Bila sebut sahaja IMAN, kita selalu dok dengar ustaz-ustazah, penceramah-penceramah bebas, para alim ulama’ mahupun murabbi (guru) kita sering berbicara mengenainya...IMAN. Kadang-kadang kita sendiri pun begitu malas untuk mendengar topic ni. Mungkin ada yang menjawab:
“alar, iman tu percaya kepada rukun iman la”. Dan ada juga menyanyikan lagu raihan “~iman adalah~mutiara...di dalam hati manusia~” dan ada juga yang berseloka “iman tu nama seorang perempuan la mcm lagu Amar tu ~nurul....nurul Iman....nurul....nurul Iman~”.
Persoalannya ialah, kenapa mesti kita berperasaan seperti ini? Malah, pernahkah kita bertanyakan kepada diri kita adakah diri kita pernah menyimpan impian untuk mencapai halawatul iman iaitu kemanisan iman?
Bila saya bertanyakan pelajar sekolah, Rukun Iman ada berapa? Pelajar-pelajar saya dengan yakin menjawab “ada enam, cikgu”. Dan bila saya bertanya kembali apakah rukun iman yang 6 itu? Ada yang menjawab rukun islam dan ada pula yang menggelengkan kepala tidak tahu.
Anda pasti melihat iklan Salamfon- talian hidayah? Tergelak kecil melihat keletah kanak-kanak kecil itu berbicara.
“tau tak, rukun islam ada 5”
“tapi, kenapa 5 je?”
“tak tau la... kita tanya usaz nak?”
Realitinya, kanak-kanak pada hari ini bijak bertanyakan soalan dan kadang-kadang tidak pernah terfikir pun pada akal dewasa kita.
Baiklah, berbalik kepada persoalan IMAN. Manusia mana yang tidak mahu merasa nikmat iman. Semua akan setuju bahawa mereka mahu merasai apa itu kemanisan iman, kecualilah orang yang fasik dan jahil. Mereka ini tidak akan mengendahkan akan pertanyaan ini.
Oleh itu, kenali dahulu apakah itu kemanisan IMAN. Ia adalah satu rasa tenang, bahagia dan aman dalam jiwa seseorang hasil keyakinannya yang tinggi kepada Allah, Al-kitab, Rasul dan lain-lain rukun Iman.
Tenang-Bahagia-Aman dalam jiwa? Mari kita bertanya kepada diri pula? Bagaimana dalam kehidupan kita ketika ini mencari ketenangan jiwa. Tambahan pula kerja yang banyak dan membebankan di ofiz, masalah keluarga yang menghantui diri, baru lepas putus cinta pula tu, di mana dambaan hati kita ketika itu?
“Wei, aku tensen la asyik kene marah je dgn bos...jom pegi Zouk malam ni, esok pegi Little Havana plak?” Atau, ada juga... “geng, jom karok kat Ampang park malam ni, aku nak layan jiwang la. Sedey beb, semalam awek aku tinggal aku. Serabut la, cacamerba hidup aku ni”.
Tidak perlulah bersosial di zouk, little Havana atau berkaraoke di Ampang park dan lain-lain tempat pun. Kerana ketenangan yang dikecapi ketika itu hanya sementara sahaja. Tetapi kemanisan iman pula dikecapi selama-lamanya. Alangkah indahnya jika kita memiliki ketenangan yang abadi ini bukan. Oleh itu, ia terletak kepada keimanan kerana Iman lah kunci ketenangan di dalam jiwa manusia.
“Beb, tenang yang mcm mana tu. Aku tak rasa la”.
Benar. Untuk mencapai iman ini kita perlulah bermula dari dasarnya dahulu. Marilah kita hayati salah satu sumber yang saya petik dalam SOLUSI isu 30 mengenai Iman.
1. Iman Haq
Uthbah al-Ghulam berkata: “Aku berasa sengsara menunaikan solat selama 20 tahun, namun, aku merasai kelazatannya pada baki usiaku.”
Betapa seorang yang soleh pun perlu bermujahadah demi memburu kemanisan iman, apatah lagi kita insan biasa. Membina iman yang kukuh di hati memerlukan masa. BERMULA DENGAN RASA TIDAK BIASA, BIASA-BIASA, SUDAH BIASA DAN AKHIRNYA TERASA LUAR BIASA. MasyaAllah... bukan mudah tapi tidak mustahil untuk kita perolehinya bukan. InsyaAllah.
2. Iman ‘Ayan
Contohnya seorang pelajar di universti ada kemahuan untuk menjadikan Islam sebagai cara hidupnya. Ilmu dan kemahuan sudah ada namun akibat pengaruh rakan sebaya dan persekitaran kampus, dia masih perlu bermujahadah untuk melaksanakan tuntutan Islam dan meninggalkan larangannya.
3. Iman Ilmu
Contohnya seorang pelajar jurusan Syariah di sebuah kolej universiti mempelajari bidang Syariah semata-mata untuk lulus peperiksaan. Malah, masih mampu pula untuk bermaksiat dan melakukan dosa. Ilmu yang dipelajarinya tidak pernah dihayati, apatah lagi hendak beramal. Imannya sekadar pada akal bukan dihatinya.
4. Iman Taklid
Ia adalah beriman kerana ikut-ikutan, tanpa ada ilmu. Iman ini tertolak.
Orang yang telah merasai kemanisan iman akan merasai keindahan dalam melakukan ketaatan dan bahagia ketika meninggalkan kejahatan. Apabila musibah melanda, mampu sabar dan redha. Bahkan dia sanggup mati demi menemui kecintaan-Nya (Allah). Tidak ada rasa sukar, penat, bosan, rugi dan lain-lain. Mampu menukarkan segala yang buruk menjadi kebaikan, segala kekurangan menjadi kelebihan, segala yang pahit menjadi penawar dan segala yang kotor menjadi bersih dan jernih.
Ramai orang telalu manjakan diri sehingga tidak sanggup bersusah-susah demi mentaati perintah Allah. Terasa pedih sikit dah mengalah. Terasa pahit terus diluah.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Ada 3 perkara yang jika 3 perkara itu ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman; Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain kedua-duanya. Mencintai seseorang dan dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah. Dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan daripadanya seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api neraka.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Anas bin Malik r.a)
Isnin, 23 Mei 2011
ketenangan jiwa
Posted by Unknown at 8:39 PG
0 comments:
Catat Ulasan