BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Follow me

Khamis, 30 Jun 2011

Kilim Geoforest Park Langkawi

Gua Kelawar ni kalau tak pergi rugi la tak jejak kaki ke sini. Yer la, bagi mereka yang tidak pernah melihat kelawar secara dekat, disinilah tempatnya...kebanyakan kelawar tidur diwaktu siang, dan kelawar-kelawar akan mencari tempat gelap seperti didalam gua ini lah. Sebab itu dinamakan GUA KELAWAR. Sambil itu dapat menikmati keindahan gua, panorama alam semulajadi yang memukau hati dan banyak lagi.


Disamping itu, kita dapat juga melihat eagle berterbangan berdekatan bot kami naiki untuk mendapatkan cebisan daging ayam yang telah mereka berikan.


kami dibawa pula menyeberangi ke sekitar hulu sungai yang berhampiran dengan sempadan antarabangsa siam-malaysia.



Liat lah Pulau yang terletak ditengah lautan itu, bentuknya tidak ubah seperti bentuk kasut. Boleh dikategorikan Kasut Gergasi. Oleh itu, pulau itu dinamakan Pulau Kasut. Pulau yang mengelilingi Langkawi terdapat hampir 99 buah, oleh itu, Langkawi terkenal dengan khazanah alam semulajadi ini.




Disini pula adalah tempat ternakan ikan. Terdapat pelbagai jenis ikan yang dibela disini temasuklah, ikan pari, Ikan sumpit dan lain-lain lagi. Setiap ikan yang dibela mempunyai nama pula tu dan sungguh jinak.


Lihatlah ikan sumpit itu, mereka melompat mendapatkan makanan yang diberikan pengunjung dengan hanya menggunakan jari penunjuk sahaja. Kata penjaga disini, ikan sumpit memang peka dan sensitif pada warna putih, oleh itu, roti menjadi santapan ikan-ikan sumpit disini.



Lihat bentuk batu tersebut seperti gambaran muka seorang budak yang dilihat dari tepi. Mereka menggelarnya "baby face"


0 comments: