BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Follow me

Isnin, 29 November 2010

Menarik Anis Edisi Disember...Adab Mengorat, Terpikat & Memikat


Lama betul rasanya tidak berbicara mengenai hati, cinta, perasaan, sayang dan kasih, mahupun soal jodoh. Namun, siapalah kita untuk memilih siapa bakal jodoh kita, sedangkan Allah telah menentukan segala-galanya di Loh Mahfuz lagi...iaitu tempat tertulisnya segala isi cerita mengenai diri kita termasuklah MATI...

Tertarik benar saya pada Majalah Anis Bilangan 160 edisi Disember 2010 itu. Kadang-kadang kita memilih-milih untuk membaca majalah, sudah pasti keluaran majalah hiburanlah menjadi pilihan utama kita. Apalah salahnya, berubahlah angin memilih majalah yang ilmiyah sedikit dan mempunyai unsur-unsur keagamaan untuk makanan hati kita ini. Umm...Namun begitu ia adalah pilihan sendiri,tepuklah dada sendiri dan tanyalah iman.

Fokus pertama yang saya ingin kongsikan disini adalah pikat-memikat era IT. umm...adakah pikat memikat ini hanya untuk lelaki sahaja, semestinya lah tidak kerana wanita adalah agen utama dalam bab memikat ini. Biasanya si wanita yang ingin memikat lelaki, mereka suka mempamerkan gambar yang tidak menutup aurat sepenuhnya. Seolah-olah nak bagitau bahawa mereka ini sempurna fizikalnya. Manakala si lelaki tersenyum sahaja malah memuji memuja supaya si wanita terus upload gambar-gambar yang lebih daring lagi. Kadang-kadang si lelaki ini hanya mahu menduga kerana tidak ada keyakinan kepada wanita seperti itu. Hanya sekadar suka-suka dan kesannya terjebak dalam dosa.

Kepada setiap lelaki yang ingin memikat wanita menjadi isteri siapkan 3 KUNCI:
1. Kunci rumah- Persiapan untuk tempat berlindung
2. Kunci kenderaan- Ikhtiar memudahkan pergerakan
3. Kunci laci- Iaitu memiliki pekerjaan sebagai sumber mencari nafkah yang halal dan berkat.

Berbicara mengenai "tertarik & terpikat" yang sampaikan oleh Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmood dalam segmen InterviuFokus pula menyatakan:

SEORANG LELAKI YANG MAHU BERKAHWIN PERLU MELIHAT PERJALANAN HIDUPNYA DI AKHIRAT, kerana lelaki adalah pemimpin dan mereka akan dipertanggungjawbkan keatas apa yang mereka pimpin.
Si gadis pula jangan terlalu berani meninggi suara, bertempik, mahupun menajamkan pandangan mata bila bercakap dengan lelaki, kerana ia melambangkan keangkuhan, tegas dan tegap tu biarlah bertempat.

Oleh itu, si jejaka perlulah bertitik tolak memilih gadis berdasarkan daripada hadis Rasulullah SAW:
"Seorang wanita dinikahi kerana 4 sebab: kerana hartanya, kerana keturunannya,kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah engkau merebut yang empunya agama, itulah yang terbaik" (Riwayat Bukhari & Muslim)

Maka, jalan yang terbaik mengungkai hati yang sudah terpikat dan mengharap terus diikat oleh jejaka pilihan adalah dengan perkemaskan munajat dengan Allah SWT...Insyallah (",)

Seterusnya berbicara mengenai "27 tip & Seni Mengorat" yang sampaikan oleh Ustaz Rusli Md. Zain Al-Farqawi, Mudir Darulquran, Klang, Selangor ini membicarakan keutamaan citarasa lelaki dalam memilih bakal isteri:

Agama merupakan acuan tepat. Jika seorang lelaki memilih wanita berdasarkan agama, ia adalah acuan betul dan perkahwinan mungkin akan kekal abadi.
Sekiranya berdasarkan harta benda, kekayaan tidak akan bertambah, malah akan jadi miskin (papa) kerana Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah mengingatkan "Mereka yang mengahwini wanita kerana harta, tak akan bertambah hartanya, malah akan menjadi papa."
Manakala jika berkahwin berdasarkan kecantikan pula, mungkin boleh membawa kepada fitnah.
Dan kalau memilih berdasarkan keturunan, Allah tidak akn menmbah kemuliaan tetapi akan menggantikannya dengan kehinaan. Namun begitu, pilihlah yang sekufu supaya rumah tangga mudah diuruskan.

Sedikit saya coretkan mengenai seni-seni memikat dan mengurat yang dibenarkan Islam
1. Penghayatan/pandangan
Pandangan yg tidak menyalahi syarak iaitu hanya muka dan tapak tangan
2. Senyum
Senyum untuk menambat hati wanita pilihan
3. Bercakap
Samada melalui call/sms/laman sosial, biar ada had batasanya.
4. Janji temu
Selepas sudah berani bercakap, janji temu dibuat untuk berjumpa.
5. Dating
Berjumpa. Ini merupakan ujian hawa nafsu. Syaitan benci manusia membina masjid. Proses ini boleh dielak/ dikawal jika ada orang tgh yg membantu perhubungan ke arah kebaikan.

Terdapat banyak tip-tip berguna yang boleh dibaca sambungannya dalam keluaran ANIS edisi DISEMBER (yang ada gambar Wardina & anaknya lelakinya)

2 comments:

snOe berkata...

Thanks for sharing.. saya tercari-cari Anis ni.. nampaknye edisi bulan 12 sold out awal.. sO tak berkesempatan membelek majalah ini..

Unknown berkata...

ya snOe...sy terbaca tang tajuk aje terus sambar majalah tu...tp yg penting sy bayar dlu sblm baca...hehe