Apa ada di Sungai Petani? persoalan yang sering diutarakan kebanyakan penduduk di negeri jelapang padi ini. Ya... sememangnya Sungai Petani adalah bandar yang kian pesat membangun... Namun, mereka yang berada di luar daerah Kuala Muda ini, Sungai Petani atau dikenali dengan nama SP, terdapat juga tempat yang menarik untuk kita lawati. Pada 11 Oktober 2014 baru-baru ini saya dan keluarga berkesempatan ke Sungai Petani, jadi saya sempatlah merakamkan beberapa perkongsian percutian sambil beriadah di Kelab Cinta Sayang. Sambil beriadah anda juga boleh melakukan aktiviti mandi-manda di The Carnival yang terletak bersebelahan dengan Kelab Cinta Sayang.
Sebelum anda check in di Kelab Cinta Sayang, apa kata anda menikmati juadah di salah sebuah restoran yang berkonsepkan indonesia. iaitu restoran Nasi Padang yang hanya berhadapan dengan Kelab Cinta Sayang. Masakannya memang berkonsepkan juadah Padang-Indonesia, yang pasti sedap dan harganya memang berpatutan. Pada mulanya saya sangka mahal sangat, namun meleset sekali jangkaan saya. Saya syorkan anda perlu cuba. Anda hanya perlu memakir kereta di tempat yang disediakan di sebelah restoran ini sahaja
Kemudian, bersebelahan dengan tempat parkir kereta Restoran Padang ini terdapat gerai bergerak tepi jalan yang menjual popia basah. Nikmatilah rasa popia ini. Sebab sedap tak sama seperti kebanyakan popia yang pernah saya cuba. Ada juga beberapa jenis kuih tradisi yang dijual bersamanya.
Di Kelab Cinta Sayang ini, terdapat sukan rekreasi seperti golf, archery (memanah) dan riding the horse (menunggang kuda). Ada juga kolam renang yang disediakan untuk anda berenang.