Kepada Seorang Guru:
Sesungguhnya kata-kata yang benar, yang terbit dari lubuk hati akan sampai ke lubuk hati pula. Sebaliknya kata-kata penuh kedustaan yang keluar dari lidah, hanya berlegar di sekitar lidah, tidak akan sampai masuk ke telinga apatah lagi ke hati.
Bukankan engkau tahu, jika ada seorang sahaja yang mendapat petunjuk melaluimu itu lebih baik dari segala nikmat keduniaan? Maka tingkatkanlah selalu ketakwaan, kerana para remaja dan anak muda menjadikanmu suri teladan dan ikutan.
masih terngiang kata-kata Dr. Suhaimi Ahmad kepada aku:
" U ADALAH SELEBRITI DI DALAM KELAS. 40 PASANG MATA MELIHAT U DARI HUJUNG KAKI KE HUJUNG RAMBUT. TERPULANG KEPADA U UNTUK MEMBENTUK MEREKA. TERPULANG KEPADA U BAGAIMANAKAH CARA MENARIK PERHATIAN MEREKA? DAN... GURU ADALAH SEGALA-GALANYA....."
Kepada Seorang Murid:
Dipetik dari Dr. Aidh Abdullah al-Qarni (2005). Menjadi Manusia Terindah Dalam Cinta dan Cita Islami. Jakarta: Sahara Publishers, h. 134,136
Sungguh engkau sangat tepat, ketika engkau memilih jalan ilmu bererti engkau telah memilih jalan syurga. Dan engkau, wahai penuntut ilmu… Allah telah persiapkan engkau dengan segala kemampuan yang engkau miliki, Allah Taala telah mempermudah jalanmu, maka tempuhilah jalan terdekat menuju syurga ini. Apabila engkau ingin memelihara ilmu yang engkau dapatkan, maka peliharalah (syariat) Allah nescaya Allah akan menjagamu.
“Dan bertakwalah kepada Allah, maka Allah akan mengajarimu”. Al-Baqarah (2):282
Ahad, 27 Jun 2010
Wahai pendidik...wahai penuntut ilmu...
Posted by Unknown at 2:05 PG
0 comments:
Catat Ulasan