BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Follow me

Selasa, 21 Oktober 2014

Apa ada di Sungai Petani?


Apa ada di Sungai Petani? persoalan yang sering diutarakan kebanyakan penduduk di negeri jelapang padi ini. Ya... sememangnya Sungai Petani adalah bandar yang kian pesat membangun... Namun, mereka yang berada di luar daerah Kuala Muda ini, Sungai Petani atau dikenali dengan nama SP, terdapat juga tempat yang menarik untuk kita lawati. Pada 11 Oktober 2014 baru-baru ini saya dan keluarga berkesempatan ke Sungai Petani, jadi saya sempatlah merakamkan beberapa perkongsian percutian sambil beriadah di Kelab Cinta Sayang. Sambil beriadah anda juga boleh melakukan aktiviti mandi-manda di The Carnival yang terletak bersebelahan dengan Kelab Cinta Sayang.

Sebelum anda check in di Kelab Cinta Sayang, apa kata anda menikmati juadah di salah sebuah restoran yang berkonsepkan indonesia. iaitu restoran Nasi Padang yang hanya berhadapan dengan Kelab Cinta Sayang. Masakannya memang berkonsepkan juadah Padang-Indonesia, yang pasti sedap dan harganya memang berpatutan. Pada mulanya saya sangka mahal sangat, namun meleset sekali jangkaan saya. Saya syorkan anda perlu cuba. Anda hanya perlu memakir kereta di tempat yang disediakan di sebelah restoran ini sahaja

Kemudian, bersebelahan dengan tempat parkir kereta Restoran Padang ini terdapat gerai bergerak tepi jalan yang menjual popia basah. Nikmatilah rasa popia ini. Sebab sedap tak sama seperti kebanyakan popia yang pernah saya cuba. Ada juga beberapa jenis kuih tradisi yang dijual bersamanya.

Di Kelab Cinta Sayang ini, terdapat sukan rekreasi seperti golf, archery (memanah) dan riding the horse (menunggang kuda). Ada juga kolam renang yang disediakan untuk anda berenang.


Firman popia basah yg terletak bersebelahan Restoran Nasi Padang ini sememangnya sedap.

Selain terkenal dengan popia basah, terdapat pelbagai pilihan kuih tradisi. Harganya sangat berpatutan.


Sesekali mencuba masakan dari negara jiran... memang terasa seperti berada di Padang Indonesia pula.


Sambil menjamu selera, anda juga dihidangkan dengan alunan muzik dari seberang. Tambahan pekerjanya semua dari sana. Mcm btl2 pergi Indon pula.


Terdapat signboard arah parking kereta. Selesa dan memudahkan pengguna meletak kenderaan.



Dalam bilik pula banyak pula produk Cinta Sayang. Yang penting, biliknya sangat selesa.


Selain menunggang kuda@ memberi kuda makan anda juga bolehlah mencuba aktiviti memanah. Nampak senang tapi... siap meninggalkan bekas parut lagi. Namun jangan risau, ada penjaga yang akan guide kita disitu. Bila lagi nak mencuba sukan yg merupakan sunnah Rasullulah ini


Ini pula adalah bahagian yg terdapat di dalam The Carnival. Ada pelbagai permainan luncur air sebenarnya. Menarik... Tapi ini sahaja yang sempat saya rakamkan.


Jika anda ada kelapangan, silalah menjengah ke Pulau Sayak yang terletak berdekatan dengan Pantai Merdeka. Kerana disini sangat terkenal dengan Mee Udangnya. Sedapnya sampai dibawa dalam mimpi...


Antara pilihan mee udang di Pulau Sayak


Tanjung view resort agak sunyi daripada dikunjungi orang ramai.


Kelibat nelayan hendak turun ke laut dan beberapa orang di belakang sedang leka mengumpul remis.

Selasa, 7 Oktober 2014

Korban Teristimewa

Alhamdulillah... setelah sekian lama tidak menulis dlm diari perkongsian ini, akhirnya ruang masa yang Allah kurnia kali ini dapat juga berkongsi sekali lagi coretan Korban Aidul Adha bagi tahun 2014.
Yang menjadi kelainan Aidul Adha kali ini bukanlah kerana jenis korban kali ini melibatkan unta mahupun kibas. Tetapi, buat pertama kali dalam hidup inilah kali pertama penulis menikmati sendiri pengalaman melaksanakan ibadah korban. Teringat penulis kata-kata seorang ustaz (tak ingat nama) yang sering bersiaran diradio KedahFM menyatakan "melaksanakan ibadah korban bagi yang mampu ini adalah lebih baik berbanding melakukan sedekah jariah". Jadi moleklah dikesempatan  dan rezeki yang Allah kurnia ini dapat juga melakukan ibadah korban yang merupakan sunat yang dituntut dalam Islam. Alhamdulillah... syukur ke hadrat Ilahi.
Untuk pengetahun umum, sekiranya melaksanakan ibadah korban kambing atau pun kibas, memadai dengan satu bahagian sahaja dan semua pun tahu yang pastinya terpaksa keluar lebih ringgitnya. Manakala Korban bagi seekor lembu pula melibatkan 7 bahagian dan melibatkan 7 orang ahli iaitu melibatkan penulis sendiri, ibu, adik bongsu serta angah dan suaminya sendiri. Sebahagian lagi melibatkan nenek saudara atau di utara memanggil gelaran tersebut dengan panggilan tok menakan iaitu tok ngah.