serba boleh dan terpaksa berani, terutama membawa nama negeri.


Ketika malam pula, setelah mendengar taklimat dan mesyuarat kecil antara anggota polis negeri dengan guru, guru kembali ke khemah pelajar untuk memastikan keselamatan mereka. Memandangkan makanan di kem berasaskan makanan dalam tin yang agak tidak sesuai dengan perut masing-masing, guru terpaksalah keluar dari kem untuk membeli makanan tambahan kepada pelajar yang memerlukan...





Ketika malam kebudayaan pula, aku begitu kalut menguruskan baju yang perlu dipakai oleh pelajar yang menari. Menjadi fesyen designer mereka, begitu juga memastikan langkah tarian yang bakal dipersembahkan agar tidak kelihatan begitu janggal...dan menguruskan pendaftaran mereka yang terlibat dengan tarian...ibarat membuat larian marathon pula ketika itu...tapi....ya....itulah guru...semua mesti boleh.




Malam terakhir meraikan pelajar-pelajar yang berjaya dengan jamuan KFC.




Keesokan hari bergerak pulang ke negeri masing-masing, sempat pula singgah ke Zoo Taiping. Setelah selesai, guru dan polis yang membawa kereta menyinggah sebentar mengisi perut di Doli makan Koew teaw goreng, al-maklum saja, pantang dengar ada yang sudi belanja.



Ahad, 18 September 2011

Law kana baynana rancangan TV Al-Hijrah yg terbaik

Semenjak bulan Ramadhan yang baru berlalu ini..saya telah tertarik dengan salah satu rancangan TV 114 iaitu TV Al-Hijrah yang memaparkan kehidupan seorang muslim bersunnahkan amalan-amalan Rasullullah SAW. Rancangan ini memang lain dari yang lain kerana pengisiannya menekankan akhlak yang mulia yang boleh dicontohi dari Rasullullah SAW. Bukan itu sahaja, dalam rancangan ini juga ada menyerapkan beberapa intipati kisah-kisah kehidupan Rasul sehingga kewafatan baginda. Law kana bainana? ya...persoalan seandainya Rasulullah berada dihadapan kita...apa yang kita akan kata pada baginda SAW? kita sebagai umat Islam perlulah menanam cita-cita untuk berjumpa baginda suatu hari di syurga kelak...Insyallah....
Marilah ramai-ramai menonton rancangan ini setiap hari Ahad jam 9:00 malam...Moga kita beroleh syafaat dariNya....Wallahualam...

Selasa, 6 September 2011

Sudah dikecek, dikecong pula...

Sama ada kita kaki menipu atau selalu ditipu, kedua-duanya tidak baik untuk manusia yang mempunyai harga diri. Dua perkataan yang bunyi lebih kurang sama. Tetapi yang jelas, kedua-duanya mempunyai makna yang tersendiri. Menipu bermaksud, mengenakan tipu daya. Manakala ditipu pula ialah, diperdaya oleh orang lain. Kenapa harus menipu? Atau kenapa harus diberi peluang kepada orang lain untuk membenarkan mereka menipu diri kita?

Peribahasa di atas bermaksud, kena tipu lebih dari sekali. Amat malang bagi manusia yang tidak menjadikan kesilapan masa lalu sebagai panduan pada masa mendatang. Lebih malang apabila menyalahkan takdir di atas kesilapan diri sendiri akibat ditipu oleh orang lain. Menyalahkan takdir seperti juga menyalahkan Allah. Takdir itu tidak akan berlaku sekiranya, kita mengambil iktibar di atas perkara lepas. John Santayana pernah berkata,

“Celakalah manusia yang mengulangi kesilapan yang pernah sejarah ceritakan.”

Kenyataan John Santayana ini disebenarnya telah disuarakan sendiri oleh Nabi Muhammad pada 1500 tahun lalu. Kata baginda:

“Orang yang beriman tidak akan kena sengat dua kali dalam satu lubang" (Sahih Muslim).

Apakah signifikannya hadith di atas terhadap diri manusia? Hadith tersebut mengajar manusia bahawa kehidupan seseorang muslim yang mukmin, seharusnya terhindar dari melakukan kesilapan yang sama lebih dari sekali. Kerana ia melambangkan kebodohan dan kecuaian. Sedangkan Islam membawa panji kebijaksanaan dan keberhatian yang membawa kepada kebaikan kepada semua makhluk.

“Orang yang bijak itu nampak lebih besar walaupun umurnya masih muda, Manakala orang yang jahil itu nampak kecil walaupun umurnya sudah tua.”

Ayat di atas bukanlah hadith atau dalil-dalil yang dapat menghujahkan hukum. Ia cumalah sebuah ungkapan syair yang saya petik dari ribuan syair berbahasa Arab. Syair ini menggambarkan bahawa kebijaksaan itu tidak datang pada yang tua atau muda. Ia bergantung kepada manusia itu sendiri. Sama ada mahu menjadi Bijak atau Jahil. Beruntunglah mereka yang bijak dan mukmin, kerana mereka tidak akan menipu dan tertipu.

SAYA GURAU SAHAJA
“Siakap senohong, Gelama ikan Duri, Bercakap bohong, lama-lama mencuri.”

Bohong atau menipu adalah dua perkataan yang sama maknanya. Orang-orang Melayu dahulu, sangat kreatif dalam membina peribahasa. Ungkapannya indah, halus bunyinya dan mendalam isinya. Bohong atau menipu, membawa impak besar kepada diri yang menipu dan juga orang sekelilingnya. Kerana menipu bukan sahaja membawa impak negatif diri penipu, tetapi kadangkala memberi kesan kepada masyarakat. Menipu dalam apa jua, adalah sesuatu yang dilarang oleh Islam.
Sehinggakan Rasulullah menegaskan bahawa menipu untuk sekadar bergurau juga tidak dibenarkan dalam Islam. Sepertimana yang dikatakan oleh Rasulullah dalam sebuah hadith,

“Celakalah orang yang berbicara, padahal dia menipu, untuk sekadar membuat orang-orang tertawa, celakalah dia, kemudian celakalah dia." (Hadith ini Sahih dalam Bulughul Maram oleh Imam Ibnu Hajar al-Asqolani)

Moga kita tidak termasuk dikalangan orang yang menipu dan tertipu. Kerana orang yang bergantung harap kepada Allah, dan sentiasa berusaha untuk menjadi Muslim yang mukmin, pasti tidak akan menipu atau tertipu. Artikel ini diharapkan dapat memberi teguran dan peringatan untuk kita bersama, termasuklah kepada diri penulis. Kepada Allah segalanya dikembalikan..

Selasa, 23 Ogos 2011

Kisah kucing ku yang nyanyuk...





Kucing kesayangan kami sekeluarga ni telah lama tinggal bersama sejak tahun 2007 lagi. Kami sekeluarga panggil dia dengan nama CICAK. Abah yang letak nama tu. Kata abah bulu CICAK kat bahagian tengah belakang tu nak sama macam cicak yang kat dinding rumah. Mula-mula pelik lak nak panggil kucing ni CICAK. Tapi lama kelamaan dah menjadi kebiasaan, kami pun dah tak rasa pelik lagi. Semenjak pindah ke rumah taman ni la pertama kali kami membela kucing...banyak perkara terjadi dengan CICAK sampai beberapa kali jatuh longkang, kaki capik akibat dilanggar, demam la dan macam-macam lagi....sebab itulah semenjak itu CICAK menjadi kucing kesayangan kami sekeluarga.

.
Gambar-gambar CICAK yang sempat dirakamkan sewaktu dia kelihatan sakit dan tua.

Akhirnya selepas 5 tahun cicak dah nampak uzur. Hidungnya sering beringus walaupun kami bersihkan beberapa kali. Dah bawak jumpa Vet kene injection pun CICAK masih tetap sakit. Sementara itu pula, seekor kucing betina yang berbulu kembang yang kami beri nama KEMBANG menumpang dirumah kami dan menganggap kami sekeluarga seperti tuan pula. Sampai beranak pinak pun dirumah kami juga.



Si KEMBANG dan 4 ekor anaknya yang comel-comel, tapi sekarang sumer dah takder, hanya tinggal seekor yang bernama KECHIK. Si KECHIK gambarnya di bawah ini




CICAK pula sudah semakin tua dan kian uzur. Kami sekeluarga sediakan tempat minuman bersebelahan bilik air, seperti rutin biasa, CICAK akan minum disitu seperti juga KEMBANG dan anaknya. Tetapi bila CICAK dah tua, CICAK seolah dah lupa dimana tempat rutin minumannya, walaupun minumannya berada disebelah, namun CICAK masih mendongak ke arah abah isyarat meminta minuman. Bukan itu sahaja CICAK juga lupa tempat rutin untuk membuang najis. Kawasan lantai dapur rumah menjadi sasaranya. Kekadang sampai naik mengeluh kami sekeluarga dengan situasi terpaksa membuang najis CICAK. Ada sekali CICAK buat perangai berak didalam bilik tidur pula. Rasa marah yang teramat sangat sampai jentik telinga dia beberapa kali. Tapi bila fikir balik rasa berdosa pulak buat kucing macamtu. Kesian bila pandang muka dia yang tak tau apa-apa. Marah pun tak guna. Malah kami sekeluarga terus bersabar dengan kerenah CICAK yang sering membuang najis merata-rata. Sepanjang peristiwa itu, kami dah beberapa kali nekad nak buang CICAK kat pasar borong, tetapi kesian kan dia yang uzur, sakit dan tua. Apakan daya mungkin ada hikmah menguji kesabaran kami sekeluarga. Namun, kami mengambil keputusan untuk meletakkan CICAK didalam sangkar kucing daripada CICAK terus membuat kotor terutama dirumah-rumah jiran tetangga. Akhirnya CICAK berada di dalam sangkar. Makan dan minum tersedia disitu.
Pada suatu malam, entah mengapa CICAK sakit perut sehingga membuang najis berkali-kali. Badannya yang sememangnya susut terus susut. CICAK macam dah nak mati. Lepas pintu sangkar dibuka, CICAK terus meluru keluar dari rumah. Kesian CICAK. Mukanya nampak terlalu sakit. Kepala CICAK kelihatan menggeletar seperti tidak kuat bergerak....kata orang kalau kucing dah nak mati dia takkan mati dirumah. CICAK sebolehnya tak mau berada dikawasan rumah kami. CICAK diberi makan, nasib baik CICAK kelihatan begitu berselera sekali. Tetapi CICAK dah tak nak lagi berada dalam rumah...
Pada keesokan harinya,CICAK dah tidak berada ditempat itu lagi. Akhirnya berakhir juga riwayat CICAK seekor kucing jantan yang telah memberi seribu makna dan keceriaan dalam kehidupan kami sekeluarga, juga menguji kesabaran mental dan fizikal... CICAK...akhirnya dah mati...(20 Ramadhan/20 Ogos 2011)

Ahad, 7 Ogos 2011

Love the showing skill of Safee Sali



































Nurel-Ainy. Dikuasakan oleh Blogger.