BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Follow me

Rabu, 11 Mei 2011

Kisah Ustaz, Pakcik Riak dan si gadis kota...

Ilmu perlu seiring dengan amalan...baru lah ibarat pepohon yang rendang berbuah. Seperti pepatah “ ILMU YANG TIDAK AMAL SEPERTI POHON YANG TIDAK BERBUAH”. Ada sesetengah orang yang berbangga dengan ilmu yang hanya sekecil kuman sahaja. Teringat pula pada zaman memulakan kerjaya dalam bidang percetakan dahulu. Saya teringat pada seorang pak cik senior dan sungguh ramah sehingga kata-katanya menjadi gurauan dan penghibur ketika melakukan kerja. Erm...Biarlah saya gelar dengan Pak Cik R sahaja. Bidang percetakan yang telah saya pelajari perlulah ada praktikal baru ~HOLIAAAAAUUUU~ untuk menjadi seorang pemimpin yang dihormati dan disegani dalam sesebuah company. Oleh itu, saya banyak menuntut ilmu-ilmu percetakan dari pak cik R dan beberapa pakcik lain di bahagian Binding and Finishing. Di pendekkan cerita seniority dan pengalaman yang banyak itu penting untuk membuktikan kemantapan kemahiran agar dihormati oleh orang lain. Sayangnya Pak Cik R terlalu menunjuk-nunjuk dengan ilmu yang dia ada sehinggakan kerja-kerja (buku) yang telah siap dicetak itu, dipotong mengikut ukuran yang salah....bukan hanya sebuah tapi beratus naskah....kerugian tu tak payah ceritalah...yang pasti buku tersebut perlu digunakan dalam masa yang terdekat pada satu majlis gilang-gemilang yang dihadiri oleh ramai VVIP dan golongan cendekiawan dan cerdik pandai...perkara ini sememangnya memburukkan imej organisasi tersebut...satu hal pula, pekerja lain terpaksa membuat overtime untuk mengkelaskan buku-buku yang tidak boleh digunakan langsung...sayang seribu kali sayang....kadang-kadang kita terlupa mulut yang berbicara dan cakap-cakap perli pada niat awalnya untuk memberi kesedaran kepada pihak atasan....namun...ia semakin lama makin menjadi riak dan takabbur dengan kelebihan diri....nauzubillahiminzalik...semoga pengalaman ini mengajar agar tidak menjadi pendidik yang riak dengan ilmu yang dicurahkan kepada anak bangsa...Insyallah....

Ketiaka zaman belajar di Shah Alam suatu ketika dulu, saya ada mengenali seorang rakan yang cantik bertudung litup...indah dimata dan sedap mata memandang. Biarlah saya memanggilnya D. Bapa D merupakan seorang imam masjid. Namun, disebabkan pergaulan bebas, maka D terikut-ikut dengan budaya yang tidak elok...ibaratnya kejutan budayalah. Keluar kolej waktu malam dan balik pula lewat pagi. Kemana lagi destinasi di pagi hening yang sunyi itu...ke tempat hiburan untuk berhiburlah tujuannya. Meraikan besday, parti itu dan ini...sehinggakan meneguk air kencing syaitan...Astaghfirullahalazim... tetapi yang menjadi kepelikannya ialah selepas solat subuh, D membaca Al-quran. Lalu seorang rakan yang lain bertanya...

“aik, puas ko berjola-joli kat luar, alih2 balik baca quran dan tau pulak mengadap tuhan plak tu?”.
Jawapan D ringkas sahaja “aku tak nak lidah aku keras laaaa”.

Inilah yang dinamakan “IMAN TAK DAPAT DIWARISI DARI SEORANG AYAH YANG BERTAKWA” yang diambil dari lirik lagu Raihan....fikir-fikirkanlah...jadikan pengajaran kepada kita. Alhamdulillah dengan kewarasan yang Allah berikan kepada kita ini, gunalah dengan sebaik-baiknya.
Ilmu dunia dan Ilmu akhirat sama-samalah penting. Oleh itu, kita perlulah beramal dengannya. Kerana kita perlu beringat apabila mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti segala amalanya kecuali 3 perkara iaitu sedakah jariah, ilmu yang memberi guna, doa anak – anak yang soleh”

Oleh itu, antara perkara utama yang dibawa bekalan ke liang lahad adalah ILMU YANG BERMANFAAT...selain DOA ANAK YANG SOLEH dan HARTA YANG DISEDEKAHKAN KEJALAN ALLAH...
Al-kisah pula dengan seorang kenalan yang merupakan bekas pelajar di salah sebuah universiti terkemuka di timur tengah. Alhamdulillah Allah kurniakan seorang sahabat yang berilmu agama...dan diketika ini sahabat saya ini baru sahaja tamat belajar setelah menyambung pengajian di salah sebuah kolej islam. Belajar bidang agama, mendengarnya saja cukup gah bukan kerana title USTAZ tetapi dihormati kerana ilmu agama yang sarat didada...bukan yang bersarang didada...yang terpenting adalah amanah dan tanggungjawab disebalik nama seorang yang bergelar USTAZ...sahabat saya ini merupakan seorang yang pandai berucap dan kata-katanya yang mantap ibarat bakal future IMAM MUDA...alhamdulillah dengan nasihat yang pernah diberikannya dulu serba sedikit tentang ilmu dunia dan akhirat ada juga membantu....Alhamdullillah... Setelah mengenali sekian lama barulah mengetahui hal yang sebenar bahawa sahabat saya ini bukanlah baik seperti yang disangka...hakikatnya kita harus sedar semua manusia itu bukan sempurna...kecuali Rasulullulah yang maksum...oleh itu, saya menerima seadanya sahabat ini walaupun banyak benar kekurangan terserlah sedikit demi sedikit antaranya hukum-hukum Allah yang haram telah dihalalkan seperti membuat hukum sendiri...Nauzubillahiminzalik... Inikah ustaz yang di bangga-bangga? Adakah Ilmu yang dipelajari selama hidupnya itu tidak cukup baginya???? Ada pula hutang yang banyak tapi sengaja mengelak daripada membayar... Azab Allah diakhirat tidak takutkah??? Malah mereka yang sering mempelajari hadis, sering mengkaji dan mendalami kisah baginda Rasullullah melalui Al-quran, ditambah pula dengan tafsiran... Adakah ini dinamakan Ilmu yang tidak barakah???? Mempunyai sikap playboy dan sering bertukar-tukar pasangan pula menjadi hobi....Tapi itulah reality manusia pada hari ini....sedangkan di zaman nabi dan rasul dahulu sudah ada umat seperti ini malah lebih hebat dan dahsyat contohnya kaum nabi Lut AS, yang mana Allah telah turunkan balasan dan bala kepada mereka....inikan pula umat akhir zaman, beratus tahun selepas kewafatan Nabi Allah SAW.....Sedangkan, Rasullullah ingat akan umatnya sehingga saat nazak, Rasul masih menyebut “ummati...ummati...ummati”. Tetapi kenapa kita sebagai umatnya melupakan amalan dalam wasiat yang ditinggalkannya iaitu AL-quran dan Hadis??? Itulah manusia...berasal dari perkataan NISIA-iaitu pelupa...manusia itu lupa malah lalai...sehinggalah sampai masa Allah turunkan Azab pada mereka...ketika itu barulah air mata bercucuran memohon ampun kepada Allah...dan diketika itu kita mungkin tidak sempat untuk bertaubat....nauzubillahiminzalik...

Jadi, dari 3 kisah melalui pengalaman saya ini dapatlah disimpulkan bahawa kita jangan lah riak dengan ilmu yang kita perolehi yang tidak seberapa...andai kita punyai peluang sebarkanlah ilmu itu bukan sahaja beroleh pahala yang berlipat ganda bahkan ia dapat bermanfaat kepada orang lain juga. Keduanya, walau siapa pun kita, anak kepada imam, anak kepada ulama, malah anak kepada orang kaya sekalipun, sekiranya kita tidak ada ilmu, kemanapun kita hidup akan terumbang ambing kerana kita perlu sedar kekayaan harta dan ilmu bukan terletak kepada keturunannya. Ketiga, walau setinggi gunung everest sekalipun ilmu yang kita perolehi, ia perlulah seiring dengan amalan agar Allah redha dengan setiap pekerjan kita. Bukan sekadar cakap kosong yang hanya menjadi mainan semata-mata. Ambillah iktibar dan panduan serba sedikit melalui kish ini agar ia dapat membantu menghadapi dunia yang kian mencabar keimanan manusia...

“Ya Allah aku mohon dijauhkan dari sifat yang keji, perkara mungkar dan maksiat. Aku mohon ya Allah...agar Kau jauhkanlah aku dari azab siksaan api nerakamu....”

0 comments: