BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Follow me

Ahad, 19 September 2010

Puasa, Lebaran & Peristiwa...

Even, already syawal ke-11, masih belum terlambat untuk saya to wishing Salam Aidilfitri, salam lebaran mohon maaf zahir dan batin kepada semua umat islam di muka bumi Allah ini and Happy Holidays to those who are not celebrating. For those who are going back to their hometowns/town on this festive season. Please travel safely and hopefully you will have a blast...

Sebulan berpuasa bulan Ramadhan banyak mendidik jiwa kita erti sabar, ukhwah, keimanan, ketakwaan dan banyak lagi...dan saya teringat hadis Nabi yang berbunyi:

Daripada Abi Solih Az-Zaiyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa maka ia untuk Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri isterinya pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diajak berkelahi maka dia berkata:

Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad saw didalam kudratNya maka bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. "

Hadis riwayat imam Bukhari& Muslim.

Demikian hebatnya keistimewaan yang Allah berikan kepada orang yang berpuasa...Masya-Allah, bagaimana pula dari sudut kesihatan orang yang menahan lapar dan dahaga disiang hari ini?

-Puasa memberi Kesegaran kepada fizikal dan mental seseorang.
-Puasa bertindak menghancurkan sisa-sisa racun atau tosik dalam darah manusia.
-Puasa akan memberi kesegaran pada otot-otot dan akan membuat anda sihat, segar dan bertenaga.
-Puasa akan memanjangkan umur anda
-Puasa akan membersihkan diri anda dari dosa
-Puasa akan membantu menghakiskan keracunan yang berada dalam tubuh badan manusia.
-Puasa akan memberi keimbangan dalam darah.
-Bilamana darah kita terlampau asam / asid, bila berpuasa semua asid akan detox dan darah akan kembali alkali.
-Puasa boleh menurunkan darah tinggi
-Puasa boleh menurunkan berat badan
-Puasa membersihkan segala kotoran dalam badan
-Puasa boleh mencerahkan pemandangan mata


Dalam keriangan kanak-kanak bermain bunga api, ibu dan kakak menyiapkan kuih raya, ketupat, rendang dan segala persiapan hari raya, ayah dan abg membakar lemang, mengacau dodol, terfikirkah kita sejenak kepada mereka di dalam kesusahan, derita dan sengsara. Antaranya saya highlight disini banjir di Pakistan:

Ini adalah kejadian banjir terburuk dalam tempoh 80 tahun. Kini mereka menghadapi masalah kekurangan makanan, ada antara mereka hampir 3 hari tidak makan dan menunggu bantuan, ada juga diantara mereka tidak bersahur dan hanya berbuka puasa sahaja.



Kemudian, di ancam pelbagai wabak penyakit yang berjangkit. Adakah ini satu bala dari Allah SWT setelah berlaku penginayaan terhadap umat Islam dari saudara Islam sendiri?

Sewaktu Malaysia sibuk bertungkus-lumus berusaha menghulurkan bantuan kepada Pakistan yang lumpuh, Malaysia dikejutkan lagi dengan pembunuhan kejam pengasas produk kecantikan Nouvelles Visage, Datuk Sosilawati Lawiya serta 3 individu yang lain. Saya dan family turut merasainya apatah lagi kami pernah berjiran dengan keluarga mereka sewaktu tinggal di Selayang dahulu. Kiranya Rita dan adik-adiknya adalah rakan sepermainan saya sehinggalah saya dan keluarga berpindah ke Perlis tahun 1999 (ketika tingkatan 2). Walaupun berpisah jauh disana, namun, setelah hampir 9 tahun tidak bertemu, takdir menemukan kami kembali ketika belajar di UiTM Shah Alam. Berbalik kepada berita yang menyedihkan itu, akhirnya misteri kehilangan Datuk Sosilawati dan 3 yang lain pada 30 Ogos yang lalu terungkai setelah tertangkapnya suspek utama. Pembunuhan kejam ini membabitkan seorang peguam berusia 41 tahun dan adiknya juga seorang peguam. Beberapa orang yang terlibat turut ditahan termasuk seorang remaja berumur 19 tahun.




However, saya mendoakan agar mereka ini selamat ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.

Saya juga berharap agar Rita dan adik-adiknya (rina, ujang, nasri, reeni dan fatima) terus tabah menghadapi dugaan Allah ini, moga beroleh kekuatan dalam mengharungi hidup yang penuh pancaroba. Semoga legasi perniagaan yang telah dibina oleh ibu mereka lebih 10 tahun itu terus maju dan berkembang.

0 comments: