Aku realize, tahun depan 2011 dah genap umur 26 tahun...OMG. Cepatnya masa itu berlalu. Adakah masa yang lalu itu mendapat berkat Allah SWT. Aku seperti tidak jelas apa yang aku buat sepanjang 25 tahun ni. Apa yang aku ada kalau nak dibanding dengan orang lain yang sebaya dengan aku. Apa yang kau ada nurel ainy???
kereta pun pinjam mak ayah...
tanah apatah lagi kalau setakat buat tanam kacang bendi boleh la...
Rumah tak payah cakap la kalau setakat rumah dalam Game Saidina....huhuhu
Yang pasti!!!! Kau masih tak ada harta sebenarnya, apa lagi benda lain yang boleh dibanggakan nurel ainy. Apa nak jadi ni? Beberapa hari je lagi dah masuk umur 26 !! sedarlah!!! sedarlah!!! Terus lah berusaha lagi!!!
Namun begitu, dalam kekusutan memikirkan perkara ini, aku harus lebih matang membuat keputusan. Aku perlu bijak mengatur kehidupan...Selagi kita berusaha dan Tawakkal InsyaAllah, Allah sentiasa bersama kita...Alhamdulillah, Aku bersyukur tak terhingga ke hadrat Ilahi memudahkan dan menyenangkan segala urusan-urusanku itu. Sesuatu dalam perancangan....InsyaAllah...
Semoga apa yang dirancang berjalan dengan lancar. Semoga tahun 2011 memberi sinar kebahagiaan dan kecemerlangan untuk hidup aku. AMIN....
"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".
Isnin, 27 Disember 2010
What i got????
Posted by Unknown at 4:54 PG
Labels: kenal diri dan kenal pencipta
0 comments:
Catat Ulasan