BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Follow me

Ahad, 24 Oktober 2010

Joint Program Sekolah

Bagus jugak sesekali merasa aktiviti lasak macam wall climbing, flying fox, jungle tracking dan banyak lagi. Rindunya saat-saat kegemilangan di UiTM dulu, gemilang ke???um...(thinking). Waktu belajar la peluang yang paling best sekali kalau kita nak menimba pengalaman-pengalaman seperti ini, sebab kita kene ingat pengalaman adalah guru yang paling terbaik dalam hidup kita.

Ketika menyertai KESATRIA NEGARA di UiTM waktu itu, pelbagai aktiviti terlibat...mungkin dikategorikan TERPAKSA. Mungkin pada waktu itu, macam-macam rungutan dok keluar, malas, tah ape-ape, menyusahkan aje, macam la aktiviti lain takde dan banyak lagi. Tapi sekurang-kurangnya aktiviti yang serba biasa bagi orang yang tidak biasa menjadi luar biasa...hurm?

Tetiba, teringat pula masa part 5 degree, ketika mula-mula terlibat incharge pelajar junior part 1 yang bertempat di Ayer Keroh Melaka dengan tema hijaunya...yelar Walk Nature katakan. Macam-macam ragam kawan-kawan yang tak bersepandapat dan tak bersetuju andai perkara yang dilakukan tidak menepati citarasa dan tidak berpuas hati. Member seperjuangan Ipin...kalau la dia masih ingat mesti dia akan ketawa saja mendengar. Cerita itu, biarlah bersemadi di ingatan mereka yang terlibat dan tak perlu lah dijaja merata. Sekarang dia dah jadi pun Pegawai Penerbitan kat UKM. Bukan la diingat untuk berdendam tapi biarlah diingat sebagai pengajaran untuk mematangkan diri sendiri, barulah dinamakan belajar dari pengalaman.

Bila tiba waktu bersukan pula, tidak disangka kami pelajar part 6 diiktiraf pula sebagai Senior yang paling sporting. Kami budak Art memang selalu dikategorikan sporting, tapi ada pulak yang paling sporting dikalangan mereka...nak tergelak juga mendengarnya.

Sabtu 23/10

Sebut pasal sporting ni, ada jugak manusia dalam dunia ni yang tak reti nak bergaul dengan orang disekeliling malah dengan rakan sekerja sendiri. Mungkin pada si lelaki perasan ini merasakan diri tu hebat sangat, dikerumuni oleh golongan wanita sehingga menerima gossip bercinta dengan pelajar. Mungkin sahaja...sudah pun dinamakan gosip...siapa pun boleh jadi seperti itu kalau ada yang membuka kata tanpa usul periksa...Cikgu oh Cikgu RECEIVE lah...


Bukit Kaya yang baru kami daki pada sabtu lalu sememangnya kaya dengan khazanah hutan yang masih tidak terusik lagi, boleh juga dipanggil hutan dara/bukit dara (boleh la kot). Mendaki bukit tersebut betul-betul menguji kesabaran dan menguji minda.



Bermula episode pertama hari sabtu sebelah pagi, pelajar mula belajar cara-cara memasang khemah di Taman Rekreasi Gua Sami. Para guru-guru yang baru pun sama terlibat memasang khemah jenis Dome Tent. Setelah berjalan dari sekolah menuju ke Bukit Kaya sebelah petang pula, bermulalah segmen penting dalam program pada hari tersebut. Batu yang tajam sepanjang track itu bagaikan stalactite dan stalagmite dalam gua, manakala dahan dan ranting pokok pula berada dikiri kanan atas mahupun dibawah trek. Mendaki bukit ibarat membuat wall climbing.

Bahu dan tangan sentiasa berpaut pada persekitaran yang selamat. Setiap langkah pula perlu berhati-hati, jika tidak mengundang bahaya jatuh kedalam jurang yang juram. Bukit pula ibarat 90˚ sudutnya. Dalam fikiran ni dah mula membuat keputusan untuk berpatah balik sahaja. Tetapi dah hampir setengah jalan, kalau patah balik pun masa yang terbuang dah ibarat seperti mendaki bukit. Berserah saja...tabahkan diri, kuatkan semangat teruskan perjalanan yang sememangnya berliku. Namun, apabila sampai di puncak, perasaan letih tadi terus terubat setelah melihat keseluruhan bandar yang sememangnya cantik dan indah. Subhanallah...Semua ini adalah kuasa Allah SWT. Ada hikmah disebalik penderitaan sepanjang jalan tadi...akhirnya dapat melihat Kebesaran Allah ini dengan mata kepala sendiri.
Kalau la tadi aku patah balik aiiii...rugi ni...aku tak kan dapat lihat sendiri. Namun, semua ini memang menguji diri...Syukurlah berjaya~ v(",)v

Setelah turun kembali semula ke kaki bukit, masing-masing bergambar kenangan. Lensa kamera SLR milik Ana Fadzlina yang aku pegang terus di snap setiap orang. Tapi tetiba ada seorang hamba Allah ni menggeleng kepala bagi isarat tanda tak nak ada dalam gambar...lerrrrr macam poyo sangat lah...bajet la tu...um...whatsoever, janji aku dan mereka heppy time tu...

end...

0 comments: