BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Follow me

Selasa, 3 Januari 2012

Durian dan handbag...

Malam dah hampir ke pagi. Tapi kenapa mata ni tak mau tidur. Macam- macam bermain difikiran. Mungkin terlampau fikirkan kerja. Baru aku teringat yang aku minum white cofee sebelum tidur tadi. Patut la mata ni tak pejam walaupun hakikatnya penat sangat. Sekolah pula dah buka kembali. Subjek yang baru ajar pada tahun ini terpaksa ulangkaji terlebih dahulu. Kali ni diberikan kepercayaan untuk menjadi penyelaras spm. Tak pasti lagi macamana tugas itu terlaksana nanti. Tak pasti juga samada mampu atau pun tidak untuk hadapinya. Kini 2012 memberi seribu persoalan dalam diri....harapnya dapat memberi jawapan sejauh mana kemampuan diri.

..................................................DURIAN.................................................


Bercerita pula mengenai durian. Bau durian kadang-kadang kurang menyenangkan bagi sesetengah individu, contohnya macam adik lelaki aku dia sangat tidak menggemari malah dah macam elergik lagi bila baunya. Tetapi, apabila penggemar durian memakannya, mungkin boleh sampai menjilat tangan dan pasti ada yang terbawa-bawa kedalam mimpi. Bagi aku pula, durian itu ibarat macam buah epal, buah limau, buah mangga, aku pasti mesti ada juga penggemar durian yang tak setuju dengan pendapat aku tu. Yer la, durian kan ada kelasnya, malah telah dikategorikan mengikut gred serta mahal-mahal juga, yang mana buahnya ada rasanya yang tersendiri dan tak boleh di describe kecuali anda perlu makan dan rasai sendiri. Kalau ada orang yang bertanya aku samada aku suka makan durian ataupun tidak? Aku akan menjawab “makan tu memanglah makan, tapi tak da la suka sangat”. Jenis family aku ni pulak, boleh dikategorikan rajin membeli durian, tak kiralah musim durian ataupun bukan. Dan yang rajin membelinya adalah abah aku sebab abah aku ni jenis teramat suka makan durian, ibarat dah macam ketagih lagi. Tak tau la kenapa, tetapi, pada musim durian tu pasti dalam sebulan akan beli jugak. Kalau bukan musim pun beli inikan pulak musim durian, betapa terbuktinya penangan durian dalam kehidupan family aku. Yang peliknya, hanya abah dan mama aje yang sanggup makan dan habiskan durian-durian tu.... Paling tak tahan, abah akan membeli durian sehingga 5 ke 6 biji, bayangkanlah dua orang cuba habiskan buah tu camna. Hehe....tipu la pulak kan hanya mak ayah aku boleh menghabiskan kesemuanya sekali...


kadang-kadang kami akan masak bubur durian, pekena pula dengan roti jala...dan bila buat banyak kami berikanlah kepada jiran-jiran. Kesian juga pada mereka yang kadang-kadang terhidu aja baunya. Setakat bau durian dalam rumah 3-4 hari tu adalah perkara biasa aje. Aku pun makan la jugak setakat seulas dua. Kesian plak mak ayah aku beli. Yang pasti bagi aku, aku masih boleh makan durian, tapi cukuplah setakat setahun sekali, makan banyak sangat pun tak elok untuk kesihatan....

...............................................HANDBAG.................................................




Itu kisah durian, ini pula kisah shopping hujung tahun. Year End Sale la katakan. Al kisahnya, aku pergi shopping di salah sebuah shopping kompleks yang terkemuka di daerah utara. Aku terkesima dengan diskaun yang cukup membuatkan aku jadi rambang mata seketika. Mana taknya, ada yang sampai 70% diskaunnya. Aku ni bukanlah jenis kaki shopping. Setahun sekali sahaja aku berperangai seperti ini. Aku dah mula meninjau-ninjau mencari handbag yang mungkin berkenan dihati.

Lama juga masa berlalu, akhirnya, aku tergapailah sebuah handbag Guess yang sangat cantik dengan diskaun 30% less. Kebetulan pula, hanya tinggal satu sahaja lagi. Hai la.... nasib aku yang bakal memilikinya. Hehe...sedang berangan pula ketika itu...sambil mencuba-cuba dihadapan cermin. Melihatkan harga, aku dah mula resah hati pada mulanya. Memandangkan cantik sangat dan sesuai dengan aku (terasa begitu serasi sekali...hehe) maka, aku sanggup berkorban cuba sedaya upaya untuk membelinya. Nasib baik duit sangat mencukupi.

Kelihatan seorang wanita yang berumur 35 tahun berlegar di kawasan tersebut mula memandang-mandang kearah handbag yang sedang aku kilir itu. Sambil berbisik-bisik dengan rakannya yang seorangm lagi, dia seolah-olah berminat dengan handbag yang aku pegang. Suaminya mengekori sahaja kemana wanita itu dan kawannya pergi, mungkin bersiap sedia untuk membayar barang-barang yang bakal dipilih oleh isterinya kot. Ah...lantaklah... Agaknya kalau aku letak sekejap kat atas rak tu, mesti wanita itu akan mengambilnya. Ketika seorang pekerja membuka bil, wanita tersebut berada disebelah aku sambil bersembang dengan rakannya bertujuan agar aku turut mendengarnya juga.

“ Tu tadi aku kata handbag tu cantik, tapi takpala dapat kat dia jugak”

Sambil mata mengerling ke arah handbag tersebut dengan senyuman bermakna pada aku. Maka dengan senyuman aku pun membalas kembali.

“tu la, ada pun satu ni aja”

“Tapi handbag ni orang cepat bosan no...”

Wanita itu cuba menyedapkan hati. Aku hanya menggangguk sahaja seolah-olah setuju. Tak mengapalah, janji aku mengambil beg itu pun bukan dalam keadaan berebut-rebut dengan sesiapa. Lagipun handbag je kot...

Barisan sungguh panjang di kaunter bayaran. Ramai sungguh manusia yang bershopping. Dah sedia maklum, aku faham benar kerana kebanyakan rakyat Malaysia ni ada yang membuat persiapan membeli barangan sekolah disaat akhir. Ketika membayar di kaunter, kelihatan husband kepada wanita tadi beratur jauh dihadapan berbanding aku untuk membayar barang yang dibeli.

Setiba giliran aku untuk membayar, pekerja dikaunter bayaran mendapati handbag yang tertera pada resit yang baru sahaja aku beri padanya telah tiada. Yang ada hanya handbag yang bukan pilihan aku tadi. Pastinya aku tidak berminat dengan design itu. Harganya pula jauh berbeza walaupun jenamanya sama. Kaunter itu terhenti seketika sementara seorang pekerja kelihatan tergesa-gesa mencari sesuatu. Aku mula tak sedap hati. Kemudian pekerja itu bertanya aku kembali untuk kepastian handbag yang ditinggalkan itu... akhirnya aku dah syak, wanita tadi bersama suaminya telah mengambil handbag yang salah, atau dalam erti kata yang lain SENGAJA mengambil barang yang salah. Ishhhhhhhhhhhhh... Kotor sungguh cara perempuan tu berbelanja, tak sangka ada manusia yang sanggup berperangai buruk demi mencapai kepentingan diri seperti ini! Dalam hati, aku dah mula sumpah seranah, tapi masih mengawal emosi. Akupun tak mau memalukan diri kecoh-kecoh dikaunter bayaran. Bukan rezeki aku agaknya untuk memiliki handbag tu. Waduh...kempunanlah aku untuk memiliki handbag tersebut... Geram sungguh....huuuuuh!

Teringat pesan seorang ustaz, kita jangan ambil hak orang yang telah dibooking...hukum dia HARAM!!!...macam tunangan orang, isteri/suami orang, takpalah dia tuju pada manusia, tapi bagi aku, konsep dia sama je, walau hanya pada barangan pun...

aku kempunan sangat sampai cari kat catalog. Tapi tak jumpa...ciri-ciri tu ada la skeeeet seperti gambar diatas walaupun warna dia tak sama langsung...

Apakan dayaku...aku hanya mampu menyentuhnya sahaja. Emmmm......Tapi tak pa la.... Asalkan aku tidak perlu membayar resit tersebut mahupun terpaksa membayar handbag yang ditinggalkan wanita itu sudah memadai bagi aku. Lalu aku pun beredar dengan perasaan yang cukup hampa dan sangat sedih sekali. Akhirnya selamat jua duit aku dari bershopping Year End Sale kali ini.....huuuuuuu~ Lagipun handbag je kot...mana tau. nextime punya keluaran boleh dapat lebih cantik lagi...(nada nak sedapkan hati)

0 comments: