BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Follow me

Khamis, 10 Februari 2011

Aduhai la gigi...


Seperti yang semua orang tahu gigi adalah asset penting dalam penampilan diri seseorang. Gigi bukan sahaja sekadar penyeri muka malah gigi merupakan peranan utama penentuan raut wajah seseorang samada bentuk muka bujur sireh, bulat, berpetak dan sebagainya. Aduhai.... bila terkenangkan gigi aku ini, kecewa pulak rasa. Dah lama benar memasang hasrat untuk memakai braces. Oleh itu, terdapat sepotong hadis yang berbunyi:

لَعَنَ اللهُ الْوَاشِمَاتِ، وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ، وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ، وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ، الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللهِ

“Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya, perempuan-perempuan yang minta dicukur alis (bulu keningnya) dan perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan-perempuan yang merubah ciptaan Allah”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Mas’ud r.a.)

Imam Nawawi semasa mensyarahkan hadis di atas, beliau menegaskan; sabda Nabi s.a.w. “perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik” menunjukkan bahawa yang diharamkan ialah bagi orang-orang yang melakukan perkara tersebut (yakni mengubah gigi) untuk tujuan kecantikan semata-mata. Adapun kerana keperluan iaitu untuk mengubati atau untuk membaiki kecacatan pada gigi dan seumpamanya, maka diharuskan”. (Syarah Soheh Muslim, juz. 14, Kitab al-Libas Wa az-Zinah). Jelaslah bahawa memakai braces (pendakap gigi) tidak termasuk di dalam perbuatan mengubah gigi yang dilaknat Allah dan RasulNya di dalam hadis di atas kerana tujuannya bukan untuk mengubah ciptaan Allah dengan sengaja tetapi untuk membaiki kecacatan pada gigi. Gigi yang jongang sekalipun tidak mendatang kesakitan pada fizikal, tetapi mendatangkan kesakitan pada mental kerana dipandang hodoh oleh orang lain, menyebabkan kita tidak selesa apabila berhadapan dengan orang lain. Tambahan pula, bekerja dengan komuniti dan masyarakat seperti cikgu...erm???

Sejak dari bangku sekolah lagi rakan-rakan senasib pernah mengajak untuk membuat braces, tapi siapa la aku jika hendak dibandingkan dengan keluarga kaya seperti mereka. Harga rawatan keseluruhan RM3000 disebut seperti 30 ringgit je...waduh...tertangguh dahulu hasrat itu. Kemudian ketika sambung belajar, pernah juga memasang impian untuk menyimpan duit...tinggal mimpi je la...dan akhirnya sekarang setelah mempunyai pekerjaan impian lama harus la kene tunaikan jugak...tapi macam ade tak kene pulak rasanya...tak pe la..apa pun khidmat nasihat pakar orthodontic tu la yang paling penting. Jadi masa yang terluang digunakan untuk membuat sedikit research mengenai gigi sendiri dan mencari tempat rawatan yang sesuai dan dekat dengan tempat tinggal. Aku membuat appointment dengan Dr pakar pada 15 Januari 2011 hari sabtu bulan lepas. Beberapa ukuran dibuat dibahagian rahang atas dan rahang bawah. Akhirnya aku diberitahu bahawa masalah gigi aku ini adalah kategori jongang...iaitu jongang bawah...yeah! semestinya...itu aku sudah tahu...untuk pengetahuan pembaca budiman sekalian, Masalah gigi saya ini adalah masalah gigi KELAS III ATAU PROGNATHISM. Ia berlaku apabila gigi bawah lebih menonjol daripada gigi atas. Dalam kes seperti ini, pesakit selalunya mempunyai tulang rahang bawah yang besar atau tulang rahang atas yang pendek





Jadi dipendekkan cerita Dr. Gigi telah membuat analisa bahawa aku bukanlah seperti kebanyakan pesakit gigi diluar sana yang hanya memakai braces untuk membetulkan kedudukan gigi, malah aku memerlukan langkah rawatan seperti berikut iaitu:
1. Pemakaian Braces
2. Pembedahan rahang bawah dan disebabkan oleh masalah open bite aku memerlukan...
3. Pembedahan rahang atas

Oleh itu, pembedahan pergigian ini dikenali sebagai pembedahan ORTHOGNATHIC iaitu pilihan untuk pesakit yang mengalami jongang yang teruk. Pembedahan bukan saja membantu penampilan seseorang malah pertuturan juga turut tidak terganggu. Objektif pembedahan ini adalah untuk membetulkan masalah rahang yang membantu pesakit mengunyah, bercakap dan bernafas dengan lebih baik. Malah, penampilan juga lebih menarik dan cantik, lihat perubahan rahang dan gigi seperti dibawah...



Jika perubatan swasta mungkin dalam 20 ribu. Dr. tersebut menyarankan agar aku membuat rawatan di hospital kerajaan. Dia menyediakan surat khas yang ditujukan kepada Dr di hospital kerajaan berkenaan untuk aku melalui proses rawatan selanjutnya. Menarik juga...hati dah mula berbunga-bunga nih...hehe...
Tetapi setelah berbincang dengan family, nampaknya tiada persetujuan dan tiada keizinan. Pasrah tetap pasrah. Biarlah keadaan terus begini sehingga ke akhir hayat. Namun, ada benarnya pendapat yang diberikan oleh mereka yang sentiasa menyokong itu. Apa pun yang berlaku perlulah redha. Semua ini juga mungkin ada hikmah disebaliknya.

82 comments:

Dd berkata...

Ainy,
Sebenarnya saya (mungkin kakak kot) pun ada masalah sama mcm awak ni. Beza rahang atas dgn yg bwh 14mm. Saya dh lama consult dgn doktor di PPUKM sejak 6 tahun lalu. Insya Allah, lepas raya tahun ni saya akan buat pembedahan orthognathic ni.

Boleh tau, Dr. Gigi Ainy sarankan hospital mana? PPUKM yg saya selalu ulang alik ni mmg byk buat kes mcm ni. Saya adalah pesakit paling lama tunggu giliran nak buat surgery, tapi sabar jelah. Lagipun pembedahan mcm ni risiko tinggi... melibatkan sistem pernafasan & struktur muka, jadi byk kali tangguh2, ukur semula, etc.

Mungkin family Ainy x sokong tu sbb ada kaitan dgn hukum agama, kan? Sebenarnya saya pun kadang2 dlm dilema jugak, takut Allah murka. Tapi ada seorg dr tu ckp, niat kita mestilah betul... bukan utk kecantikan, tp utk kesihatan. Kita xtau masa depan mcm mana... Mungkin ada kesan ATAU mungkin xde apa2 pun. So solat hajat byk2 minta Allah permudahkan...

Ok Ainy, kalau ada apa2 nk tanya atau nk tau bolehlah kita kongsi2 pengetahuan. Cuba join group ni - http://health.groups.yahoo.com/group/orthognathicsurgerysupport/
Baca pengalaman2 org lain & tgk gmbr2 diorg b4 & after surgery.

Dh pakai braces ke? Assalamu'alaikum ;)

nurel-ainy berkata...

tq kak. tp sy klu nk tggu for 6 years lagi..waduh...berjambang jawabnya...anyway rahang saya boleh dikategorikan ok...sy takut lepas muka saya berubah saya plak yang menyesal sebab terlalu cantik sgt...hehe...apepun, sy sangat mengagumi kakak kerana berani dan sanggup hadapi risiko...apepun info ini dapat membantu yang pasakit seperti saya membuat keputusan. Ada pro and Conts...pilihan di tangan sendiri....wallahualam

yaya berkata...

masalah kite same la aini...ingtkn pakai braces masalah dah setel rupenye kene uat pembedahan bagai lak....kalau bnyk duit maybe dah buat dah, kdg2 smpai terfikir lebih baiklah jongang ats dr jongang bwh atleast masalah tu rmai yg hadapi...disebabkan masalah ni bile kite nk bercakap pun rse janggal sbb org akan tgok gg kite mcm pelik je..nk mkn pun kdg2 terus telan je sbb kesukaran nk mengunyah..dan yg lebih buat rse rendah diri sbb kite ni pmpuan n bile dating 1st time mesti lelaki tu tgok kite mcm kite cacat je....sedihnye

Unknown berkata...

yaya...jgn sedih atas kelemahan diri. yang mana patut kita boleh perbaiki. Betul..jongang sangat memalukan tambahan pula ia melibatkan apabila pertemuan dengan orang ramai. tapi tak apa, sbnrnya kelainan itulah kelebihan kita...yaya jika punya kesanggupan dan sumber kewangan yang kukuh boleh lah membuat pembedahan orthognatic ini...mudah-mudahan ia bukan saja memberi kepuasan dan mengubah tanggapan orang terhadap diri kita, tetapi dapat memperbaiki kecacatan yang tidak pernah kita nikmati sebelum ini, seperti makan dan bernafas dengan sempurna...insyallah

Dd berkata...

Yaya jgn sedih, kena kuatkan semangat. Keyakinan diri tu sgt penting. Kita kena yakin dgn diri kita sendiri, yakin dengan kebolehan diri kita, dan bila buat sesuatu tu buatlah bersungguh2 & terbaik. Kalau yaya masih belajar, cuba dptkan result yg bagus. Barulah org impress, hormat, dan layan kita mcm biasa. Bila pg sesuatu majlis tu, cuba tanamkan dlm minda yg kita ni mcm org lain, jgn memencilkan diri. Ni ckp dr pengalaman sediri.

Walau mcmmana pun, mmg akan ada waktu2 yg kita rasa tertekan dgn diri sendiri disebabkan kekurangan kita. Kita rasa kita boleh buat lebih baik kalau kita mcm org biasa. Saya selalu rasa macam tu. Itu belum lagi kejadian2 bila org lain pandang kita lain macam jek... mmg frust. Tapi apapun, kalau ada org buat mcm tu kita buat budus sudah.

Alhamdulillah saya dah pun selamat menjalani pembedahan orthognatic/maxilofacial pd 28 sept baru-baru ni. Hari ni hari yg ke 17 selepas pembedahan (post operation). Perubahan blum nampak lagi sbb muka masih bengkak kecuali rahang bawah dh jd pendek/ukuran normal. Gigi atas & gigi bawah dah diikat besi supaya proses penyembuhan lebih cepat & mengikut plan.

Hari ke3 post op (dh sedar), saya ada rasa menyesal sikit (biasalah tu peringkat penerimaan). Saya pun tatau kenapa sbb masa tu blum tgk cermin & saya dah pun tgk gambar2 pesakit lain di yahoo support group tu, so keadaan mmg dijangka. Masa tu saya terfikir2, betul ke keputusan yg saya dah buat ni etc. Mungkin sbb masa tu tak dpt nak uruskan diri & duduk kat wad (duduk kat wad mmg tensen). Sampai dr call parents saya minta dtg temankan saya sbb nampak saya murung jek, padahal saya ok jek.

Bila dapat balik & berehat kat rumah, barulah keadaan saya bertambah baik. Dan sekarang ni saya dapat terima keputusan yg dh saya buat. Saya dah tak sabar-sabar nak cepat sembuh & memulakan hidup baru as a new me ;) Percayalah, pembedahan ni tak sakit pun tapi tataulah klo lps2 ni sbb skarang muka tgh kebas lagi. Huhuhu.

Utk yaya, kalau nk buat pembedahan fikirlah masak2. Risiko memang ada & menakutkan, tapi berserahlah pada Allah. Bersedia dari emosi & mental. Itu sangat-sangat penting. Bykkan membaca mengenai kes2 macam ni esp. kat yahoo support group tu. Bab kewangan jgn riso, pembedahan ni taklah mahal gilek. Itupun kalau buat kat hospital kerajaanlah. Klo hospital swasta tu, paham2 jelah... Mcm mana pun saya fikir kalau rahang atas & rahang bwh tak byk sgt beza, tak perlulah buat kottt... apapun pilihan di tangan sendiri ;)

Best of luck to both of you (Ainy & Yaya).

