BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Follow me

Selasa, 7 Oktober 2014

Korban Teristimewa

Alhamdulillah... setelah sekian lama tidak menulis dlm diari perkongsian ini, akhirnya ruang masa yang Allah kurnia kali ini dapat juga berkongsi sekali lagi coretan Korban Aidul Adha bagi tahun 2014.
Yang menjadi kelainan Aidul Adha kali ini bukanlah kerana jenis korban kali ini melibatkan unta mahupun kibas. Tetapi, buat pertama kali dalam hidup inilah kali pertama penulis menikmati sendiri pengalaman melaksanakan ibadah korban. Teringat penulis kata-kata seorang ustaz (tak ingat nama) yang sering bersiaran diradio KedahFM menyatakan "melaksanakan ibadah korban bagi yang mampu ini adalah lebih baik berbanding melakukan sedekah jariah". Jadi moleklah dikesempatan  dan rezeki yang Allah kurnia ini dapat juga melakukan ibadah korban yang merupakan sunat yang dituntut dalam Islam. Alhamdulillah... syukur ke hadrat Ilahi.
Untuk pengetahun umum, sekiranya melaksanakan ibadah korban kambing atau pun kibas, memadai dengan satu bahagian sahaja dan semua pun tahu yang pastinya terpaksa keluar lebih ringgitnya. Manakala Korban bagi seekor lembu pula melibatkan 7 bahagian dan melibatkan 7 orang ahli iaitu melibatkan penulis sendiri, ibu, adik bongsu serta angah dan suaminya sendiri. Sebahagian lagi melibatkan nenek saudara atau di utara memanggil gelaran tersebut dengan panggilan tok menakan iaitu tok ngah.

0 comments: