BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Follow me

Ahad, 29 Disember 2013

Pantai Merdeka-Tanjung Dawai

Memandangkan sisa-sisa cuti persekolahan masih berbaki beberapa hari lagi...jadi sebelum mensemakkan otak dgn kerja-kerja yang dok bertimbun, mai la kita menceriakan diri dahulu...

Selasa, 17 September 2013

Zipper Brooch Cantik

Type A01 -1 colour (White)


 Type A01 -1 colour (Black)

Type A01 -1 colour (Brown)


 Type A01 -1 colour (Orange)


Type A02 -two match colour ( Blue Pastel+Blue)


Type A02 -two match colour ( Pink Pastel+Pink)


Type A03 -two colours


Type A03 -two colours


Type A03 -two colours


Type A03 -two colours and contrast


Type B01 -two colours

Type B02 -two colours

Type C01 -three colours

Boleh menempah mengikut warna kesukaan anda:

Satu brooch RM3.00
sepasang brooch RM5.00

*harga ini tidak termasuk kos penghantaran

Jika berminat boleh hubungi melalui;

PM facebook: fantagiro_pmc@yahoo.com atau "golden rose"
Whatsapp: 018 - 4013 550 (golden rose)

Jumaat, 2 Ogos 2013

Sehari Menziarah…

Bersempena bulan ramadhan yang mulia lagi barakah ini, Allah telah mengizinkan saya untuk menziarahi beberapa orang sanak saudara mahupun saudara seislam yang begitu memberi keinsafan kepada diri. Saya terasa rugi andai tidak berkongsi bersama pembaca serba sedikit buat pedoman bersama, memandangkan pula tulisan saya sudah lama tidak menjengah setelah berbulan dan hampir bersarang...Selamat membaca...

1. Menziarahi Orang Tua Yang Uzur

Masih ingat lagi tak pada lirik sebuah kumpulan nasyid Raihan yang menjadi ikutan kanak-kanak suatu ketika dahulu?
"Ingat lima perkara, sebelum lima perkara.Sihat sebelum sakit,
Muda sebelum tua,
kaya sebelum miskin,
Lapang sebelum sempit,
Hidup sebelum mati."
Namun, apalah ada pada bait-bait sebuah lagu andai kita sendiri tidak pernah hayatinya...betul juga...Sebenarnya Allah menguji mereka dan iman mereka agar mereka lebih taat akan perintah Allah. Sebagai seorang yang sihat sebelum sakit berkunjung, kita ziarahlah mereka yang sakit dan uzur. Kerana sesungguhnya amalan menziarahi dituntut dalam Islam,
Diriwayatkan hadith daripada Abdul Rahman bin Abi Laila, hadith daripada Ali (r.a) berkata: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa datang pada saudaranya yang Muslim menjengoknya (ketika sakit, seumpama) berjalan di dalam kebun syurga sehingga duduk dia. Maka ketika duduk dia dituliskan kasih sayang (Rahmat) Allah (a.w) terhadapnya. Maka jika ada paginya (melawat pesakit)mendoakan 70,000 malaikat sampai petang. Dan jika ada pada petangnya (melawat pesakit) mendoakan atasnya 70,000 malaikat sehingga waktu subuh.’ [Hadith ibnu Majah]
tambahan pula, ketika menziarahi seorang wanita tua yang uzur ini, terasa sungguh menginsafkan diri. Paling menyedihkan, dia tidak pernah mempunyai anak kandung mahupun anak angkat untuk membantunya. Sungguh memilukan lagi apabila tempat tidurnya adalah bersebelahan tandas untuk mudah membuang dan membasuh najis. Tambahan pula, ingatannya semakin teruk. Percakapan juga tidak jelas. Saya masih ingatkan ketika dia masih kuat. dia mampu senyum, dia boleh ketawa bersama saudara-saudaranya, dia berjalan ke mana-mana sahaja. Sekejap sangat nikmat kegembiraan itu Allah beri...Begitu juga dengan kita. Apapun, saya balik kepada diri, persoalan saya...apakah pula nasib kita suatu ketika nanti di usia seperti dia? Adakah kita akan mengalami nasib seperti itu atau lagi berat dari jangkaan kita? dan bagaimana akan kita menghadapinya? Kala ini, saya hanya mampu berdoa agar Allah memberikan kesihatan yang baik kepadanya agar dapat melakukan ibadah diakhir-akhir usianya.Amin...

2. Menziarahi Si Suami muallaf Kematian Isteri
Ternyata, kematian sentiasa mendampingi kita. Oleh itu, saya teringatkan sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa.”

Hampir 3 bulan telah berlalu, telah pergi seorang isteri dan ibu yang saya amat kenal ini buat selama-lamanya. Mak Cik yang cukup baik dengan kedua orang tua saya ini sentiasa saya kenang keceriaannya dan sering membuat orang sekeling senang dengannya. Namun, yang hidup perlulah meteruskan kehidupan dan tak perlu pandang belakang lagi. Demi membesarkan seorang anak angkat yang masih di tingkatan 2, maka, beberapa perkara menjadi persoalan di benak ini, bagaimana cara yang harus si bapa pilih untuk mendidik anaknya… Kerana saya terfikirkan yang bapanya muallaf berketurunan Cina. Pada hemah saya ilmu agamanya masih di tahap beginner. Mengenangkan masa depan si anak gadis yang menginjak remaja. Dirinya terus diulit kemanjaan dan kemewahan. Jauh dalam sudut hati ini, memohon mudah-mudahan Allah memberikan perlindungan kepada si anak gadis ini dan memberi laluan menggapai hidayahNya… Moga bapanya terus tawaduk dan Istiqmah menunaikan perintah Allah…Amin.

Ya Allah Ya Tuhan Kami ampunilah segala dosa2 kaum muslimin muslimat, mukminim mukminat ketika mereka masih hidup di dunia ini, jadikan lah kubur mereka diantara satu taman dari taman-taman syurga mu Ya Allah & jangan pula Engkau jadikan kubur mereka di antara satu kawah dari kawah api neraka… Amin Ya Rabbal Alamin…

Rabu, 31 Julai 2013

Syiah menjadi barah akidah umat Islam



Rasulullah sendiri pernah bersabda mafhumnya: 
Golongan kamu Ali akan terbahagi tiga. Orang yang terlampau memuja mu, orang yang terlampau membenci mu dan orang yang cinta kepadamu kerana Allah. Golongan pertama dan kadua itu masuk neraka. Golongan ketiga itu masuk syurga
Sebagai seorang Islam, kita merupakan Sunni iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah. Tapi telah datang pula ajaran Syiah dari cabang yang asal kita anuti selama ini. Mengapa Syiah boleh wujud? sedangkan ajaran syiah sendiri mempunyai banyak alirannya. Mari kita selidiki sedikit sebagai panduan kita bersama.

Tetapi terdapat beberapa aliran utamanya iaitu:

  1. Syiah Imam 12 @ Imamiyyah/Ja'fariyyah (Pengikut dari Iran -90% dan Iraq)
  2. Al-Kaisaniyyah
  3. Al-Zaidiyah
  4. Imamiyyah
  5. al-Ghulat
  6.  Ismailiyah
  7. Syiah Imam Bertujuh
  8. Alawiyyah
  9. Duruzi
dan juga tarikat-tarikat sufi aliran syiah iaitu:
  1. Tarikat Alevi (Pengikut dari Turki - 20%)
  2. Bektashi Hamadani (Sebilangan besar pengikut Lubnan dan Syiria)
  3. Fatimiyyah (Sebilangan besar pengikut Lubnan dan Syiria)
Saya telah membuat beberapa penelitian melalui pembacaan di Wikipedia, dan saya mendapati bahawa perkataan Syiah itu telah disebutkan dalam al-Qur'an dan Hadith Nabi S.A.W.
Namun yang dimaksudkan oleh Al-Quran dan hadith itu bukanlah kata khusus kepada puak Syiah ini, melainkan kata umum kepada pengikut kepada sesuatu golongan pengikut, iaitu
  1. Golongan Ibrahim a.s
  2. Golongan yang derhaka
  3. Golongan Musa a.s.

Perkara-perkara yang diamalkan oleh Mazhab Syiah yang bertentangan dengan Sunni;
  • Khalifah diwasiatkan secara nas
  • Imam adalah maksum berdasarkan firman Allah
  • Saidina Ali adalah Pemimpin umat Islam setelah wafat Rasulullah
  • Mencela para sahabat nabi dan ummahatul mukminin
  • Menghalalkan nikah Muta'h yang diharamkan oleh Islam Sunni
  • Menolak beberapa Ijmak ulama yang tidak bertanggungjawab
  • Menolak Qias
  • Menerima hadith yang diriwayatkan sebahagian Ahli Sunnah Wal-Jamaah walaupun mengatakan para sahabat yang merawikan hadis itu kafir
  • Mengharuskan Jamak sembahyang dalam semua keadaan

Isnin, 8 Julai 2013

Salam Ramadhan Almubarak...

Sekian lama x update blog...my last post pun adalah wish New Year 2013..dah bulan 7 pun sekarang...nak puasa ni mesti la post pun baru kan...Apapun, kepada semua muslim dan muslimat selamat menunaikan ibadah puasa dan mengumpul pahala sebanyak mungkin...Moga kita sentiasa dalam rahmat dan redha Ilahi...

Kepada bakal-bakal pembeli kereta, jangan la terpengaruh sangat dengan rebate dan jualan kereta sempena hari raya ni. Yerla...harga turun betul...nak kejar kemewahan sampai lupa nak beramal... Ingat-ingatkan diri...Tepuk dada tanyalah Iman. Salam Ramadhan semua!

Selasa, 1 Januari 2013

Selamat Tahun Baru 2013


Bila sebut tahun baharu saja, mesti ada kaitan dengan azam baru, target dalam kehidupan, kerjaya dan lain-lain. Memulakan karier atau naik pangkat dalam bidang masing-masing, menjadikan seseorang merasakan kepuasan dalam diri mereka. Mungkin juga peralihan kepada seseorang yang membuatkan orang lain menyanjung tinggi akan diri kita. Dan mengimpikan untuk membeli sebuah motosikal berkuasa tinggi setelah mempunyai kereta sport yang kedua dalam koleksi peribadi. Atau memasang niat untuk mencari madu-madu kepada isteri yang sedia ada di rumah. Almaklumlah duit banyak dan melimpah ruah, tak tau hendak digunakan untuk apa. Gaji pun tak terluak, ditambah dengan bonus pula, tak masuk lagi pendapatan dari business secara online dan sebagainya. Sememangnya kita mahukan sesuatu berharga untuk penat lelah kita lalui selama ini. Tidak salah untuk berbelanja, tapi berpada-padalah dengan apa yang telah kita perolehi pada hari ini. Kalau itu yang terjadi kepada kita, sememangnya kita sedang mengejar duniawi. Pastinya kita tahu sebahagian daripada harta kita adalah bukan milik kita. Ia milik anak yatim, orang fakir, saudara mara yang susah, jiran yang sakit dan memerlukan, mereka di medan peperangan dan banyak lagi. 



Tahun 2013 ini diharap dapat membuka sebuah lembaran baru, walaupun starting ambang 2013 tu agak tragis sedikit dengan cerita sedih dan perit. Namun, diharapnya tidak mengganggu gugat kehidupan kita pada masa kini atau masa hadapan. Walaubagaimanapun, SELAMAT TAHUN BARU 2013 kepada anda pembaca budiman dan selamat tinggal 2012. Semoga kita sentiasa dalam redha ALLAH SWT. Amin ya rabbalalamin...