Unknown berkata...

yer ke dd...alhamdulillah...sumer berjalan lancar...apa kata dd post la kat email gambar sebelum dan selepas pembedahan...semangat macam ni la saya suka ambil sebagai pembakar semangat....klu dd ada blog lagi best!

Bonn berkata...

Salam.. Sy pon ad msalah same.. Sy nk tnye brape kos untuk pmbedahan ni?? Ad juga plan nk wat.. Tp msih pk2.. Tq..

Dd berkata...

Sorry Ainy, xde blog. Utk gmbr tu maybe later la eh ;)

Utk Bonn, kos bergantung kpd berapa byk plate yg diperlukan. Mcm saya 7 plate = RM4690. Itu blum termasuk kos pembedahan, wad, xray muka dll (jgn risau, x smpi RM8-10K). Itu harga hosp kerajaan la. Klo Bonn nk start, biasanya 2 thn kena pakai braces then baru bleh plan nk buat surgery mcm mana. Mungkin Bonn bleh pg klinik dental (ada yg dental & surgery)& consult mcm mana (MAYBE xperlu surgery).

Next week saya akan jumpa surgeon balik & harap2 dpt buka dawai besi yg ikat gigi bwh & gigi atas. Dah sebulan makan pkai syringe & x bleh berckp2. Berat bdn pun dh turun 5kg...

Bonn berkata...

Dd wt opration nih kt ospital mne? operate tuk rahang atas n bawah ke? Klo x kisah, leh x bg email kt sy.. Sng skit sy nk tnye2 pas nih.. Klo x ksah la.. Sy nk wt tp takut.. Hahaa.. Papepon tq sbb share..

Dd berkata...

boleh... azi50270[at]streamyx[dot]com ;)

Tanpa Nama berkata...

sy pon mcm nk wt..tp tkt la...

masyitah al-jannah berkata...

kak DD xde fb ke...byk bnda nak tnye..:))

Tanpa Nama berkata...

hai,sy umur 17 thn.. sy pun mmpunyai masalah yg sama.. kalau nk wt opration kene berumur brape thun?... sbb sy ade dngr kalau wt opration bwh umur 18 thn,rahang tu akn tmbuh blik cam asal.. x tau la btul ke x...

Unknown berkata...

ish...takde la...rahang tu dah dipotong melalui pembedahan. tak tumbuh dah. dia bukan macam gigi susu boleh tumbuh balik...setahu saya tak da limit umur...janji berani baru dan menanggung risiko mcm kak dd yang telah memberi komen di atas. Alhamdulillah dia berjaya. Tp saya mungkin belum capai kekuatan mcm kak DD lagi kot....um...

peqah berkata...

kite pon kne buat pembedahan rahang . . sbb open bite . .takot je rase . . ingat pasang braces je . lau pasang braces je tak ad ape2 perubahan langsubg . . juzt susun gigi je . . takot la ..

Peqah berkata...

yaya ad fb x . .

Unknown berkata...

salam peqah, tahniah...awk sangat berani..tu la masalah open bite mcm sy jgk.sy xtau la mcm mana bila tua nnt bila sy xda gigi, nak buat gigi palsu pun susah kot... peqah umo brp? operation tu bila?

Unknown berkata...

Saya pun masalah gigi open bite ni..skang umo dah 23 thn lelaki..sy igt masalah ini hanya sy sorang dlm dunia ni..huhu..belum buat apa2 action..mungkin ini sudah tibasa masa saya nak minta dr nasihat doktor..

Unknown berkata...

aarol angah... perubahan terletak pada diri setiap individu. perlu berani.kena ada starting point...klu tggu dan lihat sampai bila-bila pun kita akan terus berada disitu... then bila dah start baru kita boleh buat keputusan...kan?

Tanpa Nama berkata...

sis..kalau cuma nak cek...perlu tau x pkai braces nak byar brpe ek??

Unknown berkata...

mcm sy pn just pegi cek kat hospital swasta...dia hanya buat beberapa ukuran di bhgn rahang dan wajah. dh complete pastu br dia terang pa yg kita perlu buat. itu charge standard hospital swasta RM50 utk minta nasihat pakar.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum,terharu baca komen2 dekat atas ni.sy mempunyai masalah yg sama.umur sy 24 tahun ,pelajar kejuruteraan tahun akhir di jepun.sy dalam proses pakai braces.hari ini hari kedua pakai braces.sy tgh buat treatment ni sekarang di jepun sbb di sini insurans cover untuk kes macam ini.insyallah kalau takde aral melintang sy akan sambung master dan buat surgery di jepun.tapi kalau sy tak berjaya sambung master sy akan teruskan treatment braces dan surgery dekat malaysia samada di gleneagles ampang atau beverly wilshire.siapa2 yg nak berkongsi masalah dgn sy boleh add sy di fb.zul_infinity@hotmail.com

Unknown berkata...

Wa'alaikumussalam...Terima kasih atas perkogsian anda... Moga dapat membantu mereka yang sering tertanya-tanya akan hal ini.

Tanpa Nama berkata...

Salam Nurul Ainy.....

Baru trjumpa blog ni.Boleh sy tau beza gigi bwh dgn gigi ats brape...? sbb sy pn mmpunyai masalah yg sme iaitu jonggang bwh..sy pn ingt nk pkai braces je tp doc klinik ggi bese ckp sy xbleh pkai braces je...tp kne bt pmbedahan rahang.....dngr pn dh takut....sy byk google psl pmbedahan ni tp mcm xde kekuatan je nk hdpi....memndangkn kos pn agak mahal....umor pn dh lebih 25...skrg pn sume dh naik...xtau mcmne nti...kt sni xde pkar ortoghanatic yg private...hrp ainy bleh bls prtnyaan sy ni....tq

~nur87

Unknown berkata...

Waalaikumsalam nur87...
gigi bawah dan gigi atas tu maksud kos ke? Maaf la...saya tak boleh estimate kos brp. Kat malaysia ni kalau nak buat pembedahan tu kene jumpa doktor hospital kerajaan. Saya bagi jalan macamni...kalau bersedia menerima 90-100% perubahan wajah lebih baik minta nasihat private hospital dahulu. Minta pendapat. Dan minta sokongan dari doktor tu utk ke stage seterusnya di hospital kerajaan. Iu lebih baik. Sebab hospital kat Malaysia ni kalau takda sekongan dia lambat. Yang penting sabar. Sebab proses utk sampai ke stage pembedahan memakan masa yang lama. Bukan senang nak terus bedah. Banyak prosedur.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,sis. Sy pun ada mslh jongang bawah. Time tdo,slalu mulut ternganga and air liur basi terkeluar. Kalau ketawa or senyum,dengan gusi sekali nampak. :) Dah terlambat ker nak wat rawatan? Umur sy 23 taun. Untuk rawatan kena bayar sekaligus or bayar bulanan? -ain-

saya syuhada berkata...

assalamualaikum wrm
sy menghadapi masalah yg sama. insyaallah rabu nxt week sy akan buat pre surgery then after 6months baru buat major surgery..... the thing is, boleh x akak dd bg id fb utk sy add.....sy nk follow up orthonagtic patient dr msia.....selalu tgk youtube omputih jer...hehehe thanks.

Unknown berkata...

Org lain boleh selfie tkap gambar kite ni malu
Dengan gigi ini...salalu kena ejek..uhssshhh apalah nasib diri ini

Unknown berkata...

Assalam... saya pon ada masalah yg sama... orang selalu ejek sy dagu panjang.... kdg2 ckap x fluence ... hmm kak Dd ada fb or emel x yg boleh sy contact...

joongki berkata...

kat mana ok klau nak buat ortho ni ya?

Sound Halalusi Nasik berkata...

Hai saya pin open bite..bwh rahang kedepan.tpi saya xnak bt surgery sbb first time dh surgery gigi garham bwh doktor korek tulang gigi bwh sbb kedudukan gigi x sama..pengsan jgk sedar2 brdarah..sakit lepas surgery..smpai saya bt keputusan xnak bt surgery rahang..lgi teruk kena brsedia dari segi mcm2..last doktor pakaikan braces n doktor tgk gigi saya dh brgerak..dan saya xteruk sngt..saya brsyukur masih bole makan masih boleh brckp normal..if teruk smpai makanan xhadam pembuangan brdarah better bt..if xdak apa2 effect brsyukur apa yg allah berikan..

Sound Halalusi Nasik berkata...

Hai saya pin open bite..bwh rahang kedepan.tpi saya xnak bt surgery sbb first time dh surgery gigi garham bwh doktor korek tulang gigi bwh sbb kedudukan gigi x sama..pengsan jgk sedar2 brdarah..sakit lepas surgery..smpai saya bt keputusan xnak bt surgery rahang..lgi teruk kena brsedia dari segi mcm2..last doktor pakaikan braces n doktor tgk gigi saya dh brgerak..dan saya xteruk sngt..saya brsyukur masih bole makan masih boleh brckp normal..if teruk smpai makanan xhadam pembuangan brdarah better bt..if xdak apa2 effect brsyukur apa yg allah berikan..

Tanpa Nama berkata...

Assalam...hai...Nurul Ainy n smua..

Tanpa Nama berkata...

Kadang2 menangis sbb org ejek.. Pity me

Unknown berkata...

Slm sy baru je post-op orthonagthic surgery in PPUKM on 18 May 2016. Kalo korg rs nekad nk buat... go ahead.
It wasn't pain but more to uncomfortable. Trust me. Cabaran dia lps surgery xblh buka mulut mkn semua liquid food for 6 weeks.. lalu xlalu je terpaksa. Berat pn lost 4kg in 2 weeks. For those yg still thinking about it just go ahead because i can feel u.

Aepa Abdullah berkata...

Ms marcella. Awk ada contact no x? Nak tny something..

Tanpa Nama berkata...

saya pun pakai braces and dagu bawah kedepan. mmg malu bila jln kt luar rasa tkde keyakinan and tgh tunggu utk buat surgery. tp saya takut. ms marcella ada ig ke utk saya contact sbb nk tnye few questions

Unknown berkata...

kalau jongang sblah rahang atas tp jongangnye kedepan dan kedudukan gigi duduk ke kiri skit.. tu kene buat operation jgk ke atau ckup dgn braces??

Unknown berkata...

kalau jongang sblah rahang atas tp jongangnye kedepan dan kedudukan gigi duduk ke kiri skit.. tu kene buat operation jgk ke atau ckup dgn braces??

Unknown berkata...

Huhu😭 Sy pn ad mslh yg sme... Ad spe2 yg da bt operation tu? Leh bg email or fb leh kite chat personal ... Nk twu lebih details psal ni 😭 Tlg sgt malu nan kwn2 lg malu nk brhdapan org rmai kurang keyakinan🙏🏻🙏🏻 ini email sy nurraheyma94@gmail.com .. Ni fb نور رحمواتي

Iwan berkata...

Hmm, aku pun sama jugak. Selalu jugak kene ejek dengan membe. Kekadang rasa malu pun ada lagi2 dengan budak dekad kolej.Rahang aku ni lebar. Kalau tengok muka nampak macam segiempat disebabkan rahang aku.. kalau sape penah buat operation tu cuba share siket dekad aku. FB : Muhammad Redzuan Email : iwan.redzuan98@gmail.com/ iwan.zaini98@gmail.com

Rahsia 94 berkata...

Assalamualaikum,hai sy problem gigi atas kedepan..klu tgk gmbr pd blog ainy ( gmbr c). Pun kne buat pmbdhn but parent kta tk pyh... Msa tu rsa down jgk then ayh & ibu ckp lbh baik tk pyh klu risiko nk mkn ( lps bdh) tggi..Sbb doctor yg bg pnjlsan tu blh ckp mcm ni ( sy tk pksa,tp klu awk nk thu risiko slps pmbdhn adlh ↑ lgx2 tk blh nk mkn & mnum..Awk kne mkn bnda solid & pki straw utk minum mngkin dlm 6 bln..)

Aishah berkata...

Ms marcella boleh contact saya tak? Saya berusia 15tahun.Saya pon ada masalah yg sama just nk nasihat dari awak���� and nak tanya pasal surgery ORTHOGNATHIC tu. Pls saya harap awak reply secepat mungkin

Ida berkata...

Salam DD,
Nak tau mcm mane nak buat operation kat spital kerajaan tu? Kite kena gi register kat klinik gigi hukm kat GH KL dulu ke? Lepas tu baru doc akan letak nama kite dalam waiting list ke?

Ida berkata...

Salam DD,
Nak tau mcm mane nak buat operation kat spital kerajaan tu? Kite kena gi register kat klinik gigi hukm kat GH KL dulu ke? Lepas tu baru doc akan letak nama kite dalam waiting list ke?

Tanpa Nama berkata...

hai assalamualaikum. saya umur 22tahun. alami benda yang sama. sedih sangat² . setiap hari sebelum tidur mesti nangis sebab tengok diri hodoh sgt dekat ceemin. kenkadang org pelik kenapa dagu kita panjang sgt. nk bercakap depan org memang kena cover².kenkadang malu dgn housemate sendiri sbb bila kita bukak tudung nampak panjang tu. bila cakap huruf 's' selalu gt, tk jelas. selalu sgt menyendiri dalam bilik . ada yang faham , ada yang menyindir. moga Tuhan datangkan orang² yg boleh terima kekurangan diri. nak bedah? masih student so takde kewangan yg kukuh lagi. moga semua org yang terima nasib yang sama akan lebih terus bersabar. ada hikmahnya semua ni

Avit Vasarn berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Avit Vasarn berkata...

HI..I ADA NIAT NK BUAT ORTHOGNATHIC SURGERY..OKAY U ALLS..SEJAK 3 BULAN LALU I ADA BUAT APPOINTMENT DGN SEORANG PAKAR BEDAH MULUT SWASTA NI U ALLS..BILA DAH RUNDING PUNYA RUNDING..COST BAGI RAWATAN ORTHOGNATHIC ADALAH AROUND RM15k..SWASTA BIASA LA..HIHI..TERNGANGA U ALLS..RM15k TU UNTUK PLATE AND PEMBEDAHAN JER TAU..HAAA TUH X TERMASUK COST RAWATAN SEPANJANG DI CLINIC LAGI..SO KIRA2 COST KESELURUHAN LA KAN..TERMASUK RAWATAN PRESURGERY DIMANA KITA PAKAI BRACES BLING2 TU..HUMM AROUND RM25k KEATAS..KLU ADA KEPALA AGONG (RM) WHY NOT KAN HAHAHA..APA2 PON BOLEH BUAT..SO, DR. PAKAR BEDAH MULUT SWASTA TU ADA LA RECOMMENT I TO REFER KE HOSPITAL KERAJAAN..2 MINGGU KEMUDIAN..RASA LA LEGA SIKIT HATI NI SEBAB PIHAK HOSPITAL MASIH ACCEPT I LAGI EVEN UMUR 20..SELALUNYA UNIT MAXILLOFACIAL DAN PAKAR BEDAH MULUT DAH X LAYAN UMUR 20 KEATAS NI KAN DAN HANYA DIBERI KEUTAMAAN KEPADA 18 TAHUN KEBAWAH JER U ALLS..MAKLUM LAH KERAJAAN..RASA TERSENYUM LA SIKIT X BANYAK HAHA SEBAB COST HOSPITAL KERAJAAN NI X LA MEMBEBANKAN SANGAT..HIHI..TUNGGU PUNYA TUNGGU..03/05/17 TIBA LA HARI TEMUJANJI DIMANA UNIT MAKSILOFASIAL DAN PAKAR BEDAH MULUT I NI ADA BUAT COMBINE CLINIC N PAKAR2..BILA DAH FACE TO FACE DENGAN PARA MECHANIC GIGI NI..GEMENTAR JUGAK LA..TAPI PAKAR2 MEMANG MESRA PELANGGAN..SIAP USIK I LAGI YUNK..HAHAH "HUHU HANDSOME LA AVIT LEPAS NI YE" MERAH PIPI DENAGAR PAKAR BRACER TU MENGAYAT..KATA PAKAR TENTANG GIGI I NI..SEBENARNYA I BERNASIB BAIK SEBAB RAHANG BAWAH SAYA X LA TERUK SANGAT..PENDEK KATA BILA SEKALI PANDANG TU YEAH ORG NAMPAK AND ORANG TAHU BAHAWASANYA I NI MEMANG ADA MASALAH RAHANG CLASS III..BUT X KETARA LA..SO, DISEBABKAN RAHANG I NI X LA SEBERAPA KETARA..OPSSS X KETARA PON NK GIGIT NASI N MEE PON X LEPAS LA HIHI..KALAU GIGIT LAKSA PON X LEPAS KIRA AGAK SERIUS LA..SO I DIBERI 3 PILIHAN BERKAITAN RAWATAN MASALAH RAHANG CLASS III NI..

