BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Follow me

Rabu, 26 Disember 2012

End Year holiday!!!


Cuti baru ni je kami sekeluarga telah bermusafir ke Shah Alam. Sebenarnya bukan dalam plan pun nak bercuti, sbb tujuan asal nak ambil barang adik lelaki yang telah tamat belajar di KL. Jadi, mungkin sudah ketentuan Allah, Oleh itu, adik perempuan saya pun turun dari Johor ke Shah Alam untuk sertai kami. Kami pun menginaplah di sebuah hotel bajet 2 bintang iaitu The Three Boutique Hotel yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam.

Strategik dan senang nak cari


cantik...tp sayang pulak bilik ni takde almari
Memandangkan hotel ini tak lah jauh dari i-city Shah Alam, maka kami pun mengambil kesempatan ke sana dan ia merupakan tempat menarik yang paling dibanggakan oleh orang-orang Shah Alam ini.

I-City Shah Alam


Sahabat-sahabat Nabi SAW telah bertanya akan hari-hari yang tujuh , Sabda Nabi :
Jumaat – Hari Jumaat adalah hari yang baik untuk mengadakan perhubungan dan pernikahan .
Sabtu – Hari Sabtu adalah di namakan sebagai hari tipu daya , kerana pada hari itu orang-orang kafir Quraish telah mengadakan tipu daya pada perjanjian Darrun Nadwah .
Ahad - Hari Ahad adalah hari yang baik untuk bertanam dan membuat binaan , kerana pada hari Ahad Allah memulakan menciptakan dunia dan membangunnya .
Isnin - Hari Isnin adalah hari yang baik untuk musafir dan untuk berniaga , kerana bahawasanya pada hari Isnin Nabi Syith telah musafir dalam urusan perniagaan dan beliau banyak mendapatkan keuntungan dari perniagaannya .
Selasa - Hari Selasa adalah hari berdarah , kerana pada hari itu , bermulanya Siti Hawa berhaid , dan pada hari itu pula mula-mula terjadinya pembunuhan anak Nabi Adam iaitu Qabil membunuh Habil .
Rabu – Hari Rabu adalah hari kebinasaan yang berkekalan , kerana pada hari itu Allah SWT menenggelamkan Fir’aun bersama kaumnya . Kaum Samud dan kaum ‘Ad yang mereka itu adalah kaum Nabi Saleh , juga d ibinasakan oleh Allah pada hari Rabu .
Khamis - Hari Khamis adalah hari yang baik untuk menuntut sekalian hajat , kerana bahawasanya Nabi Ibrahim AS pergi ke istana raja Mesir, maka raja Mesir menunaikan hajatnya dan mengembalikan isterinya Siti Sarah .

Oleh itu, sesiapa yang nak bermusafir hari yang baik dan sesuai adalah hari Isnin........Wallahualam.

Pada esok paginya kami breakfast di Seksyen 2. Mak saya suka sangat nasi lemak di situ iaitu "Cinta Rasa Nasi Lemak Panas". Katanya nas lemak di sini jauh lebih sedap kalau nak dibandingkan dengan Kg Baru...hehe...tak tau la pulak. Terpulanglah pada selera masing-masing.

Sedap... Nasi Lemak Panas Cinta Rasa Sek.2 Shah Alam

Lepas Check out dari hotel, kami pun ke Kuala Lumpur International Hotel. Masa kami di KL pula, banyak masa yang digunakan untuk melawat saudara mara sebelah abah dan mak. Dan ada juga terimbau kenangan manis sewaktu menetap si Selayang dahulu. Kena pulak lagu dari radio SinarFM waktu tu masyuuk...hai... Tak boleh nak diceritakan dengan kata-kata mahupun coretan ini... Layannn...

Sabtu, 15 Disember 2012

Kuah Satay Abah


Kuah Satay Abah

Kacang tanah 1kg
Lengkuas 4 inci
Serai 4 batang
Seruk Cili
Bawang Merah
Bawang putih
Buah Keras + Biji Jagus (5:5)
Halia 4 inci
Gula + Garam
Serbuk Jintan manis

Resipi dari abah saya. Maaf ye, tiada sukatan betul, sebab abah saya pakai agak je.

Selasa, 2 Oktober 2012

contact lens yang cantik tapi binasa







































dan........................
akhirnya begini.........


Rabu, 5 September 2012

ZORRO is my cat blind suddenly (Kucing saya buta tiba-tiba)

Recently, few days ago me and my family was awakened by my cat sudden blindness. We dont know why....its happen suddenly...and we are so sad on that situation. I have no idea about Zorro...why was this happen to him. His pupils have been huge lately, even when he's in the sun or lots of light. His eyes also seem to be a bit hazy and no longer jet black pupils. Now, he was BLIND!!!
At the same time we have to sent the only boy of our sibling's, IDIN to go to the bus station after long time for two weeks celebrating Hari Raya. Ya...i cant accept this because Zorro was blind on Merdeka's Day. Adik and Angah was crying on that time and i have decided to stay at home to waiting Zorro.

Peringkat permulaan sebelum mata kucing saya buta


Kebetulan pula hari cuti, Jumaat, Sabtu dan Ahad. Agak lama menunggu sebelum bawa jumpa veterinar. Past 3 days, vet cakap mata Zorro ni disebabkan oleh Herpesvirus (HFV-1). Memang sedey la...tak tau pulak macamana bley kene virus ni. Saya pun ada juga buat research sket pasal mata kucing ni. Sometimes kucing bley kene hypertension, diabetes, buah pinggang dan banyak lagi...Seumur hidup saya, saya tak pernah bela kucing yang boleh buta secara tiba-tiba macam ni. Memang baru bagi saya. Then bila buat google search, masalah ini memang jarang berlaku dan rata-rata kat oversea tu ada la. Tak tau pulak kalau ada masalah kucing buta tiba-tiba seperti kes zorro ni orang tak share mcm saya.
Anak mata Zorro mengembang
walaupun di dalam cahaya lampu

Akhir- anak mata Zorro mula menjadi merah

Kadang-kadang saya pun pelik juga... Macamana la kucing pun boleh kene hypertension ni????


Faktor-Faktor Hypertension pada Kucing:
Hypertension is damaging to the body. The effects are most serious in certain vulnerable organs:

Eyes - mata
Pendarahan ke dalam mata dan perubahan retina seperti bengkak boleh terjadi dan ini boleh mengakibatkan kerosakan pada penglihatan kucing secara permanent. Dalam beberapa kes,pendarahan di dalam mata boleh dilihat tanpa penggunaan peralatan veterinari khas .

Brain and nervous system - otak dan nerv sistem
Pendarahan pada bahagian badan ini boleh menyebabkan tanda-tanda neurologi seperti kelakuan ganjil, jalan seperti mabuk, perampasan, demensia dan koma.

Heart - jantung
Sepanjang masa, otot pada salah satu daripada ruang salur jantung (ventrikel kiri) menjadi menebal, ketika jantung perlu bekerja lebih keras untuk mengepam darah apabila terdapat tekanan darah tinggi. Dalam kes-kes yang lain, ini boleh membawa kepada kegagalan jantung kongestif. Kucing-kucing terjejas boleh menunjukkan tanda-tanda sesak nafas dan kelesuan.

Kidneys - Buah pinggang
Sepanjang masa, tekanan darah tinggi boleh merosakkan buah pinggang dan mungkin meningkatkan risiko kegagalan buah pinggang. Tekanan darah tinggi mungkin membuatkan kegagalan renal.



Kat bawah ni nak share sket apa yang saya dapat daripada google search:
Untreated Feline Hypertension
This is by far the greatest cause of "sudden blindness" seen by veterinarians. Hypertension often accompanies diabetes, hyperthroidism, and kidney disease, and cats with any of those conditions should be monitored closely by a veterinarian for evidence of hypertension. There are few early symptoms to watch for at home, but red flags include dilated pupils which do not respond to light, and the appearance of blood in the eye chamber


Dan ayat terakhir tu red flags: Mata Zorro memang dah tak respon pada cahaya, mata dia tak kembang atau tak mengecil langsung, dan dia kelihatan ada pendarahan dalam bebola matanya...

