BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Follow me

Rabu, 31 Disember 2014

SMS spam telan kredit celcom?

Adakah anda pengguna celcom yang pernah dapat sms spam dari nombor 5 angka? Kerana ramai di kalangan kita akan endahkan sahaja dengan men deleted mesej tersebut tanpa membaca. Sebenarnya ada diantara mesej tersebut telah mengguna kan taktik dengan memaksa pengguna membayar charge dengan menolak kredit sedia ada tanpa pengetahuan kita.

Cthnya anda menerima sms ini.;
RM0.00. Successful registration. No subscription fee. Price RM2.50/sms.............. To cancel send STOP to 11111

Ada dua cara. Sekiranya tak berkesan juga. Anda cubalah cara 2.

Cara 1.
Anda taip STOP ALL hantar 36644

Cara 2.
Anda taip STOP hantar 11911

Kalau tak boleh juga anda perlu hubungi celcom centre no. 1111 utk bertanyakan masalah kredit anda yang habis secara tiba-tiba.

Selasa, 30 Disember 2014

Welcome 2015...tomorrow i'm going 30...

Macam nak heboh je umur bila tengok tajuk tu, seolah nak bagitahu seantero dunia yang umur sudah menginjak 30 tahun walaupun baru beberapa hari sahaja menyambut umur 29 tahun...bukan apa...cuma bila mencapai 30-an ni banyak perkara hendak dicapai dan perlu lebih utk gandakan usaha dan ikhtiar. Banyak hal yang belum selesai dan perlu segera diselesaikan... banyak pula azam yang tertangguh dan belum ditunaikan...huuuh! apapun semua orang dalam dunia ni memang sedang bertambah usianya...mana ada org makin meningkat muda... pelik juga kedengaran ayatnya....memang semua manusia menuju ke tempat-Nya... sedang kita di dunia adalah tempat mencari redhaNya. Sebab itu life is the WAY to meet ALLAH...kan???hehe (tagline blog la katakan)

Namun, 2014 akan melabuhkan tirai tidak sampai beberapa jam sahaja lagi. Walaupun begitu, peristiwa yang sedih yang telah berlaku pada negara Malaysia yang tercinta ini, tidak sesekali kita mudah utk dilupakan. Mudah-mudahan ia memberi banyak pedoman dan tauladan untuk kita harungi kehidupan yang kita tak tahu apa yang akan berlaku dihadapan kita kelak. Moga Allah mengampunkan segala dosa-dosa kita sebagai umat yang memang sering banyak berbuat dosa. Mungkin juga ia sebagai kafarah di atas dosa lampau kita. TAUBAT lah merupakan pintu yang sebaik-baiknya. Seperti kita ketahui berlaku kehilangan pesawat MH370...diikuti pula dengan nahas pesawat MH17 yang telah mengorbankan banyak nyawa dan penutup tahun 2014 semestinya musibah banjir yang melanda banyak negeri terutamanya pantai timur. Kedhaifan dan keperitan mereka pikul sungguh dirasai sedang kita hanya mampu berdoa dan menghulur sekadar termampu. Kemudian... Malaysia dikejutkan lagi dengan nahas pesawat QZ8501. Sesungguhnya kejadian semua ini bukan sia-sia...sedangkan ia seolah menyampaikan sesuatu kepada kita umat manusia utk kita selami kembali....kaji kembali...fahami kembali ...fikir kembali...ajaran Allah iaitu Islam. Walaupun semua ini adalah episod duka kita... Namun kita hanya mampu merancang. Allah yang mengatur semuanya dan hanya DIA dapat menentukan segala-galanya. Dan kita perlu yakin dengan janji Nya...

Sebagai penutup 2014... saya berharap agar semua pembaca mendapat manfaat serba sedikit coretan saya yang tidak banyak mana ini. Saya pun manusia lemah. Yang baik semua dari Allah. dan yang pasti kelemahan itu adalah dari diri kita manusia yang memang hamba yang lemah... sampai ketemu kembali pada tahun baharu 2015 nanti. Mohon ampun dan maaf. Sekian....Wassalam.

Sabtu, 29 November 2014

@ Ancasa Allsuite Resort Port Dickson

Jika anda bercadang bercuti di Port Dickson bersama keluarga, saya cadangkan hotel Ancasa Allsuite Resort Port Dickson adalah tempat penginapan yang paling sesuai. Hotelnya bukan sahaja bersebelahan dengan pantai Teluk Kemang, namun terdapat pelbagai aktiviti riadah disediakan disini. Antaranya pingpong, pool, karaoke keluarga, snooker, tempat makan, parking yang selesa dan sebagainya. Semuanya percuma kecuali snooker dan karaoke keluarga. Untuk karaoke anda perlu membayar RM50 bilik kecil dan RM100 bilik besar untuk tempoh sejam penggunaan. Bagi saya memadailah bilik kecil utk 4-5 orang. Sekiranya anda di Teluk Kemang pula, cubalah aktiviti permainan air, macam banana bot, donut, jet ski dan lain2. sy mencuba banana bot minimum 5 orang. Seorang dikenakan rm15 sahaja. Jet ski pula sy x berani bawa sendiri. Oleh itu mereka duduk di seat belakang pusing2 bawa jet ski sehingga ke pulau kecil yang nampak dari tepi pantai sahaja. Seorang dikenakan Rm25 sahaja. Jika anda ke sini apa kata anda melawat Ostrich Farm yang hanya terletak lebih kurang 3km shj dari hotel ini. Bayaran dikenakan juga. Terdapat pelbagai haiwan selain daripada burung unta, anda akan jumpa dgn unta, kuda padi, arnab, kambing. Anda boleh mencuba aktiviti extreme seperti permainan ATV, archery dan lain-lain lagi.

Sabtu, 1 November 2014

Makan2 balik dari Padang Besar Perlis

Ini adalah Restoran Tok Mek yang terletak berdekatan jalan Timah Tasoh-Padang Besar. Selain disediakan makanan masakan melayu, terdapat motel bersebelahan restoran ini. Alternatif kepada mereka yang tidak mahu stay di hotel area Kangar.

Selasa, 21 Oktober 2014

Apa ada di Sungai Petani?


Apa ada di Sungai Petani? persoalan yang sering diutarakan kebanyakan penduduk di negeri jelapang padi ini. Ya... sememangnya Sungai Petani adalah bandar yang kian pesat membangun... Namun, mereka yang berada di luar daerah Kuala Muda ini, Sungai Petani atau dikenali dengan nama SP, terdapat juga tempat yang menarik untuk kita lawati. Pada 11 Oktober 2014 baru-baru ini saya dan keluarga berkesempatan ke Sungai Petani, jadi saya sempatlah merakamkan beberapa perkongsian percutian sambil beriadah di Kelab Cinta Sayang. Sambil beriadah anda juga boleh melakukan aktiviti mandi-manda di The Carnival yang terletak bersebelahan dengan Kelab Cinta Sayang.

Sebelum anda check in di Kelab Cinta Sayang, apa kata anda menikmati juadah di salah sebuah restoran yang berkonsepkan indonesia. iaitu restoran Nasi Padang yang hanya berhadapan dengan Kelab Cinta Sayang. Masakannya memang berkonsepkan juadah Padang-Indonesia, yang pasti sedap dan harganya memang berpatutan. Pada mulanya saya sangka mahal sangat, namun meleset sekali jangkaan saya. Saya syorkan anda perlu cuba. Anda hanya perlu memakir kereta di tempat yang disediakan di sebelah restoran ini sahaja

Kemudian, bersebelahan dengan tempat parkir kereta Restoran Padang ini terdapat gerai bergerak tepi jalan yang menjual popia basah. Nikmatilah rasa popia ini. Sebab sedap tak sama seperti kebanyakan popia yang pernah saya cuba. Ada juga beberapa jenis kuih tradisi yang dijual bersamanya.

Di Kelab Cinta Sayang ini, terdapat sukan rekreasi seperti golf, archery (memanah) dan riding the horse (menunggang kuda). Ada juga kolam renang yang disediakan untuk anda berenang.


Firman popia basah yg terletak bersebelahan Restoran Nasi Padang ini sememangnya sedap.

