BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Follow me

Sabtu, 29 November 2014

@ Ancasa Allsuite Resort Port Dickson

Jika anda bercadang bercuti di Port Dickson bersama keluarga, saya cadangkan hotel Ancasa Allsuite Resort Port Dickson adalah tempat penginapan yang paling sesuai. Hotelnya bukan sahaja bersebelahan dengan pantai Teluk Kemang, namun terdapat pelbagai aktiviti riadah disediakan disini. Antaranya pingpong, pool, karaoke keluarga, snooker, tempat makan, parking yang selesa dan sebagainya. Semuanya percuma kecuali snooker dan karaoke keluarga. Untuk karaoke anda perlu membayar RM50 bilik kecil dan RM100 bilik besar untuk tempoh sejam penggunaan. Bagi saya memadailah bilik kecil utk 4-5 orang. Sekiranya anda di Teluk Kemang pula, cubalah aktiviti permainan air, macam banana bot, donut, jet ski dan lain2. sy mencuba banana bot minimum 5 orang. Seorang dikenakan rm15 sahaja. Jet ski pula sy x berani bawa sendiri. Oleh itu mereka duduk di seat belakang pusing2 bawa jet ski sehingga ke pulau kecil yang nampak dari tepi pantai sahaja. Seorang dikenakan Rm25 sahaja. Jika anda ke sini apa kata anda melawat Ostrich Farm yang hanya terletak lebih kurang 3km shj dari hotel ini. Bayaran dikenakan juga. Terdapat pelbagai haiwan selain daripada burung unta, anda akan jumpa dgn unta, kuda padi, arnab, kambing. Anda boleh mencuba aktiviti extreme seperti permainan ATV, archery dan lain-lain lagi.

Sabtu, 1 November 2014

Makan2 balik dari Padang Besar Perlis

Ini adalah Restoran Tok Mek yang terletak berdekatan jalan Timah Tasoh-Padang Besar. Selain disediakan makanan masakan melayu, terdapat motel bersebelahan restoran ini. Alternatif kepada mereka yang tidak mahu stay di hotel area Kangar.