BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Follow me

Jumaat, 22 April 2011

Imam muda 2011

IM Nazrul Izwan Zolkiflee, 26 thn, Segamat, Johor, merupakan seorang Guru Besar. Selain gemar berkebun, IM Nazrul berbakat menyanyi. Irama Nasyid menjadi pilihan. Mempunyai personaliti bersahaja, menjadikan IM Nazrul mudah bergaul dengan golongan remaja. Baru mendapat cahaya mata kedua bulan lalu.
IM Nadji Wan Mohd Noh, 20 thn, Kajang, Selangor. Anak Kelantan ini, seorang pelajar dan peserta paling muda untuk musim ini. IM Nadji cukup minat dengan sukan bola keranjang dan futsal. Im Nadji juga penyokong kuat kelab bolasepak Chelsea. Dari keluaraga yang kuat ugama ayahnya seoarng guru taranum.
IM Mujahid Suhaimi, 20 thn, Woodlands, Singapura. IM Mujahid anak jati kota metropolitan. Im Mujahid antara peserta termuda pernah beraksi dalam sukan Gimnastik dan masih menuntut.
IM Hassan Adli Yahaya, 26 thn, Air Tawar, Perak. IM Hassan adalah seorang Pensyarah. Di waktu lapang Hassan suka keluar bercuti dan melancong menikmati keindahan alam. IM Hassan seorang yang pemalu tetapi selepas mengenalinya ternyata Hssan seorang yang peramah dan suka berkongsi ilmu
IM Abdul Fatah Riddzwan, 21 thn, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Seorang peramah dan penuh dengan lawak jenakanya. Sentiasa ceria dan ada aje topik dan lawak yang disampaikan bersuaianlah dengan tugasnya sebagai seorang Fasilitator. IM Fatah sentiasa mendengar radio kerana ia adalah sumber informasi buatnya. Tidak pernah tinggal MP3 nya.
IM Fakhrul Hassan, 27 thn, Terengganu. IM Fakhrul adalah seorang Imam di tempatnya. Istimewa tentang IM Fakhrul, beliau boleh bertutur 4 bahasa. Im Fakhrul suka memancing dan menontong filem. IM Fakhrul adalah lulusan dari Universiti Sains dan Teknoloji Yemen
Mohd Azlan Zulkarnain, 25 thn, Kuala Lumpur. birapun masih muda anak jati KL yang juga seorang jurutera disebuah syarikat gergasi petroleum nampak matang. Lihat saja gayanya berbicara, petah dan ada isi. Jadi tidak hairanlah IM Azlan memberitahu bahawa dia gemar menulis blog. Pasti ramai yang ingin membaca coretan IM Azlan.
Pelajar Syariah, KUIN, IM Ammar Wan Harun, 27 thn, Alor Setar, Kedah. Banyak menghabiskan masa bersama rakan di kolej dengan melakukan aktiviti bersukan. Im Ammar suka bermain video. IM Ammar juga mempunyai keunikan mengubat menggunakan pendekatan AURA seseorang. Seorg yang sempoi tapi penuh dengan ilmu agama didada.
IM Ali Khairudin Hj Abdul Marif, 26 thn, Beaufort, Sabah. IM Ali seorang yang peramah dan berjiwa seni. Bergelar seoarng Guru KAFA tidak menghalang minatnya dalam muzik. Suka dengar lagu Rock. IM Ali adalah anak ke13 dari 17 adik beradik satu ibu dan ayah. Ali juga seoarng pelukis kartun dan 'hair stylist' rambut lelaki.
IM Fadli HJ Awang, 24 thn, Brunei Darul Salam. Im Fadli merupakan satu satunya calon dari Brunei. Bertugas sebagai Pegawai Masjid, masa yang ada banyak digunakan untuk menelaah bahan bahan agama dan melayari internet untuk mengetahui perkembangan semasa. Selain itu Im Fadli suka menonton TV.

1 comments:

Nurel-ainy berkata...

saya tak setuju dgn seorg blgger yang mengatakan Program Imam Muda adalah agenda Israel Laknatullah di dalam blognya : sozcyili.blogspot.com... Yang penting kita ikhlas untuk dekat dengan Allah SWT. Spt dlm posting sy sblm ini: selangkah kita mendekati Allah, maka Allah akan mendekati kita sepuluh langkah bahkan lebih dari itu....Insyallah yang baik ambillah sebagai panduan...