BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Follow me

Khamis, 14 Jun 2012

Jiran Sakit

Baru-baru ni saya dikejutkan dengan jiran saya, Kak L yang dikejarkan ke hospital gara-gara sakit buah pinggang. Pada mulanya saya sangkakan penyakitnya mungkin ditahap awal. Tapi seorang jiran lagi yang merupakan jururawat di sebuah klinik berdekatan beritahu bahawa penyakit dia kronik iaitu stage ke-3. Saya ni bukan la arif sangat berkenaan penyakit seperti ini. Malah saya lagi rasa tak percaya bila penyakit buah pinggang kronik boleh kena pada orang muda seperti Kak L yang berumur 29 tahun.


Saya teringatkan perkara yang perlu kita ingat sebelum datangnya 5 perkara dan salah satunya adalah sihat sebelum sakit. Kerana sakit yang datang pada kita secara tiba-tiba tiada siapa boleh menjangkanya. Semua ini betul menginsafkan saya.

Perkara ini telah disebut oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam sebuah hadis riwayat Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma:
Maksudnya: Ada dua (jenis) nikmat yang kebanyakkan orang terlalai olehnya, iaitu kesihatan dan waktu lapang (senggang).


Akhirnya pada hari Ahad yang lepas, saya dan ibu bercadang menziarahi Kak L di hospital. Pada permulaan rawatan, Doktor telah memasukkan air sebanyak 30 beg air. Manakala pada hari kedua pula 60 beg air. 
hospital

Dan yang pasti Doktor telah memberitahu bahawa buah pinggang Kak L tidak boleh berfungsi dan mengecut sebesar duit syiling 20sen. Saya dan ibu mendengar berita itu terasa sungguh sedih. Saya terfikirkan diri Kak L dan keluarganya...bayangkanlah apa pula perasaan mereka ketika itu?

Perbezaan buah pinggang dan duit syiling 20 sen

Memandangkan suaminya seorang warganegara China (Hongkong), dan masih lagi berkhidmat di sana, maka urusan rumah dan anak-anaknya (1 lelaki dan 2 perempuan), Kak L yang uruskan. Saya berbisik dalam hati betapa tabah nya hati dia walaupun berjauhan berbulan-bulan lamanya dengan suami tercinta.




Nasib la ketika dia terlantar di hospital, suaminya ambil cuti hampir sebulan menemaninya. Mak dan Ayah Kak L pula dah tiada. Mengharapkan kakaknya sahaja untuk membantu urusan ambil dan hantar anak-anak Kak L ke sekolah. Tambahan pula suaminya tidak mempunyai lessen memandu. Berjalan kaki sahaja, empat beranak samada pergi ke kedai membeli makanan dan sebagainya, Sukarnya pada saya yang melihat. Apatah lagi orang yang menanggungnya. Tambahan, jiran seperti saya hanya mampu menghulurkan bantuan serba sedikit dan juga sedekah yang tidak seberapa.
Anak-anak Kak L bersama kucing saya...si Kembang (dah mati pun)

Kawasan kejiranan disini pula bukanlah dari kalangan orang yang intelek. Yang mana mereka akan berfikir banyak kali untuk menegur dan bertanya suaminya yang hanya boleh berbahasa cina dan English sahaja. Dan akhirnya mereka hanya menunggu kedatangan kakak kepada Kak L untuk bertanyakan hal-hal berkaitan.

Betullah seperti yang dinyatakan dalam ayat Al-Quran Surah al-Anbiya’: ayat 35:  Allah Ta‘ala dalam firmanNya telah menyatakan bahawa ujian, cubaan dan dugaan itu datang dalam pelbagai bentuk:
Tafsirnya: Dan kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.


Saya berharap agar Kak L cepat sembuh dan dapat meneruskan kehidupan seperti ibu-ibu yang lain. Semua ini mungkin ada hikmah yang berlaku disebaliknya. Moga Allah permudahkan urusan kita, InsyaAllah....

Khamis, 7 Jun 2012

Cuti @ Tasik Beris dan Bukit Bendera

Ketika cuti persekolahan ni, ramai betul rancang nak bercuti bersama family. Dan tak kurang hebatnya nak bercuti sampai ke luar negara...um..memang hebat tu. Tapi pada percutian keluarga kali ini, saya sendiri mencadangkan kepada keluarga saya untuk bercuti dalam negeri sahaja. Lagipun tak adalah bajet keluar banyak sangat dan sudah tentu banyak lagi tempat menarik dalam Malaysia ni tak habis teroka lagi. Kalau tak habis teroka macamana kita nak story lebih2 kat org luar tentang kelebihan negara Malaysia kan. 

Ladang Anggur Tasik Beris Kedah

Anyway, dah 1 minggu lebih baru decide nak p bercuti,  memadailah bercuti di negeri sendiri iaitu Kedah yang dicintai. Tasik Beris yang terletak di Sik, Kedah ni memang sesuai untuk aktiviti bersama keluarga, sebab apa? kat sini boleh la tengok buah anggur dan ladangnya yang terletak bersebelahan dengan Tasik Beris. Sebenarnya saya pernah posting story pasal Tasik Beris dulu. Kiranya ini adalah percutian di Tasik Beris untuk kali yang kedua. Ha...nak habaq betapa syok p tempat ni. berbaloi sebab dapat beli buah anggur tu...hee...


Sampai sahaja terus snap gambar...tengok la tempat ni penuh dengan kereta dari merata tempat....walaupun tempat ni macam di hujung dunia nak sampainya tapi ramai orang tak terhingga . (Time cuti sekolah je la)











Semua yang berkaitan anggur dijadikan produk. Kat sini ada jual sabun anggur, lotion anggur, shower anggur (ada nama lebih komersial la), jangan tak tau sampaikan payung, baju, keychain pun branding Tasik Beris Lake Vineyard. Gambar di atas ni karipap kentang tapi ada juga letak buah anggur. Macamana tu rasa dia?...nak tau datang la sini, cuba sendiri kan...





Bukit Bendera, Penang
Pada esok harinya pula, kami menyambung percutian ke Bukit Bendera, Penang. Bersama-sama dua orang sepupu yang tinggal di kampung. Kebetulan mereka pun tak kemana. Tapi satu hal nak naik Bukit Bendera ni. Nak kena tunjukkan ic, kalau tak, kene bayar harga foreigner RM30 per head (pergi dan balik). Setelah kumpul ke semua ic dapatlah harga RM8.00 bagi dewasa dan RM4.00 bagi kanak-kanak. Beraturnya sikit punya panjang, walaupun hari itu merupakan hari kerja iaitu hari Isnin. Macam nak pengsan rasa. Cuaca pula cantik dengan panas teriknya. Bersesak dengan orang ramai lagi. Dah dapat tiket satu hal pula kena beratur untuk naik train ke puncak bukit. Pun sama rasa percutian tidak bermakna...huhu. Tapi kebetulan pula, tengah dok orang ramai tu boleh plak jumpa kawan abah dan mama yang tinggal kat Melaka. Ish2 kecik nyer dunia. Sebesar-besar Malaysia ni kat Penang jugak jumpanya. Akibat terlalu crowded sangat kawan abah dan mama pun balik dulu...dah tak sanggup tunggu agaknya. Lepas tu nak jadikan cerita... jumpa pula dengan Pak Ndak (adik abah) bersama isterinya dan 3 org anak saudara depa. Ish2, terasa lah happy sket daripada tadi dok muka tensen beli tiket punya ramai. Disebabkan keadaan nak naik train ramai sangat orang, maka tak sempat nak rakamkan aksi muka tenuk dok tunggu beli tiket tu. Apapun kami enjoy je. 







Sabtu, 2 Jun 2012

Kawan pun dah pindah...sedihnya...


Kepada rakan seperjuangan yang dapat berpindah...semoga Sukses!


Selepas 3 tahun berkhidmat bersama-sama rakan seangkatan seramai 8 orang, finally...tinggal berempat. Kak nana ikut suaminya ke Putrajaya dan dapat penempatan di SMK Taman Melawati, Gombak. Manakala Anim ikut suami ke Semenyih dapat pula penempatan area Port Klang. Mas pula nak jaga ibu mertuanya di Kulim, nasib baik dapat sekolah area Sidam Kanan Kedah. Kak Aini pulak sakit tetiba dan bakal berpindah ke Jitra Kedah. Hanya kami berempat masih stay di sekolah lama....Hati ini terasa sedih yang teramat sangat bila mengingatkan hari perpisahan bakal menjelang. Pilu sungguh mengenangkan saat-saat suka dan duka bersama mengharungi kehidupan seorang “guru baru” bersama-sama. 3 tahun perkenalan kami bukanlah satu masa yang lama dan bukan juga baru kenal sehari dua.  Tapi persahabatan kami makin erat apabila berkongsi kehidupan bersama-sama di sekolah dengan kerenah di sana dan sini. Aku masih teringatkan pesanan seorang Guru Cemerlang BM memberitahu, mengajar di sekolah pinggir bandar memang bagus, tambahan pula pelajar yang tidak terlalu pandai dan budak-budak kampong yang baru nak belajar hidup sosial (nak kata teruk tak sampai hati plak). Tapi kalau terus berada terlalu lama pun tidak bagus, kerana kita tersekat kemahiran disitu yang tak kemana. Prinsip inilah yang menjadi pembakar semangat aku untuk keluar berhijrah jika berkesempatan. Tapi bila????? Nak pindah mana???? Adakah kerana kawan-kawan lain berpindah....maka, kita pun terikut dengan mereka untuk berpindah. Hati ini meronta-ronta mengatakan “AKU NAK PINDAH JUGAK!” ...huhu