BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Follow me

Selasa, 16 November 2010

Salam Aidil adha dan Inspira...si

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan Salam Aidil Adha kepada semua rakan-rakan dan yang paling utama kepada pembaca setia blog saya ini yang beragama Islam. Hari raya yang sungguh bermakna terutama sekali memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t...Semoga pengorbanan yang kita lakukan sebelum ini, ketika ini mahupun selepas ini mendapat redha dan keberkatan dari Allah SWT. Amin...amin ya rabbal alamin...

Pagi ni agak sibuk sket berbanding hari-hari persekolahan biasa sebelum ini. Mana tidaknya...dengan rasa bangganya, setiba di sekolah, aku telah dipertanggungjawabkan jika dibandingkan dengan rakan seangkatan posting ku untuk menggantikan guru PSV yang pergi mengerjakan haji dan yang paling terharu guru yang memegang kelas. Learning process to stanby for next year responsible...anyway...tq to PK-PK bahasa, kemanusiaan dan lain-lain yang mempercayai diri ini...

Best betul stress harini, seperti men"delete" unnecessary file dalam trash computer. Macamtu rupenye...patut la mereka di dalam industri di luar sana beriya benar nak jadi cekgu. klu dlu stress keje sebab nak ikut due date or date line, lepas habis je due date memang dah setle kerja tu...so relax kejap...tapi ade lagi beberapa date line di belakang sedang menanti...penah-penah, memang penah rasa...kekadang sampai tak tido...

ok la...sebenarnya bukan nak citer pasal stress pun...tapi nak citer sket pasal lunching terbaru proton iaitu Proton Inspira. Aku ni dah la kurang arif benar pasal kereta. Tambah2 mengenai enjin kereta...bawak kereta boleh pulak. Tadi, rakan seangkatan, Ana tetiba dok bercerita mengenai kereta tu ketika perhimpunan akhir sekolah berlangsung di dewan sekolah. Sambil mendengar amanat terakhir dari guru2, sambil2 juga dok pasang telinga mendengar.

Kereta Proton Inspira yang sememangnya hampir 100% menyerupai Lancer Mitsubishi itu, kian menjadi tarikan orang ramai sejak launching yang berlangsung pada 10 November lepas...agak baru lagi. Memang tidak nafi jika dilihat dari sudut pandang sisi, jika tidak dilihat pada logo kereta, pasti kita boleh terkeliru ia Lancer. Cantik, Menawan, elegant serta ciri-ciri kemewahan dan penuh kebanggaan kepada bakal pemilik kereta Proton Inspira.

Lihatlah kereta Mitsubishi Lanser ini...
dan mari kita bandingkan dengan Proton Inspira dibawah ini...banyak persamaan.





Boleh la kepada sesiapa yang pernah bermimpi ingin memiliki Mitsubishi Lanser tapi tak mampu...kini dengan adanya model Inspira dapatla juga sekurang-kurangnya memberikan sedikit ubat kepada kegilaan itu.

Official price for Proton Inspira:

Proton Inspira 1.8 M/T – RM78,999
Proton Inspira 1.8 CVT – RM84,999
Proton Inspira 2.0 CVT – RM91,999
Or for further detail of Inspira please visiting Proton's website ok!

0 comments: