BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Follow me

Rabu, 31 Julai 2013

Syiah menjadi barah akidah umat Islam



Rasulullah sendiri pernah bersabda mafhumnya: 
Golongan kamu Ali akan terbahagi tiga. Orang yang terlampau memuja mu, orang yang terlampau membenci mu dan orang yang cinta kepadamu kerana Allah. Golongan pertama dan kadua itu masuk neraka. Golongan ketiga itu masuk syurga
Sebagai seorang Islam, kita merupakan Sunni iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah. Tapi telah datang pula ajaran Syiah dari cabang yang asal kita anuti selama ini. Mengapa Syiah boleh wujud? sedangkan ajaran syiah sendiri mempunyai banyak alirannya. Mari kita selidiki sedikit sebagai panduan kita bersama.

Tetapi terdapat beberapa aliran utamanya iaitu:

  1. Syiah Imam 12 @ Imamiyyah/Ja'fariyyah (Pengikut dari Iran -90% dan Iraq)
  2. Al-Kaisaniyyah
  3. Al-Zaidiyah
  4. Imamiyyah
  5. al-Ghulat
  6.  Ismailiyah
  7. Syiah Imam Bertujuh
  8. Alawiyyah
  9. Duruzi
dan juga tarikat-tarikat sufi aliran syiah iaitu:
  1. Tarikat Alevi (Pengikut dari Turki - 20%)
  2. Bektashi Hamadani (Sebilangan besar pengikut Lubnan dan Syiria)
  3. Fatimiyyah (Sebilangan besar pengikut Lubnan dan Syiria)
Saya telah membuat beberapa penelitian melalui pembacaan di Wikipedia, dan saya mendapati bahawa perkataan Syiah itu telah disebutkan dalam al-Qur'an dan Hadith Nabi S.A.W.
Namun yang dimaksudkan oleh Al-Quran dan hadith itu bukanlah kata khusus kepada puak Syiah ini, melainkan kata umum kepada pengikut kepada sesuatu golongan pengikut, iaitu
  1. Golongan Ibrahim a.s
  2. Golongan yang derhaka
  3. Golongan Musa a.s.

Perkara-perkara yang diamalkan oleh Mazhab Syiah yang bertentangan dengan Sunni;
  • Khalifah diwasiatkan secara nas
  • Imam adalah maksum berdasarkan firman Allah
  • Saidina Ali adalah Pemimpin umat Islam setelah wafat Rasulullah
  • Mencela para sahabat nabi dan ummahatul mukminin
  • Menghalalkan nikah Muta'h yang diharamkan oleh Islam Sunni
  • Menolak beberapa Ijmak ulama yang tidak bertanggungjawab
  • Menolak Qias
  • Menerima hadith yang diriwayatkan sebahagian Ahli Sunnah Wal-Jamaah walaupun mengatakan para sahabat yang merawikan hadis itu kafir
  • Mengharuskan Jamak sembahyang dalam semua keadaan

0 comments: