Kepada rakan seperjuangan yang dapat berpindah...semoga Sukses! |
Selepas 3
tahun berkhidmat bersama-sama rakan seangkatan seramai 8 orang,
finally...tinggal berempat. Kak nana ikut suaminya ke Putrajaya dan dapat
penempatan di SMK Taman Melawati, Gombak. Manakala Anim ikut suami ke Semenyih
dapat pula penempatan area Port Klang. Mas pula nak jaga ibu mertuanya di Kulim,
nasib baik dapat sekolah area Sidam Kanan Kedah. Kak Aini pulak sakit tetiba
dan bakal berpindah ke Jitra Kedah. Hanya kami berempat masih stay di sekolah lama....Hati
ini terasa sedih yang teramat sangat bila mengingatkan hari perpisahan bakal
menjelang. Pilu sungguh mengenangkan saat-saat suka dan duka bersama
mengharungi kehidupan seorang “guru baru” bersama-sama. 3 tahun perkenalan kami
bukanlah satu masa yang lama dan bukan juga baru kenal sehari dua. Tapi persahabatan kami makin erat apabila berkongsi kehidupan bersama-sama di sekolah dengan kerenah di sana dan sini. Aku masih teringatkan pesanan seorang
Guru Cemerlang BM memberitahu, mengajar di sekolah pinggir bandar memang bagus,
tambahan pula pelajar yang tidak terlalu pandai dan budak-budak kampong yang
baru nak belajar hidup sosial (nak kata teruk tak sampai hati plak). Tapi kalau terus berada terlalu lama pun tidak
bagus, kerana kita tersekat kemahiran disitu yang tak kemana. Prinsip inilah
yang menjadi pembakar semangat aku untuk keluar berhijrah jika berkesempatan.
Tapi bila????? Nak pindah mana???? Adakah kerana kawan-kawan lain
berpindah....maka, kita pun terikut dengan mereka untuk berpindah. Hati ini
meronta-ronta mengatakan “AKU NAK PINDAH JUGAK!” ...huhu
0 comments:
Catat Ulasan