Sebagai seorang penggemar kucing dan pemilik kepada 4 ekor kucing yang lain, saya harus sabar dengan kerenah kucing-kucing ini terutama kucing seperti Zorro yang buta...byk perlu saya lakukan kepadanya. Kalau fikirkan karenah mereka yang kerap membuang najis, makan berselerak, mencakar barangan dan perabot tu semua akan membuatkan kita rasa benci untuk membela kucing. Tapi kita perlu ikut Sunnah Nabi SAW dan contoh teladan sahabatnya Abu Hurairah. Tambahan pula membela kucing sebagai terapi jiwa kita.  Sukar memang YA...tapi sabar perlu meranapkan kesukaran untuk kita sayang kepada binatang dan haiwan. Kerana mereka pun makhluk Allah juga yang berkongsi tempat tinggal di dunia seperti manusia.

Perkara macam ni mengingatkan saya kepada kehidupan sebagai manusia iaitu khalifah di muka bumi Allah. Kucing masih ada deria lain seperti pendengaran yang tajam, misai dan bulu keningnya sebagai tongkat pemandu arah. Dia tak perlu menjalani kehidupan kita yang sangat complicated tambahan pula berdepan dengan manusia yang pelbagai ragam. Tetapi manusia, bagaimana kalau Allah tarik nikmat penglihatan secara tiba-tiba..? Adakah manusia boleh kental seperti seekor kucing juga?

Rabu, 15 Ogos 2012

Amanahkah SAYA?

Perkataan SAYA pada tajuk diatas merujuk kepada kita,

Tidak semua manusia dalam dunia ini mampu untuk bersikap jujur dan amanah dalam melakukan pekerjaannya. Oleh itulah, amalan rasuah kini berleluasa bukan hanya dari golongan bawahan malah, golongan atasan juga banyaknya makan rasuah. Terdetik juga hati, sudah kaya lagi kaya. Dan manusia tidak pernah cukup dengan apa yang telah mereka ada. Tidak pernah rasa kekayaan itu sebenarnya datang dari Allah yang Maha Pemurah. Kadang-kala kita dah biasa dengan budaya sehingga kita tidak sedar, kita sudah pun terjerumus dengan rasuah. 

Saya pernah teringatkan kisah lama seorang rakan saya pernah praktikal di sebuah tempat, dan menjadi kebiasaan pensyarah akan datang untuk membuat pemerhatian ketika latihan industri dilakukan, namun, permintaan pensyarah itu memadailah membuat observation di kedai kopi saja. Walaupun ia bukan dalam bentuk duit, pada saya biarlah dia yang membuat penilaian sendiri. Dan saya siapa untuk meletakkan hukum. Tepuklah dada dan tanyalah iman. Saya mohon Allah menjauhkan saya dari perkara terkutuk itu. Amin.

Saya mengimbas kembali detik-detik ketika saya di amanahkan untuk memegang jawatan di sekolah. Saya bersyukur kerana mempunyai rakan sekerja dan majikan yang ambil berat terhadap permasalahan saya dan sanggup menolong saat-saat genting. Saya sangka rakan sekerja saya ini ikhlas membantu, sebaliknya dia berhasrat meminta soalan peperiksaan Percubaan dari saya sebelum tarikh peperiksaan bermula. Sememangnya saya ada hak untuk memberi. Namun, saya ingatkan diri dan muhasabah kembali hadis nabi yang berbunyi:

“Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Tanda-tanda orang munafik ada tiga perkara, iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia mungkiri dan apabila diberi amanah dia mengkhianati” (Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasaie dan Ahmad Ibnu Hambal).

Nauzubillah...


Saya rela jika saya dibenci oleh majikan mahupun rakan sekerja sekalipun, asalkan amanah ini saya jaga. Insyallah...Mudah-mudahan....Alhamdulillah Allah mengilhamkan sepotong ayat Al-Quran ketika itu, dan saya sampaikan maksud kepadanya, mudah-mudahan dia memahami

Al-Quran menyatakan kata amanah dalam enam ayat. Allah Swt. berfirman:

إِنَّا عَرَضْنَا اْلأَمَانَةَ عَلَى السَّمَوَاتِ وَاْلأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَنْ يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا اْلإِنْسَانُ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولاً

Sesungguhnya Kami telah menyampaikan amanah kepada langit, bumi, dan gunung-gunung; semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya. Dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh. (QS al-Ahzâb [33]: 72).


Oleh itu, kita sebagai pemegang amanah haruslah sentiasa €mengingatkan diri sendiri dan diri orang lain tentang kepentingan menjaga amanah yang telah dipertanggungjawabkan. Di sisi kanan setia memerhatikan amalan g an y g y dan kiri kita sentiasa ada malaikatkebaikan dan kejahatan kita tanpa leka sebagai bukti amalan kita dihadapan Allah nanti. Di samping itu, Allah juga sentiasa memerhatikan kita setiap masa.

Saya pun hanyalah manusia biasa yang sentiasa melakukan kesalahan. Maka, perkara terbaik adalah memohon munajat dan bertaubatl di atas segala kesalahan dan dosa lampau yang telah kita lakukan...Wallahuallam.









Pak Teh dan Tok......pergi selamanya


Pada bulan April 2012 yang lalu saya telah dikhabarkan berita kehilangan dua orang keluarga rapat sebelah ayah saya iaitu adik ayah yang saya panggil Pak Teh dan Ibu kepada ayah saya yang saya panggil Tok. Selepas pak Teh didapati sakit kencing manis, Pak Teh meninggal dunia. Pak teh bukan la orang yang senang-senang, ketiadaan Pak Teh pula amat dirasai oleh dua orang anaknya dan seorang isteri yang tidak bekerja.  Syahdu juga mengenangkan anak bongsunya ketika itu. Yerlah...masih bersekolah di tingkatan 1. Syukurlah dia masih mempunyai abang yang berumur 19 tahun, sekurang-kurangnya ada tempat untuk bergantung.  Aku menjadikan ini sebagai iktibar kepada diri aku sendiri untuk lebih bersyukur dengan nikmat yang telah Allah berikan. Dan menjadikan aku lebih faham dimana kedudukan anak-anak yatim yang perlu kita muliakan.

Nabi junjungan pernah bersabda, kalau seseorang itu berjumpa anak yatim kemudian dengan hati yang ikhlas dia menyapu tangan pada kepala anak yatim, perbuatan itu sangat-sangat disukai Allah.  Ini menunjukkan betapa kita disuruh mengasihi anak yatim. Mengusap kepala dengan niat sahaja sudah dimuliakan Allah apalagi melindungi mereka.


Namun, selang seminggu selepas ketiadaan Pak teh, Tok pula pergi.


Begitulah kehidupan ini, kita di dunia ini hanya sekejap sahaja. Kita dihantar oleh Allah untuk menjadi Khalifahnya, untuk beriman dan bertakwa kepadanya, namun, alangkah malunya untuk menghadapi Allah sekiranya kita tidak menunaikan amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan kepada kita

Dalam kitabnya Zadul Ma’ad Allamah Al-Majlisi berkata: Hendaknya yang hidup tidak melupakan orang-orang yang telah meninggal, kerana mereka sangat terbatas untuk memperoleh amal yang baik. Mereka mengharap dan mengintip kebaikan dari anak-anaknya, kerabat, dan saudara-saudaranya yang beriman. Khususnya doa-doa mereka dalam solat-soat malam mereka, sesudah solat-solat fardhu, dan doa-doa mereka di kuburan-kuburan suci. Hendaknya seorang anak mendoakan ayah dan ibunya lebih banyak daripada terhadap orang lain, dan beramal kebajikan untuk mereka.

Ahad, 5 Ogos 2012

@Cameron Highland Malaysia

Jalan jem. Weekend mmg selalu ramai orang ke Cameron Highland...hai jelesnye sapa yang p tiap-tiap hari.
Walaupun jem...tapi bila dok di atas rasa berbaloi punyer...yang penting kene sabar.
Tanaman memang subur

Singgah MARDI cameron highland sat... jangan lupa makan aiskrim strawbery dia...sedap sungguh...tak cukup beli satu rasanya...






















Hotel di Cameron Highland


Hotel di Cameron Highland

Hotel di Cameron Highland


Hotel di Cameron Highland

Hotel di Cameron Highland



Jangan lupa singgah Pasar. Macam-macam ada.

Jangan lupa singgah Pasar. Banyak pilihan sayur yang segar bugar

Jalan jem lagi


Bincang jap...

Pastu...balik la....