Setiap tahun, iaitu pertengahan tahun dan hujung tahun, warga pendidik akan berpeluang untuk memohon perpindahan ke sekolah lain atau memohon menjadi pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). Rata-rata guru memohon untuk mengisi eg-tukar dan berpindah ada banyak faktor yang mempengaruhi mereka. Daripada pemerhatian saya yang pernah mohon berpindah 2015, guru dari Sabah, Sarawak dan Johor antara rating tertinggi memohon untuk keluar berpindah. Manakala Terengganu, Kelantan dan Kedah pula antara yang paling tertinggi memohon masuk dan diikuti beberapa negeri-negeri lain. (Sumber BH Mei 2015)
1. Antaranya disebabkan faktor dari status bujang kepada status berkahwin.
Faktor ini menjadi masalah paling utama yang dihadapi oleh rata-rata warga pendidik yang Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ) dengan suami dan keluarga tersayang.
2. Ancaman/Ugutan
menjadi guru di era moden kini semakin mencabar terutama media elektronik yang kian canggih. Terdapat juga kes yang melibatkan guru dan ibu bapa pelajar. Banyak kes yang didengari masa kini berkaitan kes ugutan terhadap guru. Malah pelajar sendiri bersikap lebih samseng apabila berada di luar sekolah. Selain itu, masalah keretakan rumahtangga yang dihadapi guru itu adalah datang dari pasangan guru itu sendiri bersama membawa ugutan.
3. Gangguan emosi
Siapa kata menjadi guru tak tension. Manakan tidak, guru perlu berhadapan dengan manusia yang pelbagai ragam dan perangai. Guru bukan berhadapan dengan pelajar semata-mata. Guru juga perlu menghadapi ibu bapa apabila anak mereka bermasalah. Guru akan menjawab apabila anak mereka tidak mencapai pencapaian akademik sekolah. Malah guru juga perlu berhadapan dengan kerenah pentadbiran sekolah dan kerenah inovasi macam-macam yang dibawa oleh kementerian. Ingatlah guru juga bukan sekadar mendidik, guru juga pakar motivasi apabila pelajar tekanan dalam bercinta, juga sebagai doktor apabila pelajar sakit, guru juga sebagai driver membawa pelajar apabila transport tiada, guru juga banker apabila kos perbelanjaan kelas tak mencukupi, guru boleh menjadi seorang tukang kebun apabila bersama pelajar menyiapkan projek indahkan sekolah, guru boleh jadi polis trafik apabila sukan tahunan berlangsung, guru juga kerani apabila data berkaitan akademik perlu direkod dan beberapa pekerjaan lain yang terpaksa guru jadi bidan terjun. Namun, guru akan buat kerana itu semua tugas dan tanggungjawab yang harus dipikul. Sekurang-kurangnya apabila berpindah guru dapat memulakan langkah baru dalam pdp, pengurusan dan kokurikulum.
4. Menjaga orang sakit
Ada juga guru mohon berpindah kerana menjaga ibu bapa yang sedang sakit. Semoga mereka ini beroleh pahala berlipat ganda kerana ketaatan kepada orang tua mereka. Kita perlulah berbakti kepada mereka sementara mereka masih ada kerana ibu bapa tiada galang gantinya. Ada juga rakan saya yang memohon pindah kerana menjaga ibu mertua yang sakit kencing manis. Mudah-mudahan mereka beroleh syafaat dari kebaikan mereka itu. InsyaAllah.
5. Berhijrah dari zon selesa
Hijrah kan pindah...
hijrah juga merupakan perubahan...
hijrah perangai pun hijrah...
dari free hair sampai pakai tudung pun hijrah...
ya... hijrah itu subjektif pada setiap individu yang hastag hijrah dalam hidup dia... betul kenapa nak hijrah dari zon selesa??? dah cukup serba serbi.... tapi masih perlu ke melakukan hijrah? erm... bukan sahaja dalam hidup kena ada perubahan tapi dalam kerjaya penting juga untuk berani melakukan penghijrahan...
Hijrah sendiri bertujuan menuju redha Allah. Mudah-mudahan langkah pertama kita untuk hijrah perlu niat biarlah kerana Allah... Semoga kita beroleh manfaat daripada penghijrahan kita itu nanti... InsyaAllah. Amin.
JOM HIJRAH.