BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Follow me

Jumaat, 11 Disember 2009

Ketentuan tuhan...Bukan USAHA tapi DOA...



Sebuah hadith daripada Salman r.a., bahawa Nabi s.a.w telah bersabda Tidak boleh diubah takdir kecuali doa, dan tidak ada yang boleh menambah umur kecuali perbuatan baik. {Riwayat Tirmizi, hassan gharib}

Allah berfirman dalam surah Ar-Ra’ad ayat 39, Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Dia juga menetapkan apa jua yang dikehendakiNya. (Ingatlah) pada sisiNya ada Ummu al-Kitab. Firman Allah lagi di dalam surah Mukmin ayat 60, Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.

Abu Hurairah r.a juga melaporkan bahawa, “Nabi s.a.w selalu memohon perlindungan dari suratan takdir yang buruk, dari ditimpa kecelakaan, dari keghairahan musuh dan dari terkena bala.” {Riwayat Muslim}

Doa sahaja yang dapat mengubah takdir, bukan usaha.

ANTARA PUTUS ASA DAN BERSERAH KEPADA TAKDIR
Mempercayai takdir bukan bermaksud berputus asa. Frasa “putus asa” sepatutnya tidak wujud di dalam kamus hidup seorang mukmin. Kita tidak boleh berputus asa dalam mengharapkan rahmat Allah.

Semasa peperangan di Thaif, umat Islam telah mengepung kota Thaif. Ibnu Ishaq meriwayatkan Thaif telah dikepung selama 17 malam dan diserang dengan manjanik (senjata pelontar batu). Umat Islam terus menyerang dan menyerang namun tetap gagal. Lalu Nabi s.a.w bertindak untuk mengundur sahaja.

Abdullah bin Amru r.a melaporkan bahawa, Rasulullah s.a.w telah mengepung penduduk Thaif tetapi tidak mendapat apa-apa hasil dari pengepungannya tersebut. Seterusnya baginda bersabda: Insya Allah kita akan kembali ke Madinah. Para sahabat membantah: Mengapa kita harus kembali? Kita belum dapat menaklukinya. Rasulullah s.a.w bersabda kepada mereka: Pergilah kamu berperang. Mereka pun mencubanya sehingga mereka mendapat kecederaan. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Besok kita akan kembali. Para sahabat hairan dengan sabda baginda. Sementara itu Rasulullah s.a.w hanya tersenyum. {Riwayat Muslim}

Itu adalah contoh perbezaan antara putus asa dan menerima ketentuanNya. Adakah nabi s.a.w berputus asa ? Atau beliau tunduk dengan takdir ?

0 comments: