BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Follow me

Khamis, 14 Jun 2012

Jiran Sakit

Baru-baru ni saya dikejutkan dengan jiran saya, Kak L yang dikejarkan ke hospital gara-gara sakit buah pinggang. Pada mulanya saya sangkakan penyakitnya mungkin ditahap awal. Tapi seorang jiran lagi yang merupakan jururawat di sebuah klinik berdekatan beritahu bahawa penyakit dia kronik iaitu stage ke-3. Saya ni bukan la arif sangat berkenaan penyakit seperti ini. Malah saya lagi rasa tak percaya bila penyakit buah pinggang kronik boleh kena pada orang muda seperti Kak L yang berumur 29 tahun.


Saya teringatkan perkara yang perlu kita ingat sebelum datangnya 5 perkara dan salah satunya adalah sihat sebelum sakit. Kerana sakit yang datang pada kita secara tiba-tiba tiada siapa boleh menjangkanya. Semua ini betul menginsafkan saya.

Perkara ini telah disebut oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam sebuah hadis riwayat Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma:
Maksudnya: Ada dua (jenis) nikmat yang kebanyakkan orang terlalai olehnya, iaitu kesihatan dan waktu lapang (senggang).


Akhirnya pada hari Ahad yang lepas, saya dan ibu bercadang menziarahi Kak L di hospital. Pada permulaan rawatan, Doktor telah memasukkan air sebanyak 30 beg air. Manakala pada hari kedua pula 60 beg air. 
hospital

Dan yang pasti Doktor telah memberitahu bahawa buah pinggang Kak L tidak boleh berfungsi dan mengecut sebesar duit syiling 20sen. Saya dan ibu mendengar berita itu terasa sungguh sedih. Saya terfikirkan diri Kak L dan keluarganya...bayangkanlah apa pula perasaan mereka ketika itu?

Perbezaan buah pinggang dan duit syiling 20 sen

Memandangkan suaminya seorang warganegara China (Hongkong), dan masih lagi berkhidmat di sana, maka urusan rumah dan anak-anaknya (1 lelaki dan 2 perempuan), Kak L yang uruskan. Saya berbisik dalam hati betapa tabah nya hati dia walaupun berjauhan berbulan-bulan lamanya dengan suami tercinta.




Nasib la ketika dia terlantar di hospital, suaminya ambil cuti hampir sebulan menemaninya. Mak dan Ayah Kak L pula dah tiada. Mengharapkan kakaknya sahaja untuk membantu urusan ambil dan hantar anak-anak Kak L ke sekolah. Tambahan pula suaminya tidak mempunyai lessen memandu. Berjalan kaki sahaja, empat beranak samada pergi ke kedai membeli makanan dan sebagainya, Sukarnya pada saya yang melihat. Apatah lagi orang yang menanggungnya. Tambahan, jiran seperti saya hanya mampu menghulurkan bantuan serba sedikit dan juga sedekah yang tidak seberapa.
Anak-anak Kak L bersama kucing saya...si Kembang (dah mati pun)

Kawasan kejiranan disini pula bukanlah dari kalangan orang yang intelek. Yang mana mereka akan berfikir banyak kali untuk menegur dan bertanya suaminya yang hanya boleh berbahasa cina dan English sahaja. Dan akhirnya mereka hanya menunggu kedatangan kakak kepada Kak L untuk bertanyakan hal-hal berkaitan.

Betullah seperti yang dinyatakan dalam ayat Al-Quran Surah al-Anbiya’: ayat 35:  Allah Ta‘ala dalam firmanNya telah menyatakan bahawa ujian, cubaan dan dugaan itu datang dalam pelbagai bentuk:
Tafsirnya: Dan kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.


Saya berharap agar Kak L cepat sembuh dan dapat meneruskan kehidupan seperti ibu-ibu yang lain. Semua ini mungkin ada hikmah yang berlaku disebaliknya. Moga Allah permudahkan urusan kita, InsyaAllah....

0 comments: