BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Follow me

Isnin, 23 Mei 2011

ketenangan jiwa


Bila sebut sahaja IMAN, kita selalu dok dengar ustaz-ustazah, penceramah-penceramah bebas, para alim ulama’ mahupun murabbi (guru) kita sering berbicara mengenainya...IMAN. Kadang-kadang kita sendiri pun begitu malas untuk mendengar topic ni. Mungkin ada yang menjawab:
“alar, iman tu percaya kepada rukun iman la”. Dan ada juga menyanyikan lagu raihan “~iman adalah~mutiara...di dalam hati manusia~” dan ada juga yang berseloka “iman tu nama seorang perempuan la mcm lagu Amar tu ~nurul....nurul Iman....nurul....nurul Iman~”.

Persoalannya ialah, kenapa mesti kita berperasaan seperti ini? Malah, pernahkah kita bertanyakan kepada diri kita adakah diri kita pernah menyimpan impian untuk mencapai halawatul iman iaitu kemanisan iman?

Bila saya bertanyakan pelajar sekolah, Rukun Iman ada berapa? Pelajar-pelajar saya dengan yakin menjawab “ada enam, cikgu”. Dan bila saya bertanya kembali apakah rukun iman yang 6 itu? Ada yang menjawab rukun islam dan ada pula yang menggelengkan kepala tidak tahu.


Anda pasti melihat iklan Salamfon- talian hidayah? Tergelak kecil melihat keletah kanak-kanak kecil itu berbicara.
“tau tak, rukun islam ada 5”
“tapi, kenapa 5 je?”
“tak tau la... kita tanya usaz nak?”
Realitinya, kanak-kanak pada hari ini bijak bertanyakan soalan dan kadang-kadang tidak pernah terfikir pun pada akal dewasa kita.

Baiklah, berbalik kepada persoalan IMAN. Manusia mana yang tidak mahu merasa nikmat iman. Semua akan setuju bahawa mereka mahu merasai apa itu kemanisan iman, kecualilah orang yang fasik dan jahil. Mereka ini tidak akan mengendahkan akan pertanyaan ini.

Oleh itu, kenali dahulu apakah itu kemanisan IMAN. Ia adalah satu rasa tenang, bahagia dan aman dalam jiwa seseorang hasil keyakinannya yang tinggi kepada Allah, Al-kitab, Rasul dan lain-lain rukun Iman.
Tenang-Bahagia-Aman dalam jiwa? Mari kita bertanya kepada diri pula? Bagaimana dalam kehidupan kita ketika ini mencari ketenangan jiwa. Tambahan pula kerja yang banyak dan membebankan di ofiz, masalah keluarga yang menghantui diri, baru lepas putus cinta pula tu, di mana dambaan hati kita ketika itu?


“Wei, aku tensen la asyik kene marah je dgn bos...jom pegi Zouk malam ni, esok pegi Little Havana plak?” Atau, ada juga... “geng, jom karok kat Ampang park malam ni, aku nak layan jiwang la. Sedey beb, semalam awek aku tinggal aku. Serabut la, cacamerba hidup aku ni”.



Tidak perlulah bersosial di zouk, little Havana atau berkaraoke di Ampang park dan lain-lain tempat pun. Kerana ketenangan yang dikecapi ketika itu hanya sementara sahaja. Tetapi kemanisan iman pula dikecapi selama-lamanya. Alangkah indahnya jika kita memiliki ketenangan yang abadi ini bukan. Oleh itu, ia terletak kepada keimanan kerana Iman lah kunci ketenangan di dalam jiwa manusia.


“Beb, tenang yang mcm mana tu. Aku tak rasa la”.
Benar. Untuk mencapai iman ini kita perlulah bermula dari dasarnya dahulu. Marilah kita hayati salah satu sumber yang saya petik dalam SOLUSI isu 30 mengenai Iman.
1. Iman Haq
Uthbah al-Ghulam berkata: “Aku berasa sengsara menunaikan solat selama 20 tahun, namun, aku merasai kelazatannya pada baki usiaku.”
Betapa seorang yang soleh pun perlu bermujahadah demi memburu kemanisan iman, apatah lagi kita insan biasa. Membina iman yang kukuh di hati memerlukan masa. BERMULA DENGAN RASA TIDAK BIASA, BIASA-BIASA, SUDAH BIASA DAN AKHIRNYA TERASA LUAR BIASA. MasyaAllah... bukan mudah tapi tidak mustahil untuk kita perolehinya bukan. InsyaAllah.
2. Iman ‘Ayan
Contohnya seorang pelajar di universti ada kemahuan untuk menjadikan Islam sebagai cara hidupnya. Ilmu dan kemahuan sudah ada namun akibat pengaruh rakan sebaya dan persekitaran kampus, dia masih perlu bermujahadah untuk melaksanakan tuntutan Islam dan meninggalkan larangannya.
3. Iman Ilmu
Contohnya seorang pelajar jurusan Syariah di sebuah kolej universiti mempelajari bidang Syariah semata-mata untuk lulus peperiksaan. Malah, masih mampu pula untuk bermaksiat dan melakukan dosa. Ilmu yang dipelajarinya tidak pernah dihayati, apatah lagi hendak beramal. Imannya sekadar pada akal bukan dihatinya.
4. Iman Taklid
Ia adalah beriman kerana ikut-ikutan, tanpa ada ilmu. Iman ini tertolak.


Orang yang telah merasai kemanisan iman akan merasai keindahan dalam melakukan ketaatan dan bahagia ketika meninggalkan kejahatan. Apabila musibah melanda, mampu sabar dan redha. Bahkan dia sanggup mati demi menemui kecintaan-Nya (Allah). Tidak ada rasa sukar, penat, bosan, rugi dan lain-lain. Mampu menukarkan segala yang buruk menjadi kebaikan, segala kekurangan menjadi kelebihan, segala yang pahit menjadi penawar dan segala yang kotor menjadi bersih dan jernih.

Ramai orang telalu manjakan diri sehingga tidak sanggup bersusah-susah demi mentaati perintah Allah. Terasa pedih sikit dah mengalah. Terasa pahit terus diluah.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Ada 3 perkara yang jika 3 perkara itu ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman; Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain kedua-duanya. Mencintai seseorang dan dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah. Dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan daripadanya seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api neraka.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Anas bin Malik r.a)

Ahad, 22 Mei 2011

The world is school for u...

this is your first step to success!


first time i learn about the reality of life...

and the other two places (my secret..hehe) was give me more adventure in my life and approch me to become stronger person...alhamdulillah

and the last experince was here...im so proud to be apart of them...

Rabu, 11 Mei 2011

Kisah Ustaz, Pakcik Riak dan si gadis kota...

Ilmu perlu seiring dengan amalan...baru lah ibarat pepohon yang rendang berbuah. Seperti pepatah “ ILMU YANG TIDAK AMAL SEPERTI POHON YANG TIDAK BERBUAH”. Ada sesetengah orang yang berbangga dengan ilmu yang hanya sekecil kuman sahaja. Teringat pula pada zaman memulakan kerjaya dalam bidang percetakan dahulu. Saya teringat pada seorang pak cik senior dan sungguh ramah sehingga kata-katanya menjadi gurauan dan penghibur ketika melakukan kerja. Erm...Biarlah saya gelar dengan Pak Cik R sahaja. Bidang percetakan yang telah saya pelajari perlulah ada praktikal baru ~HOLIAAAAAUUUU~ untuk menjadi seorang pemimpin yang dihormati dan disegani dalam sesebuah company. Oleh itu, saya banyak menuntut ilmu-ilmu percetakan dari pak cik R dan beberapa pakcik lain di bahagian Binding and Finishing. Di pendekkan cerita seniority dan pengalaman yang banyak itu penting untuk membuktikan kemantapan kemahiran agar dihormati oleh orang lain. Sayangnya Pak Cik R terlalu menunjuk-nunjuk dengan ilmu yang dia ada sehinggakan kerja-kerja (buku) yang telah siap dicetak itu, dipotong mengikut ukuran yang salah....bukan hanya sebuah tapi beratus naskah....kerugian tu tak payah ceritalah...yang pasti buku tersebut perlu digunakan dalam masa yang terdekat pada satu majlis gilang-gemilang yang dihadiri oleh ramai VVIP dan golongan cendekiawan dan cerdik pandai...perkara ini sememangnya memburukkan imej organisasi tersebut...satu hal pula, pekerja lain terpaksa membuat overtime untuk mengkelaskan buku-buku yang tidak boleh digunakan langsung...sayang seribu kali sayang....kadang-kadang kita terlupa mulut yang berbicara dan cakap-cakap perli pada niat awalnya untuk memberi kesedaran kepada pihak atasan....namun...ia semakin lama makin menjadi riak dan takabbur dengan kelebihan diri....nauzubillahiminzalik...semoga pengalaman ini mengajar agar tidak menjadi pendidik yang riak dengan ilmu yang dicurahkan kepada anak bangsa...Insyallah....

Ketiaka zaman belajar di Shah Alam suatu ketika dulu, saya ada mengenali seorang rakan yang cantik bertudung litup...indah dimata dan sedap mata memandang. Biarlah saya memanggilnya D. Bapa D merupakan seorang imam masjid. Namun, disebabkan pergaulan bebas, maka D terikut-ikut dengan budaya yang tidak elok...ibaratnya kejutan budayalah. Keluar kolej waktu malam dan balik pula lewat pagi. Kemana lagi destinasi di pagi hening yang sunyi itu...ke tempat hiburan untuk berhiburlah tujuannya. Meraikan besday, parti itu dan ini...sehinggakan meneguk air kencing syaitan...Astaghfirullahalazim... tetapi yang menjadi kepelikannya ialah selepas solat subuh, D membaca Al-quran. Lalu seorang rakan yang lain bertanya...

“aik, puas ko berjola-joli kat luar, alih2 balik baca quran dan tau pulak mengadap tuhan plak tu?”.
Jawapan D ringkas sahaja “aku tak nak lidah aku keras laaaa”.

Inilah yang dinamakan “IMAN TAK DAPAT DIWARISI DARI SEORANG AYAH YANG BERTAKWA” yang diambil dari lirik lagu Raihan....fikir-fikirkanlah...jadikan pengajaran kepada kita. Alhamdulillah dengan kewarasan yang Allah berikan kepada kita ini, gunalah dengan sebaik-baiknya.
Ilmu dunia dan Ilmu akhirat sama-samalah penting. Oleh itu, kita perlulah beramal dengannya. Kerana kita perlu beringat apabila mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti segala amalanya kecuali 3 perkara iaitu sedakah jariah, ilmu yang memberi guna, doa anak – anak yang soleh”

Oleh itu, antara perkara utama yang dibawa bekalan ke liang lahad adalah ILMU YANG BERMANFAAT...selain DOA ANAK YANG SOLEH dan HARTA YANG DISEDEKAHKAN KEJALAN ALLAH...
Al-kisah pula dengan seorang kenalan yang merupakan bekas pelajar di salah sebuah universiti terkemuka di timur tengah. Alhamdulillah Allah kurniakan seorang sahabat yang berilmu agama...dan diketika ini sahabat saya ini baru sahaja tamat belajar setelah menyambung pengajian di salah sebuah kolej islam. Belajar bidang agama, mendengarnya saja cukup gah bukan kerana title USTAZ tetapi dihormati kerana ilmu agama yang sarat didada...bukan yang bersarang didada...yang terpenting adalah amanah dan tanggungjawab disebalik nama seorang yang bergelar USTAZ...sahabat saya ini merupakan seorang yang pandai berucap dan kata-katanya yang mantap ibarat bakal future IMAM MUDA...alhamdulillah dengan nasihat yang pernah diberikannya dulu serba sedikit tentang ilmu dunia dan akhirat ada juga membantu....Alhamdullillah... Setelah mengenali sekian lama barulah mengetahui hal yang sebenar bahawa sahabat saya ini bukanlah baik seperti yang disangka...hakikatnya kita harus sedar semua manusia itu bukan sempurna...kecuali Rasulullulah yang maksum...oleh itu, saya menerima seadanya sahabat ini walaupun banyak benar kekurangan terserlah sedikit demi sedikit antaranya hukum-hukum Allah yang haram telah dihalalkan seperti membuat hukum sendiri...Nauzubillahiminzalik... Inikah ustaz yang di bangga-bangga? Adakah Ilmu yang dipelajari selama hidupnya itu tidak cukup baginya???? Ada pula hutang yang banyak tapi sengaja mengelak daripada membayar... Azab Allah diakhirat tidak takutkah??? Malah mereka yang sering mempelajari hadis, sering mengkaji dan mendalami kisah baginda Rasullullah melalui Al-quran, ditambah pula dengan tafsiran... Adakah ini dinamakan Ilmu yang tidak barakah???? Mempunyai sikap playboy dan sering bertukar-tukar pasangan pula menjadi hobi....Tapi itulah reality manusia pada hari ini....sedangkan di zaman nabi dan rasul dahulu sudah ada umat seperti ini malah lebih hebat dan dahsyat contohnya kaum nabi Lut AS, yang mana Allah telah turunkan balasan dan bala kepada mereka....inikan pula umat akhir zaman, beratus tahun selepas kewafatan Nabi Allah SAW.....Sedangkan, Rasullullah ingat akan umatnya sehingga saat nazak, Rasul masih menyebut “ummati...ummati...ummati”. Tetapi kenapa kita sebagai umatnya melupakan amalan dalam wasiat yang ditinggalkannya iaitu AL-quran dan Hadis??? Itulah manusia...berasal dari perkataan NISIA-iaitu pelupa...manusia itu lupa malah lalai...sehinggalah sampai masa Allah turunkan Azab pada mereka...ketika itu barulah air mata bercucuran memohon ampun kepada Allah...dan diketika itu kita mungkin tidak sempat untuk bertaubat....nauzubillahiminzalik...

Jadi, dari 3 kisah melalui pengalaman saya ini dapatlah disimpulkan bahawa kita jangan lah riak dengan ilmu yang kita perolehi yang tidak seberapa...andai kita punyai peluang sebarkanlah ilmu itu bukan sahaja beroleh pahala yang berlipat ganda bahkan ia dapat bermanfaat kepada orang lain juga. Keduanya, walau siapa pun kita, anak kepada imam, anak kepada ulama, malah anak kepada orang kaya sekalipun, sekiranya kita tidak ada ilmu, kemanapun kita hidup akan terumbang ambing kerana kita perlu sedar kekayaan harta dan ilmu bukan terletak kepada keturunannya. Ketiga, walau setinggi gunung everest sekalipun ilmu yang kita perolehi, ia perlulah seiring dengan amalan agar Allah redha dengan setiap pekerjan kita. Bukan sekadar cakap kosong yang hanya menjadi mainan semata-mata. Ambillah iktibar dan panduan serba sedikit melalui kish ini agar ia dapat membantu menghadapi dunia yang kian mencabar keimanan manusia...

“Ya Allah aku mohon dijauhkan dari sifat yang keji, perkara mungkar dan maksiat. Aku mohon ya Allah...agar Kau jauhkanlah aku dari azab siksaan api nerakamu....”

Selasa, 3 Mei 2011

mengejar masakah???


Adik melihat awan memutih...seperti kapas katanya...lalu dia pun bertanya “Camne nak capai awan tu...tinggi sangat...terlalu tinggi la kak....”
Kakak hanya mampu tersenyum dengan kerenah adiknya lantas menjawab “Boleh la...klu naik kapal terbang....”
Adik masih terus bertanya “Tapi kakak, Camne nak capai langit tu...jauh sangat...terlalu jauh....”
Kakak melihat wajah adiknya...sambil mengusap kepala adiknya dia pun menjawab “Ya...betul...ia tanpa penghujungnya...Allah lebih mengetahui kewujudan alam di luar batasan pengetahuan kita...tapi walau jauh kita masih boleh Nampak langit warna biru tu...”
“Kakak....Camne pulak nak capai masa yang lepas...jauh...jauh tertinggal ke belakang....klu boleh UNDO dalam computer kan best” Adik masih bertanya-tanya seolah menguji akal kakaknya...
“Ya betul...mana boleh...sedangkan masa itu tak boleh diundur walau sesaat pun...sbb itu masa ibarat emas sbb dia sgt berharga dan tak ada nilainya...” ujar kakak lagi.
Andai takdir kita adalah masa...maka redhalah....mungkin kerana Allah yang memberikan masa pada kita untuk kita lebih bersedia....
Andai takdir kita adalah masa...maka berserahlah pada Allah...kerana mungkin Allah mengatur sesuatu buat kita....

Andai Allah uji kita dengan masa...mungkin Allah menguji keimanan dan kesabaran kita...jika tidak makbul doa kita didunia, mungkin syurga yang abadi...
Masa mencemburui kita....usia terus meningkat...tua kian mengejar....masa....andai bukan Allah takdirkan kita pada usia kita... walau sehebat mana kita lari dan terus berlari mengejarnya....mana tangan pun tak mampu menghalang takdirNya....
Kaki ini...kian lemah mengatur...namun, kudrat masih mampu bertahan...sukarnya kurasa...


Kanak-kanak bermain riang ketawa nun di atas bukit...Dari kejauhan, kelihatan mereka melambai memanggil-manggil aku...diri ini hanya mampu mengukir senyuman...teringat akan pepatah...jika diri ingin bahagia...kita perlu bahagiakan orang disekeliling kita.... bukit itu terlalu tinggi untuk ku daki...ku hanya melambai kembali kepada mereka...sekurangnya mereka masih gembira bermain. Ku lihat parut dikaki ini...setelah berhempas pulas menyusuri halangan ia berdarah kembali.... Kenapa mesti ditempat ini juga ia terluka???

Sambung....

Ahad, 1 Mei 2011

April yang sentiasa menyakitkan!

Mengharungi bulan April setiap tahun sungguh menyeksakan... Bukan hanya seksa dari segi emosi malah jiwa dan rohani. Moga Allah permudahkan segala urusan dalam usaha mengharungi kehidupan yang sentiasa diuji...Allahuakbar..

11 April 2011 Isnin
Perbahasan antara sekolah, menjadi guru pengiring bersama rakan setugas Hanim. Harap dapat memberikan semangat kepada pelajar yang bertanding peringkat sekolah “Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen: Laman Sensawng Sosial Menjana Minda Masyarakat”. Walaupun tidak berjaya ke peringkat seterusnya, namun usaha yang singkat itu seolah menyamai usaha mereka yang praktis berminggu-minggu. Kalian lah yang terhebat. Menang kita adalah menang bermaruah...Nextime kita usaha lagi yea!





12 April 2011 Selasa
Meeting antara guru dan polis di IPK – MESYUARAT SAMBUTAN HARI KOR KADET DAN PERKHEMAHAN KADET POLIS PERINGKAT NEGERI 2011. Bertujuan untuk membincangkan Camping Kadet Polis Peringkat Negeri. Beberapa AJK disenaraikan termasuklah nama aku sendiri sebagai AJK JALAN LASAK bersama seorang guru lelaki dan 2 orang wakil Polis...Serender betul bila nama disebut oleh seorang pegawai tertinggi polis. Tak pa...yang penting tugas dilaksanakan dengan seikhlasnya okek!

16 April 2011 Sabtu
Tilawah Al-quran peringkat negeri. Bertungkus lumus menyiapkan tanda arah yang tiada arah...huhu...anyway...berkat pertolongan ana dan cikgu Anuar...siap juga....Berjaya!

17-18 April 2011 Ahad-Isnin- Selasa
Menghadiri Kursus di Safira Country Club. Walau agak relax tapi mata ini tak relax. Terpaksa mengadap computer seharian...Namun, ada jugak la input baru...nampaknya ada cadangan untuk lanjutan kursus...wah! cadangan yang menarik...i follow k!...hehe







22-24 April 2011 Jumaat-Sabtu-Ahad
PERKHEMAHAN KADET POLIS PERINGKAT NEGERI 2011 pun berlangsung selama 3 hari. Tidur di kem bukan satu perkara yang janggal...tapi semenjak menjadi guru ni, rasa dah puas merasa perit di camping. Seb baik guru-guru diberikan dorm yang agak selesa untuk melepaskan penat seharian...cewah...konon la tu...


Jalan Lasak wanita!






25 April 2011 Isnin
Menyiapkan assignment Induksi wat kali terakhir. Dan menghantarnya di Unit Latihan. Siap jumpa Kak Aini dan Kak Mira lagi...waduh kumpulan no 10. Bersama-sama Hanim jugak akhirnya...ade geng! Cantik la tu...

26-28 April 2011
Kursus Induksi SSM di Seaview Hotel Langkawi, Kedah. Parking kereta depan Library sj. Dan kereta itu akan diambil oleh my sister pada petang nanti. Naik Bas bersama-sama Masitah, Kak Aini, Kak Mira dan Kak Nana. Hanim? Dimana kamu....um...its ok hope satgi kita jumpa na....Mas tegur sebab tak tumpang dia dan hubby dia di JKR. Um??? Im just thingking what my mum said...nasihat mama akak akan ingat sampai bila-bila...my answer is “its ok Mas, my sis will take her car after back from school”...






Walaupun penganjur menyediakan Hotel dan Apartment disebaban renovation Hotel, tak semua peserta dpt dok Hotel. So, separate la...neway...buang masa betul nak ke Apartment coz kene naik Bas plak. Nasib bek Kak Aini dan Kak Mira dok Hotel. Dapat la menumpang sekaki di tempat mereka. Kursus yang sungguh memenatkan mental dan fizikal...membaca dan mengingat...alhamdulillah segala berjalan lancar..Disebabkan April yang sungguh Sakit, masa membuat revision sangat singkat...tak tau la...soalan pula ade yang boleh jawab dan ada yang tak boleh jawab. Doa semoga lulus semuanya....Insyallah...