BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Follow me

Isnin, 23 Januari 2012

Tok & Tok Wan Sakit

Musim perayaan seperti tahun baru cina ini adalah musim untuk pulang ke kampung menziarah atuk atau nenek serta kaum keluarga...mengingat kepada tok (iaitu nenek, merupakan panggilan dikebanyakan kawasan utara)sebelah abah dan tok wan (iaitu atok) sebelah mak sahaja yang tinggal. Maka kami sekeluarga pulang menziarahi mereka walaupun berlainan hari.

melihatkan susuk tubuh tok yang kurus dan tidak mampu untuk bergerak hati ini cukup sayu dan menginsafkan diri. Melihatkan tok yang kelihatan tidak terurus, apakan daya, tok hanya tinggal dengan seorang bapa saudara yang masih belum kahwin walaupun bapa saudara saya berusia hampir mencecah setengah abad. Sememangnya kami tinggal berjauhan diantara negeri, namun ia tidak menghalang untuk kami sekeluarga kerap melawat tok di sisa-sisa usianya yang tinggal. Kami sekeluarga bertungkus lumus mengemaskan tempat tidurnya, membersihkan dirinya, menyuapkan makanan dan sebagainya. Mengenangkan tok, tok dahulunya melahirkan anak yang ramai hampir 12 orang. Manakala abah pula tidak tinggal dengan ibunya sejak dari kecil. Namun, ada yang telah meninggal dunia dan yang tinggal 7 orang. Itulah nasib seorang ibu, mungkin kalau takdirnya baik, kesemua anaknya datang bergilir-gilir menjaganya, tapi begitulah sebaliknya. Kesian memandang dirinya terlantar di atas katil dan tidak berupaya bercakap mahupun bergerak, manakala hubungannya dengan Allah terputus. Dalam situasi ini anak-anaknya lah perlu memainkan peranan penting untuk mewudukkannya, menyediakan tempat solat dan sebagainya. Saya teringatkan kata-kata Ustaz Don dalam rancangan TV 30 Minit Ustaz Don, salah satu hikmah kita sebagai anak berbakti dan membantu ibu bapa ketika sakit ialah Berkhidmat kepada kedua ibu bapa akan meluaskan rezeki anak dan Allah akan melanjutkan usianya. Anak yang dimaksudkan itu adalah kami sebagai cucu...Moga-moga segala teladan yang ditunjukkan oleh kedua ibu bapa kami dapat memberikan kami kekuatan untuk berbuat perkara yang lebih baik kepada kedua ibubapa daripada apa yang mereka lakukan...Insyallah...mudah-mudahan Allah beri kepada kami kekuatan itu....Oleh itu disini saya ingin berkongsi petikan yang saya ambil dari salah satu website yang saya sendiri pun tak ingat iaitu Hikmah Berbakti Kepada Kedua Ibu Bapa:

a. Berkhidmat kepada kedua ibu bapa adalah lebih utama daripada keluar berjihad pada jalan Allah.

b. Memberi Khidmat kepada kedua ibu bapa pahalanya adalah menyamai pahala orang yang mengerjakan haji, umrah dan jihad.

c. Berkhidmat kepada kedua ibu bapa akan meluaskan rezeki anak dan Allah akan melanjutkan usianya.

d. Memandang kepada kedua ibu bapa dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang, pahalanya sama dengan orang yang mengerjakan haji.

e. Syurga yang kita impikan terletak dibawah telapak kaki ibu, dengan keredhoaan ibu barulah kita boleh menjejaki syurga Allah.

f. Kegembiran ibu bapa seiring dengan kegembiraan Allah sedang kemarahan keduanya adalah seiring dengan kemurkaan Allah.

g. Berkhidmat kepada kedua ibu bapa adalah amalan yang paling mulia sekali diantara ibadah-ibadah yang lain.


Kemudian, saya ingatkan tok wan yang berada di kampung, dia masih kuat lagi tapi kadang-kadang lupa. Tok Wan dah pun mencecah 80 tahun dan mungkin lebih. Kerana itu kesabaran perlu ada untuk menjaga dan menguruskan mereka. Allah sentiasa menguji hambanya untuk melihat keimanan kita kepadaNya. Picture tokwan ketika berehat diatas sofa sewaktu kenduri kahwin Abg Ngah pada 28 Januari 2012


Anyway kepada abg ngah dan wife dia, Sue...Selamat pengantin baru, semoga berkekalan hingga ke Syurga kelak...serba merah kak ngah! sesuai...hehe


Walaupun tok wan masih boleh berjalan, tapi pergerakannya sangat perlahan. Ibarat menekan slow motion pada remote control video, langkahnya pula boleh diukur dengan hanya jarak 3 cm sahaja. Tetapi alhamdulillah jika dibandingkan dengan tok, Tok wan masih boleh bercakap walaupun kurang jelas. Tok Wan masih boleh makan sendiri, walaupun pergerakannya sangat-sangat perlahan. Kepulangan ke kampung kali ini dah tak seperti dulu lagi, kalau dulu tok dan tok wan ada, tok wan selalu naik motor bawak cucu-cucunya ke kedai. Tok pula akan sembang sakan jelas terpancar di wajahnya kegembiraan bila berkumpul ramai-ramai dengan Mak Chaq, Mak Lang, Pak su dan lain-lain. Dengar juga celoteh tok yang memang seorang yang suka bercakap. Tapi kini tidak seperti dulu lagi, rumah tok dah kosong dan usang, Tok wan pun dah sangat tua dan tak larat....saya menginsafi segalanya, bagaimana pula dengan kehidupan kita pada masa yang mendatang? ketika kita tua sebaya umur Tok Wan? Adakah anak-anak sudi menjaga dan membela kita? Dimana anak-anak ketika kita memerlukan mereka ketika kita tidak berdaya berbuat apa-apa? Dimana pula mereka meletakkan kita? Adakah dirumah orang tua? atau dibiarkan seorang diri? Jauh di sudut hati ini terus berdoa kalau dipanjangkan umur biarlah kita sihat dalam keimanan kita kepada Allah dan moga-moga Allah memberikan kekuatan dan juga kukuhkan keimanan ketika itu. Wallahualam....

Dalam kesedihanan ini saya pula dikhabarkan berita yang membahagiakan iaitu cousin saya bakal mengerjakan umrah, alhamdulillah...

Ketika perkahwinan angah Wani di Alor Setar...Sungguh memenatkan kerana berkejaran ke sana dan ke sini namun meriah sekali.

Bertuahnya angah...baru saja diberitakan dengan perkhabaran bahawa dia telah mengandung, kali ini diberitakan pula dia bakal menunaikan umrah tidak lama lagi bersama-sama dengan suami tercinta beserta kedua ibu bapa mertuanya. Aduh, sungguh bahagia aku mendengar. Kalau nak dikira-kira cozin saya ni bukan lah dari kategori orang berada. Alhamdullilah rezeki mereka suami isteri. Suaminya pula banyak membantu dan berkorban dari segala segi. Berbaloilah dengan kehidupanya yang sebelum ini penuh dengan cabaran dan dugaan. Kisah perkahwinan dan kehidupanya yang sedih bila saya kenangkan dan akhirnya semua telah berakhir dengan kedamaian dan kebahagiaan. Allah itu Maha Adil, Dia telah membayarnya kembali dengan apa yang mereka kecapi seperti ini. Alahamdulillah....semoga hidup dia dan keluarga bahagia hingga ke Syurga Allah...dan mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Tok Wan...amin.

0 comments: