BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Follow me

Rabu, 26 Disember 2012

End Year holiday!!!


Cuti baru ni je kami sekeluarga telah bermusafir ke Shah Alam. Sebenarnya bukan dalam plan pun nak bercuti, sbb tujuan asal nak ambil barang adik lelaki yang telah tamat belajar di KL. Jadi, mungkin sudah ketentuan Allah, Oleh itu, adik perempuan saya pun turun dari Johor ke Shah Alam untuk sertai kami. Kami pun menginaplah di sebuah hotel bajet 2 bintang iaitu The Three Boutique Hotel yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam.

Strategik dan senang nak cari


cantik...tp sayang pulak bilik ni takde almari
Memandangkan hotel ini tak lah jauh dari i-city Shah Alam, maka kami pun mengambil kesempatan ke sana dan ia merupakan tempat menarik yang paling dibanggakan oleh orang-orang Shah Alam ini.

I-City Shah Alam


Sahabat-sahabat Nabi SAW telah bertanya akan hari-hari yang tujuh , Sabda Nabi :
Jumaat – Hari Jumaat adalah hari yang baik untuk mengadakan perhubungan dan pernikahan .
Sabtu – Hari Sabtu adalah di namakan sebagai hari tipu daya , kerana pada hari itu orang-orang kafir Quraish telah mengadakan tipu daya pada perjanjian Darrun Nadwah .
Ahad - Hari Ahad adalah hari yang baik untuk bertanam dan membuat binaan , kerana pada hari Ahad Allah memulakan menciptakan dunia dan membangunnya .
Isnin - Hari Isnin adalah hari yang baik untuk musafir dan untuk berniaga , kerana bahawasanya pada hari Isnin Nabi Syith telah musafir dalam urusan perniagaan dan beliau banyak mendapatkan keuntungan dari perniagaannya .
Selasa - Hari Selasa adalah hari berdarah , kerana pada hari itu , bermulanya Siti Hawa berhaid , dan pada hari itu pula mula-mula terjadinya pembunuhan anak Nabi Adam iaitu Qabil membunuh Habil .
Rabu – Hari Rabu adalah hari kebinasaan yang berkekalan , kerana pada hari itu Allah SWT menenggelamkan Fir’aun bersama kaumnya . Kaum Samud dan kaum ‘Ad yang mereka itu adalah kaum Nabi Saleh , juga d ibinasakan oleh Allah pada hari Rabu .
Khamis - Hari Khamis adalah hari yang baik untuk menuntut sekalian hajat , kerana bahawasanya Nabi Ibrahim AS pergi ke istana raja Mesir, maka raja Mesir menunaikan hajatnya dan mengembalikan isterinya Siti Sarah .

Oleh itu, sesiapa yang nak bermusafir hari yang baik dan sesuai adalah hari Isnin........Wallahualam.

Pada esok paginya kami breakfast di Seksyen 2. Mak saya suka sangat nasi lemak di situ iaitu "Cinta Rasa Nasi Lemak Panas". Katanya nas lemak di sini jauh lebih sedap kalau nak dibandingkan dengan Kg Baru...hehe...tak tau la pulak. Terpulanglah pada selera masing-masing.

Sedap... Nasi Lemak Panas Cinta Rasa Sek.2 Shah Alam

Lepas Check out dari hotel, kami pun ke Kuala Lumpur International Hotel. Masa kami di KL pula, banyak masa yang digunakan untuk melawat saudara mara sebelah abah dan mak. Dan ada juga terimbau kenangan manis sewaktu menetap si Selayang dahulu. Kena pulak lagu dari radio SinarFM waktu tu masyuuk...hai... Tak boleh nak diceritakan dengan kata-kata mahupun coretan ini... Layannn...

Sabtu, 15 Disember 2012

Kuah Satay Abah


Kuah Satay Abah

Kacang tanah 1kg
Lengkuas 4 inci
Serai 4 batang
Seruk Cili
Bawang Merah
Bawang putih
Buah Keras + Biji Jagus (5:5)
Halia 4 inci
Gula + Garam
Serbuk Jintan manis

Resipi dari abah saya. Maaf ye, tiada sukatan betul, sebab abah saya pakai agak je.