Selain terkenal dengan popia basah, terdapat pelbagai pilihan kuih tradisi. Harganya sangat berpatutan.


Sesekali mencuba masakan dari negara jiran... memang terasa seperti berada di Padang Indonesia pula.


Sambil menjamu selera, anda juga dihidangkan dengan alunan muzik dari seberang. Tambahan pekerjanya semua dari sana. Mcm btl2 pergi Indon pula.


Terdapat signboard arah parking kereta. Selesa dan memudahkan pengguna meletak kenderaan.



Dalam bilik pula banyak pula produk Cinta Sayang. Yang penting, biliknya sangat selesa.


Selain menunggang kuda@ memberi kuda makan anda juga bolehlah mencuba aktiviti memanah. Nampak senang tapi... siap meninggalkan bekas parut lagi. Namun jangan risau, ada penjaga yang akan guide kita disitu. Bila lagi nak mencuba sukan yg merupakan sunnah Rasullulah ini


Ini pula adalah bahagian yg terdapat di dalam The Carnival. Ada pelbagai permainan luncur air sebenarnya. Menarik... Tapi ini sahaja yang sempat saya rakamkan.


Jika anda ada kelapangan, silalah menjengah ke Pulau Sayak yang terletak berdekatan dengan Pantai Merdeka. Kerana disini sangat terkenal dengan Mee Udangnya. Sedapnya sampai dibawa dalam mimpi...


Antara pilihan mee udang di Pulau Sayak


Tanjung view resort agak sunyi daripada dikunjungi orang ramai.


Kelibat nelayan hendak turun ke laut dan beberapa orang di belakang sedang leka mengumpul remis.

Selasa, 7 Oktober 2014

Korban Teristimewa

Alhamdulillah... setelah sekian lama tidak menulis dlm diari perkongsian ini, akhirnya ruang masa yang Allah kurnia kali ini dapat juga berkongsi sekali lagi coretan Korban Aidul Adha bagi tahun 2014.
Yang menjadi kelainan Aidul Adha kali ini bukanlah kerana jenis korban kali ini melibatkan unta mahupun kibas. Tetapi, buat pertama kali dalam hidup inilah kali pertama penulis menikmati sendiri pengalaman melaksanakan ibadah korban. Teringat penulis kata-kata seorang ustaz (tak ingat nama) yang sering bersiaran diradio KedahFM menyatakan "melaksanakan ibadah korban bagi yang mampu ini adalah lebih baik berbanding melakukan sedekah jariah". Jadi moleklah dikesempatan  dan rezeki yang Allah kurnia ini dapat juga melakukan ibadah korban yang merupakan sunat yang dituntut dalam Islam. Alhamdulillah... syukur ke hadrat Ilahi.
Untuk pengetahun umum, sekiranya melaksanakan ibadah korban kambing atau pun kibas, memadai dengan satu bahagian sahaja dan semua pun tahu yang pastinya terpaksa keluar lebih ringgitnya. Manakala Korban bagi seekor lembu pula melibatkan 7 bahagian dan melibatkan 7 orang ahli iaitu melibatkan penulis sendiri, ibu, adik bongsu serta angah dan suaminya sendiri. Sebahagian lagi melibatkan nenek saudara atau di utara memanggil gelaran tersebut dengan panggilan tok menakan iaitu tok ngah.

Jumaat, 14 Mac 2014

For my sister wedding...mengira jumlah tetamu yang hadir

Cara pengiraan berdasarkan jumlah kad yang dihantar.

Jumlah kad yang diedar x 80% x 2 x 80% = Jumlah tetamu yang hadir

Contoh:
2000 kad x 80% (possibility attending the wedding) =1600
1600 x 2 (bawa pasangan) = 3200
3200 x 80% = 2560 orang

ok kot formula ni....ikut kesesuaian la...kadang-kadang kita dapat 3-4 jemputan dalam sehari...tambahan pula apabila musim cuti persekolahan. Formula di atas adalah sekiranya tetamu hadir sekurang-kurangnya 2 orang sahaja...namun sekiranya tak bawa pasangan pun, jumlah ini akan bantu untuk cover pasangan yang membawa keluarga.