NI YANG CIK NAK HABAQ NI
1) BRACES (PRESURGERY) + ORTHOGNATHIC
SURGERY
2)BRACES (PRESURGERY) @ UNDERBITE
CORRECTION + PEMBEDAHAN KECIL.
I X PASTI APA NAMA RAWATAN
NI..TENGAH NERVOUS LA KATAKAN MASA
DISCUS DENGAN PARA PAKAR. YG
DIKATAKAN PEMBEDAHAN KECIL
TU..MEMANG TIDAK BERKAITAN DENGAN
PEMBEDAHAN TULANG RAHANG
SEPERTI DI (1)..PEMBEDAHAN KECIL TU
HANYA MELIBATKAN PEMOTONGAN
BAHAGIAN DAGU UNTUK TARIK DAGU MASUK
KEDALAM..KAEDAH NI JUGA PAKAI PLATE
LA..BAHAGIAN DAGU SAJAHA OKAY AND
TIDAK MELIBATKAN PEMOTONGAN RAHANG.
SO THAT..EVEN CORRECTION UNDERBITE
CLASS III..DAGU X LA MENONJOL KEDEPAN
SANGAT SEBAB RAWATAN INI TIDAK
MENGUBAH KEDUDUKAN KESELURUHAN.
BAHAGIAN MAKSILA SEPERTI DI(1)
MALAH HANYA
PENGUBAHAN KEDUDUKAN BAHAGIAN DAGU
SAHAJA..BOLEH FAHAM KOT TAKAT TU..
3)UNDERBITE CORRECTION
I RASA U ALLS DAH KAJI TENTANG RAWATAN
UNDERBITE TANPA SURGERY NI..PERLUKAN
PEMASANGAN BRACES DIMANA BRACES
BAGI KAEDAH INI MENGGUNAKAN ELASTIC
BAND ATAU SPRING BUT... AMMM
BERGANTUNG KEPADA PENYEDIAAN
HOSPITAL KERAJAAN JUGA LA...

SUDAH PON I TERANGKAN 3 PILIHAN KAEDAH RAWATAN YG BAKAL I LALUI UNTUK MASALAH RAHANG I YG '50/50' NI 'KATA PAKAR' HIHIHI..THAN I DIBERI TARIKH UNTUK COMFIRM KAEDAH YG I RASA PALING SESUAI AND MUKTAMAD BULAN DEPAN 14/05/17..SO NOW I MASIH DISCUS SAMA FAMILY UNTUK LALUI KAEDAH YANG BUKAN SEKADAR SESUAI MALAH YANG TERBAIK..MOGA SEGALA PROSES RAWATAN BERJALAN LANCAR..

Avit Vasarn berkata...

HI..I ADA NIAT NK BUAT ORTHOGNATHIC SURGERY..OKAY U ALLS..SEJAK 3 BULAN LALU I ADA BUAT APPOINTMENT DGN SEORANG PAKAR BEDAH MULUT SWASTA NI U ALLS..BILA DAH RUNDING PUNYA RUNDING..COST BAGI RAWATAN ORTHOGNATHIC ADALAH AROUND RM15k..SWASTA BIASA LA..HIHI..TERNGANGA U ALLS..RM15k TU UNTUK PLATE AND PEMBEDAHAN JER TAU..HAAA TUH X TERMASUK COST RAWATAN SEPANJANG DI CLINIC LAGI..SO KIRA2 COST KESELURUHAN LA KAN..TERMASUK RAWATAN PRESURGERY DIMANA KITA PAKAI BRACES BLING2 TU..HUMM AROUND RM25k KEATAS..KLU ADA KEPALA AGONG (RM) WHY NOT KAN HAHAHA..APA2 PON BOLEH BUAT..SO, DR. PAKAR BEDAH MULUT SWASTA TU ADA LA RECOMMENT I TO REFER KE HOSPITAL KERAJAAN..2 MINGGU KEMUDIAN..RASA LA LEGA SIKIT HATI NI SEBAB PIHAK HOSPITAL MASIH ACCEPT I LAGI EVEN UMUR 20..SELALUNYA UNIT MAXILLOFACIAL DAN PAKAR BEDAH MULUT DAH X LAYAN UMUR 20 KEATAS NI KAN DAN HANYA DIBERI KEUTAMAAN KEPADA 18 TAHUN KEBAWAH JER U ALLS..MAKLUM LAH KERAJAAN..RASA TERSENYUM LA SIKIT X BANYAK HAHA SEBAB COST HOSPITAL KERAJAAN NI X LA MEMBEBANKAN SANGAT..HIHI..TUNGGU PUNYA TUNGGU..03/05/17 TIBA LA HARI TEMUJANJI DIMANA UNIT MAKSILOFASIAL DAN PAKAR BEDAH MULUT I NI ADA BUAT COMBINE CLINIC N PAKAR2..BILA DAH FACE TO FACE DENGAN PARA MECHANIC GIGI NI..GEMENTAR JUGAK LA..TAPI PAKAR2 MEMANG MESRA PELANGGAN..SIAP USIK I LAGI YUNK..HAHAH "HUHU HANDSOME LA AVIT LEPAS NI YE" MERAH PIPI DENAGAR PAKAR BRACER TU MENGAYAT..KATA PAKAR TENTANG GIGI I NI..SEBENARNYA I BERNASIB BAIK SEBAB RAHANG BAWAH SAYA X LA TERUK SANGAT..PENDEK KATA BILA SEKALI PANDANG TU YEAH ORG NAMPAK AND ORANG TAHU BAHAWASANYA I NI MEMANG ADA MASALAH RAHANG CLASS III..BUT X KETARA LA..SO, DISEBABKAN RAHANG I NI X LA SEBERAPA KETARA..OPSSS X KETARA PON NK GIGIT NASI N MEE PON X LEPAS LA HIHI..KALAU GIGIT LAKSA PON X LEPAS KIRA AGAK SERIUS LA..SO I DIBERI 3 PILIHAN BERKAITAN RAWATAN MASALAH RAHANG CLASS III NI..

NI YANG CIK NAK HABAQ NI
1) BRACES (PRESURGERY) + ORTHOGNATHIC
SURGERY
2)BRACES (PRESURGERY) @ UNDERBITE
CORRECTION + PEMBEDAHAN KECIL.
I X PASTI APA NAMA RAWATAN
NI..TENGAH NERVOUS LA KATAKAN MASA
DISCUS DENGAN PARA PAKAR. YG
DIKATAKAN PEMBEDAHAN KECIL
TU..MEMANG TIDAK BERKAITAN DENGAN
PEMBEDAHAN TULANG RAHANG
SEPERTI DI (1)..PEMBEDAHAN KECIL TU
HANYA MELIBATKAN PEMOTONGAN
BAHAGIAN DAGU UNTUK TARIK DAGU MASUK
KEDALAM..KAEDAH NI JUGA PAKAI PLATE
LA..BAHAGIAN DAGU SAJAHA OKAY AND
TIDAK MELIBATKAN PEMOTONGAN RAHANG.
SO THAT..EVEN CORRECTION UNDERBITE
CLASS III..DAGU X LA MENONJOL KEDEPAN
SANGAT SEBAB RAWATAN INI TIDAK
MENGUBAH KEDUDUKAN KESELURUHAN.
BAHAGIAN MAKSILA SEPERTI DI(1)
MALAH HANYA
PENGUBAHAN KEDUDUKAN BAHAGIAN DAGU
SAHAJA..BOLEH FAHAM KOT TAKAT TU..
3)UNDERBITE CORRECTION
I RASA U ALLS DAH KAJI TENTANG RAWATAN
UNDERBITE TANPA SURGERY NI..PERLUKAN
PEMASANGAN BRACES DIMANA BRACES
BAGI KAEDAH INI MENGGUNAKAN ELASTIC
BAND ATAU SPRING BUT... AMMM
BERGANTUNG KEPADA PENYEDIAAN
HOSPITAL KERAJAAN JUGA LA...

SUDAH PON I TERANGKAN 3 PILIHAN KAEDAH RAWATAN YG BAKAL I LALUI UNTUK MASALAH RAHANG I YG '50/50' NI 'KATA PAKAR' HIHIHI..THAN I DIBERI TARIKH UNTUK COMFIRM KAEDAH YG I RASA PALING SESUAI AND MUKTAMAD BULAN DEPAN 14/05/17..SO NOW I MASIH DISCUS SAMA FAMILY UNTUK LALUI KAEDAH YANG BUKAN SEKADAR SESUAI MALAH YANG TERBAIK..MOGA SEGALA PROSES RAWATAN BERJALAN LANCAR..

Fauzi Jais berkata...

Sesiapa yg ad pengalaman harap dapat share.. Contact Fb sy fauzi jais..

Unknown berkata...

as salam..sy pon sme ad msalah gigi x sama.. dlu2 slalu kne ejek dgn kwn2 dagu pnjg.. hari2 nngis je.. tpi skrg alhamdulillah.. xde lg org ejek2.. tpi kdg2 bile nk jmpe org tu segan lah jgk.. nak2 pulak skrg kene ckgu..kne slalu bjmpe dgn parent n kne bnyk bckp.. org klu bckp msty pndg muke kite.. dan sejak2 akhir ni slalu pgi klinik nk cek gigi.. and doc n misi tgur tnya selesa ke x dgn keadaan yg mcm ni..dia suh refer pakar tuk operate.. tpi sy xde kbranian lah..ad spe2 yg dh buat pbedahan ni..boleh share x pgalaman

Unknown berkata...

as salam..sy pon sme ad msalah gigi x sama.. dlu2 slalu kne ejek dgn kwn2 dagu pnjg.. hari2 nngis je.. tpi skrg alhamdulillah.. xde lg org ejek2.. tpi kdg2 bile nk jmpe org tu segan lah jgk.. nak2 pulak skrg kene ckgu..kne slalu bjmpe dgn parent n kne bnyk bckp.. org klu bckp msty pndg muke kite.. dan sejak2 akhir ni slalu pgi klinik nk cek gigi.. and doc n misi tgur tnya selesa ke x dgn keadaan yg mcm ni..dia suh refer pakar tuk operate.. tpi sy xde kbranian lah..ad spe2 yg dh buat pbedahan ni..boleh share x pgalaman

fadhilah berkata...

Sy pun dinasihatkan oleh doktor utk bt pembedahan... Sbb open bite...
Mula doktor sruh pakai braces jer.. Tapii doktor call balikk... Dia sruh buat gak opperation rahang ni.... Bt mase ni baru ulang alik dkt klinik utk memastikan gigi sentiase okay... Tapi takutlah nak buat pembedahan tuh... Hurrmmmm... Berserah je pd Allah...
Saje jer google,sbb nak kuatkan mental yg goyah nih.. Huhu... Biaselah perempuan kan.. Smua bnde nak pikir...
Ade sesapa ad pngalaman sewaktu opperation???
Berapa jam dduk dlm bilik bedah??
Bius satu badan ke??..
Huhu semua bende nak tanye... Hurmmmm...

Khairul berkata...

Sy kes rahang atas ..

Khairul berkata...

Kes rahang atas elok pkai braces je ke?

Tanpa Nama berkata...

Sy pun mengalami mslh yg sma..dlu masa skola selalu d ejek dgn nama.. Si dagu..dagu panjang...chin.. Firaun..��.. Buah mangga d sebabkan shape yg terlebih runcing... Klu da senior yg lalu n sma pnjg dagu d gelar adik beradik.. Mngis melalak pun..xda guna... Tp kena redha la.. Sabar la sahabat ku.. Allah nak uji kita ...

Unknown berkata...

Saya pakai braces kat bawah dulu dan tiba2 gigi bawah saya jadi ke depan. saya stress sangat. Saya nak tnye kalau gigi bawah ke depan, kita memang susah cakap ea. Sebab saya susah cakap dan makan. Sesiapa yang ada masalah macam saya boleh jawab tak. Tolonglah..

Unknown berkata...

Saya juga alami masalah rahang yang serius dengan perbezaan 26mm dan doc di ppum telah menasihatkan dan menyarankan saya buat operation. Kerana saya telah cuba pelbagai cara tapi gagal. Saya alami kesukaran untuk makan, bertutur dan berhadapan dengan orang. Sampaikan orang meminang pun saya rasa amat rendah diri dan tolak. Masalah untuk operation adalha kewangan yang mencecah rm53k di ppum. Allah saja yg tahu. Saya sedang memohon dana . Dan harap diluluskan.kerana saa bukanlah dari golongan orang senang. Ibu saya seorang ibu tunggal adik pula masih di universiti..

Rasa takut nak operation memnag ada. Sebab doc memberi tahu risiko agak besar memandangkan saya punya kesihatan kurang baik dan juga permah mngalami lemah jantung.
So ada seiapa nak share pengalaman atau pandangan boleh la emelkan saya ellygerimis@gmail.com

Nurzahirah berkata...

Assalamualaikum,saya mempunyai masalah jongang bawah, dan doctor menasihatkan supaya buat surgery. Doctor cakap kalau tanak buat surgery, better tak payah buat braces langsung sebab kalau nak pakai braces tanpa surgery, boleh pakai belah atas saja & hasilnya cuma susun gigi je & tak memuaskan.

Dah sebulan lebih duduk fikir nak buat ke tak, dah banyak tengok review dekat youtube, tapi tu lah perasaan sekejap rase nak buat sekejap rase takut, tanya pendapat mak, mak kata ikut je mana mana, abang pulak kata kita hidup sementara je, abang sorang lagi kata kebanyakan orang mati sebab gigi aduhlah . Tapi kalau saya buat keputusan untuk buat, semua akan sokonglah rasanya, sekarang ni atas saya je.

Saya berumur 16 tahun, memang masa ni rasa takut nak buat surgery, doctor cakap "alah buat je budak zaman sekarang semua berani berani" haih tapi difikirkan balik nanti time buat surgery umur 20 atau 21 sebab nak tunggu habis pembesaran eh ke apatah, kut masatu dah besar nanti nak masuk u nak jumpa ramai orang lagi rasa berani nak buat. Tu tengah fikir kalau nak buat surgery, nak pakai awal awal braces ni tapi perasaan dilema. Gigi saya okay je kalau nak makan, kunyah & cakap sebab gigi atas dan bawah bertemu cuma tu lah rahang panjang. Doctor cakap kira ni pembedahan sebab nak cantik jelah, kebanyakan orang buat surgery ni sebab ada problem hm.
Harap sape sape boleh bagi cadangan atau share pengalaman ke?

Tanpa Nama berkata...

salam n hai semua..ramai rupanya yang ada masalah macam ni..saya pun ada masalah rahang..tp bahagian atas,bila senyum je nmpak gusi..ingt nak pkai braces jugak,p dr ckp klau pkai braces pun gusi tetap akan nmpak..malu bila nak senyum.

Unknown berkata...

As salam..saya pun alami benda ni sama...dari sek rendah sampai men..jdi bahan ejekan je..sampai hilang keyakinan...n now dh kawen..jdi periang hanya dengan kekawan je..dgn fmily mentua...rsa rendah diri...sedih sgt

amm berkata...

sama pon ada masalah yang sama ermmm

Imran Ahmad berkata...

Saya baru lepas jalani pembedahan orthognatic 2bulan lepas, alhamdulillah berjalan lancar.

Class 3 malocclusion, buat single lower jaw surgery (mandibular setback)

Masalah gigitan gigi ni banyak jenis, pembedahan pun samada rahang bawah, atas, atau kedua2 sekali.

Dalam islam, dibolehkan untuk tujuan fungsi dan psikologi.

Majoriti yang ada masalah ini akan ada kesan emosi apabila bersosial / bergambar.


Underbite berkata...

U

Underbite berkata...

Boleh saya tahu Imran Ahmad buat di mana surgery tu?

Imran Ahmad berkata...

Dental uiam kuantan. Boleh hubungi klinik pergigian uiam kuantan, nanti akan bagi appointment.


Pembedahan buat di hospital uia kuantan. Jadi kos agak tinggi. Kecuali kalau ada GL ada diskaun.

Kos braces rm4000 (consider murah, kalau klinik luar boleh cecah 6-7ribu)
Kos pembedahan dalam rm3500
Kos plate & screw dalam 1-2ribu, bergantung jenis pembedahan.

Aqilah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknow berkata...

Huhu..sedih btulkan..selalu down bila tngok gigi sendiri..kekadang terpikir jgk knpa la allah ciptakan aq mcam ni..sedangkan adik beradik lain elok je�� kdng² smpai menangis sndiri..selalu jdi pendiam..jarang ckp ngn orng..entah lahh smpai bila nk kna hadap���� bnyk jgk komen..klau pkai breces pon x jdi apa kan..���� hurmm..nk buat pembedahan takut..����

ad berkata...

kadang kadang rasa insecure dengan diri sendiri, gigi saya jarang and dagh kedepan sikit. tapi ramai compliment saya cakap saya cantik dengan gigi macam tu, but sometimes rasa macam kena perli pun ada hm

Amalina berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Amalina berkata...

Imran Ahmad. Boleh tak nak add FB awk, nak bertanya berkenaan surgery. Tq

Imran Ahmad berkata...

Boleh. Mohammad Imran.

Plan nak tulis jugak pengalaman tentang ni cuma masa tak mengizinkan

Amalina berkata...

Apa nama fb awak

Amalina berkata...

Sbb ada beberapa account fb nama sama😁

Imran Ahmad berkata...

Mohammad Imran

Dekat profile tu works at KKM

amm berkata...

Mintak nombo sebab saya nak buat

Unknown berkata...

Sapa yg dah buat pembedahan tu saya nk number boleh tak , nk tnya

Unknown berkata...

Kalau hospital kerajaan ambil masa berapa lama untuk tungggu pembedahan dan berapa kos dekat hospital kerajaan .

Lieya berkata...

Siapa² yang dh selesai pembedahan tu, sye nak tanya semua okay ke tak ? Sebab saya kena buat keputusan dah. Masih ragu². Tp hati nak, mak ayh pun setuju je. Tlg syee

Khairul berkata...

Sy ada masalah dagu bawah pendek sgt teruk .. baca pengalaman masing2 .. tapi x jumpa contact no hospital kerajaan yg patut sy hubungi .. boleh ke bantu saya ..

Khairul berkata...

Ini email saya khairulfazlin@gmail.com

Ntah siapa berkata...

anak sy umur 7 tahun pun gigi mcmni. risau saya