BNM perkenal Akta Kredit Pengguna (CCA) kawal kredit bukan bank
6 hari yang lalu
Posted by Unknown at 9:49 PG 0 comments
"Ingat lima perkara, sebelum lima perkara.Sihat sebelum sakit,Namun, apalah ada pada bait-bait sebuah lagu andai kita sendiri tidak pernah hayatinya...betul juga...Sebenarnya Allah menguji mereka dan iman mereka agar mereka lebih taat akan perintah Allah. Sebagai seorang yang sihat sebelum sakit berkunjung, kita ziarahlah mereka yang sakit dan uzur. Kerana sesungguhnya amalan menziarahi dituntut dalam Islam,
Muda sebelum tua,
kaya sebelum miskin,
Lapang sebelum sempit,
Hidup sebelum mati."
Diriwayatkan hadith daripada Abdul Rahman bin Abi Laila, hadith daripada Ali (r.a) berkata: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa datang pada saudaranya yang Muslim menjengoknya (ketika sakit, seumpama) berjalan di dalam kebun syurga sehingga duduk dia. Maka ketika duduk dia dituliskan kasih sayang (Rahmat) Allah (a.w) terhadapnya. Maka jika ada paginya (melawat pesakit)mendoakan 70,000 malaikat sampai petang. Dan jika ada pada petangnya (melawat pesakit) mendoakan atasnya 70,000 malaikat sehingga waktu subuh.’ [Hadith ibnu Majah]tambahan pula, ketika menziarahi seorang wanita tua yang uzur ini, terasa sungguh menginsafkan diri. Paling menyedihkan, dia tidak pernah mempunyai anak kandung mahupun anak angkat untuk membantunya. Sungguh memilukan lagi apabila tempat tidurnya adalah bersebelahan tandas untuk mudah membuang dan membasuh najis. Tambahan pula, ingatannya semakin teruk. Percakapan juga tidak jelas. Saya masih ingatkan ketika dia masih kuat. dia mampu senyum, dia boleh ketawa bersama saudara-saudaranya, dia berjalan ke mana-mana sahaja. Sekejap sangat nikmat kegembiraan itu Allah beri...Begitu juga dengan kita. Apapun, saya balik kepada diri, persoalan saya...apakah pula nasib kita suatu ketika nanti di usia seperti dia? Adakah kita akan mengalami nasib seperti itu atau lagi berat dari jangkaan kita? dan bagaimana akan kita menghadapinya? Kala ini, saya hanya mampu berdoa agar Allah memberikan kesihatan yang baik kepadanya agar dapat melakukan ibadah diakhir-akhir usianya.Amin...
“Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa.”
Ya Allah Ya Tuhan Kami ampunilah segala dosa2 kaum muslimin muslimat, mukminim mukminat ketika mereka masih hidup di dunia ini, jadikan lah kubur mereka diantara satu taman dari taman-taman syurga mu Ya Allah & jangan pula Engkau jadikan kubur mereka di antara satu kawah dari kawah api neraka… Amin Ya Rabbal Alamin…
Posted by Unknown at 10:41 PG 0 comments
Golongan kamu Ali akan terbahagi tiga. Orang yang terlampau memuja mu, orang yang terlampau membenci mu dan orang yang cinta kepadamu kerana Allah. Golongan pertama dan kadua itu masuk neraka. Golongan ketiga itu masuk syurga.Sebagai seorang Islam, kita merupakan Sunni iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah. Tapi telah datang pula ajaran Syiah dari cabang yang asal kita anuti selama ini. Mengapa Syiah boleh wujud? sedangkan ajaran syiah sendiri mempunyai banyak alirannya. Mari kita selidiki sedikit sebagai panduan kita bersama.
Posted by Unknown at 10:41 PG 0 comments
Posted by Unknown at 6:58 PG 0 comments
Posted by Unknown at 3:47 PG 0 comments