BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Follow me

Jumaat, 2 Ogos 2013

Sehari Menziarah…

Bersempena bulan ramadhan yang mulia lagi barakah ini, Allah telah mengizinkan saya untuk menziarahi beberapa orang sanak saudara mahupun saudara seislam yang begitu memberi keinsafan kepada diri. Saya terasa rugi andai tidak berkongsi bersama pembaca serba sedikit buat pedoman bersama, memandangkan pula tulisan saya sudah lama tidak menjengah setelah berbulan dan hampir bersarang...Selamat membaca...

1. Menziarahi Orang Tua Yang Uzur

Masih ingat lagi tak pada lirik sebuah kumpulan nasyid Raihan yang menjadi ikutan kanak-kanak suatu ketika dahulu?
"Ingat lima perkara, sebelum lima perkara.Sihat sebelum sakit,
Muda sebelum tua,
kaya sebelum miskin,
Lapang sebelum sempit,
Hidup sebelum mati."
Namun, apalah ada pada bait-bait sebuah lagu andai kita sendiri tidak pernah hayatinya...betul juga...Sebenarnya Allah menguji mereka dan iman mereka agar mereka lebih taat akan perintah Allah. Sebagai seorang yang sihat sebelum sakit berkunjung, kita ziarahlah mereka yang sakit dan uzur. Kerana sesungguhnya amalan menziarahi dituntut dalam Islam,
Diriwayatkan hadith daripada Abdul Rahman bin Abi Laila, hadith daripada Ali (r.a) berkata: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa datang pada saudaranya yang Muslim menjengoknya (ketika sakit, seumpama) berjalan di dalam kebun syurga sehingga duduk dia. Maka ketika duduk dia dituliskan kasih sayang (Rahmat) Allah (a.w) terhadapnya. Maka jika ada paginya (melawat pesakit)mendoakan 70,000 malaikat sampai petang. Dan jika ada pada petangnya (melawat pesakit) mendoakan atasnya 70,000 malaikat sehingga waktu subuh.’ [Hadith ibnu Majah]
tambahan pula, ketika menziarahi seorang wanita tua yang uzur ini, terasa sungguh menginsafkan diri. Paling menyedihkan, dia tidak pernah mempunyai anak kandung mahupun anak angkat untuk membantunya. Sungguh memilukan lagi apabila tempat tidurnya adalah bersebelahan tandas untuk mudah membuang dan membasuh najis. Tambahan pula, ingatannya semakin teruk. Percakapan juga tidak jelas. Saya masih ingatkan ketika dia masih kuat. dia mampu senyum, dia boleh ketawa bersama saudara-saudaranya, dia berjalan ke mana-mana sahaja. Sekejap sangat nikmat kegembiraan itu Allah beri...Begitu juga dengan kita. Apapun, saya balik kepada diri, persoalan saya...apakah pula nasib kita suatu ketika nanti di usia seperti dia? Adakah kita akan mengalami nasib seperti itu atau lagi berat dari jangkaan kita? dan bagaimana akan kita menghadapinya? Kala ini, saya hanya mampu berdoa agar Allah memberikan kesihatan yang baik kepadanya agar dapat melakukan ibadah diakhir-akhir usianya.Amin...

2. Menziarahi Si Suami muallaf Kematian Isteri
Ternyata, kematian sentiasa mendampingi kita. Oleh itu, saya teringatkan sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa.”

Hampir 3 bulan telah berlalu, telah pergi seorang isteri dan ibu yang saya amat kenal ini buat selama-lamanya. Mak Cik yang cukup baik dengan kedua orang tua saya ini sentiasa saya kenang keceriaannya dan sering membuat orang sekeling senang dengannya. Namun, yang hidup perlulah meteruskan kehidupan dan tak perlu pandang belakang lagi. Demi membesarkan seorang anak angkat yang masih di tingkatan 2, maka, beberapa perkara menjadi persoalan di benak ini, bagaimana cara yang harus si bapa pilih untuk mendidik anaknya… Kerana saya terfikirkan yang bapanya muallaf berketurunan Cina. Pada hemah saya ilmu agamanya masih di tahap beginner. Mengenangkan masa depan si anak gadis yang menginjak remaja. Dirinya terus diulit kemanjaan dan kemewahan. Jauh dalam sudut hati ini, memohon mudah-mudahan Allah memberikan perlindungan kepada si anak gadis ini dan memberi laluan menggapai hidayahNya… Moga bapanya terus tawaduk dan Istiqmah menunaikan perintah Allah…Amin.

Ya Allah Ya Tuhan Kami ampunilah segala dosa2 kaum muslimin muslimat, mukminim mukminat ketika mereka masih hidup di dunia ini, jadikan lah kubur mereka diantara satu taman dari taman-taman syurga mu Ya Allah & jangan pula Engkau jadikan kubur mereka di antara satu kawah dari kawah api neraka… Amin Ya Rabbal Alamin…

0 comments: