BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Follow me

Rabu, 15 Ogos 2012

Amanahkah SAYA?

Perkataan SAYA pada tajuk diatas merujuk kepada kita,

Tidak semua manusia dalam dunia ini mampu untuk bersikap jujur dan amanah dalam melakukan pekerjaannya. Oleh itulah, amalan rasuah kini berleluasa bukan hanya dari golongan bawahan malah, golongan atasan juga banyaknya makan rasuah. Terdetik juga hati, sudah kaya lagi kaya. Dan manusia tidak pernah cukup dengan apa yang telah mereka ada. Tidak pernah rasa kekayaan itu sebenarnya datang dari Allah yang Maha Pemurah. Kadang-kala kita dah biasa dengan budaya sehingga kita tidak sedar, kita sudah pun terjerumus dengan rasuah. 

Saya pernah teringatkan kisah lama seorang rakan saya pernah praktikal di sebuah tempat, dan menjadi kebiasaan pensyarah akan datang untuk membuat pemerhatian ketika latihan industri dilakukan, namun, permintaan pensyarah itu memadailah membuat observation di kedai kopi saja. Walaupun ia bukan dalam bentuk duit, pada saya biarlah dia yang membuat penilaian sendiri. Dan saya siapa untuk meletakkan hukum. Tepuklah dada dan tanyalah iman. Saya mohon Allah menjauhkan saya dari perkara terkutuk itu. Amin.

Saya mengimbas kembali detik-detik ketika saya di amanahkan untuk memegang jawatan di sekolah. Saya bersyukur kerana mempunyai rakan sekerja dan majikan yang ambil berat terhadap permasalahan saya dan sanggup menolong saat-saat genting. Saya sangka rakan sekerja saya ini ikhlas membantu, sebaliknya dia berhasrat meminta soalan peperiksaan Percubaan dari saya sebelum tarikh peperiksaan bermula. Sememangnya saya ada hak untuk memberi. Namun, saya ingatkan diri dan muhasabah kembali hadis nabi yang berbunyi:

“Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Tanda-tanda orang munafik ada tiga perkara, iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia mungkiri dan apabila diberi amanah dia mengkhianati” (Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasaie dan Ahmad Ibnu Hambal).

Nauzubillah...


Saya rela jika saya dibenci oleh majikan mahupun rakan sekerja sekalipun, asalkan amanah ini saya jaga. Insyallah...Mudah-mudahan....Alhamdulillah Allah mengilhamkan sepotong ayat Al-Quran ketika itu, dan saya sampaikan maksud kepadanya, mudah-mudahan dia memahami

Al-Quran menyatakan kata amanah dalam enam ayat. Allah Swt. berfirman:

إِنَّا عَرَضْنَا اْلأَمَانَةَ عَلَى السَّمَوَاتِ وَاْلأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَنْ يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا اْلإِنْسَانُ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولاً

Sesungguhnya Kami telah menyampaikan amanah kepada langit, bumi, dan gunung-gunung; semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya. Dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh. (QS al-Ahzâb [33]: 72).


Oleh itu, kita sebagai pemegang amanah haruslah sentiasa €mengingatkan diri sendiri dan diri orang lain tentang kepentingan menjaga amanah yang telah dipertanggungjawabkan. Di sisi kanan setia memerhatikan amalan g an y g y dan kiri kita sentiasa ada malaikatkebaikan dan kejahatan kita tanpa leka sebagai bukti amalan kita dihadapan Allah nanti. Di samping itu, Allah juga sentiasa memerhatikan kita setiap masa.

Saya pun hanyalah manusia biasa yang sentiasa melakukan kesalahan. Maka, perkara terbaik adalah memohon munajat dan bertaubatl di atas segala kesalahan dan dosa lampau yang telah kita lakukan...Wallahuallam.









1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Pegang amanah ini sangat besar, tapi orang ramai tak sedar BESAR yang mcm mana, yang depa tau selesa. Rakan saya itu mempunyai isteri yang baru menjalani pembedahan dikepala dan dalam keadaan kritikal. Betul la Allah mengujinya...tapi adakah dia tanya dari mana datangnya duit yang telah pun menjadi darah daging mereka sekeluarga. Kadang2 balasan Allah bukan diberi kepada diri kita, tempiasnya boleh jadi pada ahli keluarganya...wallahuaallam. Moga Allah mengampuni dosanya.