Strategik dan senang nak cari
cantik...tp sayang pulak bilik ni takde almari |
I-City Shah Alam |
Sahabat-sahabat Nabi SAW telah bertanya akan hari-hari yang tujuh , Sabda Nabi :
Jumaat – Hari Jumaat adalah hari yang baik untuk mengadakan perhubungan dan pernikahan .
Sabtu – Hari Sabtu adalah di namakan sebagai hari tipu daya , kerana pada hari itu orang-orang kafir Quraish telah mengadakan tipu daya pada perjanjian Darrun Nadwah .
Ahad - Hari Ahad adalah hari yang baik untuk bertanam dan membuat binaan , kerana pada hari Ahad Allah memulakan menciptakan dunia dan membangunnya .
Isnin - Hari Isnin adalah hari yang baik untuk musafir dan untuk berniaga , kerana bahawasanya pada hari Isnin Nabi Syith telah musafir dalam urusan perniagaan dan beliau banyak mendapatkan keuntungan dari perniagaannya .
Selasa - Hari Selasa adalah hari berdarah , kerana pada hari itu , bermulanya Siti Hawa berhaid , dan pada hari itu pula mula-mula terjadinya pembunuhan anak Nabi Adam iaitu Qabil membunuh Habil .
Rabu – Hari Rabu adalah hari kebinasaan yang berkekalan , kerana pada hari itu Allah SWT menenggelamkan Fir’aun bersama kaumnya . Kaum Samud dan kaum ‘Ad yang mereka itu adalah kaum Nabi Saleh , juga d ibinasakan oleh Allah pada hari Rabu .
Khamis - Hari Khamis adalah hari yang baik untuk menuntut sekalian hajat , kerana bahawasanya Nabi Ibrahim AS pergi ke istana raja Mesir, maka raja Mesir menunaikan hajatnya dan mengembalikan isterinya Siti Sarah .
Oleh itu, sesiapa yang nak bermusafir hari yang baik dan sesuai adalah hari Isnin........Wallahualam.
Pada esok paginya kami breakfast di Seksyen 2. Mak saya suka sangat nasi lemak di situ iaitu "Cinta Rasa Nasi Lemak Panas". Katanya nas lemak di sini jauh lebih sedap kalau nak dibandingkan dengan Kg Baru...hehe...tak tau la pulak. Terpulanglah pada selera masing-masing.
Sedap... Nasi Lemak Panas Cinta Rasa Sek.2 Shah Alam |
Lepas Check out dari hotel, kami pun ke Kuala Lumpur International Hotel. Masa kami di KL pula, banyak masa yang digunakan untuk melawat saudara mara sebelah abah dan mak. Dan ada juga terimbau kenangan manis sewaktu menetap si Selayang dahulu. Kena pulak lagu dari radio SinarFM waktu tu masyuuk...hai... Tak boleh nak diceritakan dengan kata-kata mahupun coretan ini... Layannn...
0 comments:
Catat Ulasan