BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Follow me

Jumaat, 7 Oktober 2011

Perkhemahan Kor Kadet Polis...


Siapa kata guru hanya mengajar di kelas dan menyampaikan ilmu kepada pelajar-pelajarnya. Hakikatnya, profesion seorang guru ini melibatkan banyak perkara. Terutamanya kebajikan pelajar ketika membawa pelajar keluar dari sekolah.



Aku sebagai seorang guru, juga guru kadet polis, terpaksa belagak dengan pangkat Inspektor Kadet membawa kontigen negeri ke peringkat kebangsaan. Dalam erti yang sama, menjaga kebajikan pelajar, terpaksa berkorban tenaga dan wang ringgit untuk kesenangan mereka.



Perkhemahan yang berlangsung selama 5 hari bermula dari 2-6 Oktober 2011. Berakhir pada hari khamis dan sampai ke IPK pada jam 11.00 malam. Tapi esoknya hari Jumaat, mesti ke sekolah bagi menguruskan pelajar yang terlibat dengan Sahibba pada pertandingan yang akan berlangsung 10 oktober 2011.


Ketika melibatkan diri di perkhemahan Kompleks Rakan Muda Kampar, aku juga mewakili guru perempuan negeri dalam acara menembak, walaupun hebat tidak mengena sasaran, tapi itulah guru...mesti serba boleh dan terpaksa berani, terutama membawa nama negeri.


Ketika malam pula, setelah mendengar taklimat dan mesyuarat kecil antara anggota polis negeri dengan guru, guru kembali ke khemah pelajar untuk memastikan keselamatan mereka. Memandangkan makanan di kem berasaskan makanan dalam tin yang agak tidak sesuai dengan perut masing-masing, guru terpaksalah keluar dari kem untuk membeli makanan tambahan kepada pelajar yang memerlukan...





Ketika malam kebudayaan pula, aku begitu kalut menguruskan baju yang perlu dipakai oleh pelajar yang menari. Menjadi fesyen designer mereka, begitu juga memastikan langkah tarian yang bakal dipersembahkan agar tidak kelihatan begitu janggal...dan menguruskan pendaftaran mereka yang terlibat dengan tarian...ibarat membuat larian marathon pula ketika itu...tapi....ya....itulah guru...semua mesti boleh.




Malam terakhir meraikan pelajar-pelajar yang berjaya dengan jamuan KFC.




Keesokan hari bergerak pulang ke negeri masing-masing, sempat pula singgah ke Zoo Taiping. Setelah selesai, guru dan polis yang membawa kereta menyinggah sebentar mengisi perut di Doli makan Koew teaw goreng, al-maklum saja, pantang dengar ada yang sudi belanja.



0 comments: