BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Follow me

Sabtu, 26 Mac 2011

3 Alif dan 2 Ain

"Siapakah yang tak dpt cium bau syurga?"

"Orang yg tak dapat cium bau syurga adalah orang yang tiada 3 alif dan 2 ain"

Alif yang pertama bermaksud ISLAM. Ertinya orang yang bukan Islam tentunya tidak akan dapat cium bau syurga.

Alif kedua bermaksud IMAN. Kalau Islam saja tetapi tidak beriman, menjadikan hidup kita sia-sia sahaja. Terkini ramai terdapat orang yang tergolong dalam kumpulan ini. Lahiriahnya menganut Islam tetapi tidak mengamalkan apa yang disuruh oleh Islam.

Alif ketiga ialah IKHLAS. Setiap yang kita lakukan hendaklah secara ikhlas. Selalu kita lihat, kadang-kadang terdapat orang kita yang membuat kerja secara tidak ikhlas. Hendak menyampai derma pun terpaksa buat "dummy check" dan panggil pemberita. Sedangkan jika tangan kanan memberi, tangan kiri sepatutnya tidak tahu.

Ain pertama. ILMU. Apa saja yang kita lakukan mestilah berilmu, untuk mempastikan ianya berjaya. Tidak semestinya dalam bidang agama saja, malah dalam apa bidang sekalipun. Amalan yang kita lakukan jika tidak disertakan dengan ilmu yang khusus, pastinya kita tidak akan berjaya sepenuhnya. Segala usaha menjadi sia-sia.

Ain kedua. AMAL. Ilmu yang kita miliki haruslah diamalkan. Barulah ianya sempurna. Ilmu yang ada tetapi tidak diamalkan ibarat menanam pokok tetapi tidak dibaja dan dibelai.

Sama-samalah kita renungkan dan jika sesuai jadikan panduan dan teladan untuk memimpin kita ke jalan yang diredhai Allah swt.

Wallahuaalam.

0 comments: