BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Follow me

Isnin, 17 Mei 2010

Selamat Hari Guru

Selamat hari guru kepada semua guru-guru yang berkhidmat di Malaysia.

Dulu dia pegang rotan kau kata dia GARANG,
Bila dia lambat masuk ke kelas kau kat dia MALAS,
Bila dia marah-marah kau kata dia MELAMPAU,
kini kau adalah DIA seorang guru... Selamat Hari Guru






Hari ini merupakan sambutan hari guru yang berlangsung dengan meriahnya di Sekolah aku SMKDDS. Hati kian pilu memandang ke arah pelajar-pelajar yang berdiri tegak di atas padang depan astaka sekolah dan bersama-sama meraikan hari pertama yang penuh bersejarah dan bermakna dalam hidup aku ini. Kompang dipalu, guru-guru dirai dan diarak bagai pengantin baru. Praktikal tinggal 9 hari persekolahan, huhu...sedih la nak tinggalkan. Merekalah kebahagiaan aku di kala duka. Merekalah kegembiraan aku di kala sedih. Merekalah penghiburku di kala sunyi. Kerana kegembiraan, kebahagiaan dan keceriaan yang mereka berikan teramat bermakna dalam hidup ini sehingga dapat mengenepikan malah melenyapkan segala masalah dan derita yang aku hadapi selama ini. Terima kasih pelajar-pelajarku kerana kamulah aku terus berjuang terus hidup untuk mencurahkan ilmu kepadamu...

0 comments: