BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Follow me

Isnin, 25 April 2011

OST Dalam Mihrab Cinta



tak pernah terlintas di benakku
saat pertama kita bertemu
sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
harum dan merekah
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
** tulus hatimu buka mataku
tegar jiwamu hapus raguku
membuncah di hati harapan dan suci
menyatukan janji

reff:
bunga-bunga cinta indah bersemi
di antara harap pinta padaNya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
berpadu indah dalam mihrab cinta

repeat **
repeat reff
repeat *

memboncah di hati harapan dan suci
dalam mihrab cinta

Jumaat, 22 April 2011

Imam muda 2011

IM Nazrul Izwan Zolkiflee, 26 thn, Segamat, Johor, merupakan seorang Guru Besar. Selain gemar berkebun, IM Nazrul berbakat menyanyi. Irama Nasyid menjadi pilihan. Mempunyai personaliti bersahaja, menjadikan IM Nazrul mudah bergaul dengan golongan remaja. Baru mendapat cahaya mata kedua bulan lalu.
IM Nadji Wan Mohd Noh, 20 thn, Kajang, Selangor. Anak Kelantan ini, seorang pelajar dan peserta paling muda untuk musim ini. IM Nadji cukup minat dengan sukan bola keranjang dan futsal. Im Nadji juga penyokong kuat kelab bolasepak Chelsea. Dari keluaraga yang kuat ugama ayahnya seoarng guru taranum.
IM Mujahid Suhaimi, 20 thn, Woodlands, Singapura. IM Mujahid anak jati kota metropolitan. Im Mujahid antara peserta termuda pernah beraksi dalam sukan Gimnastik dan masih menuntut.
IM Hassan Adli Yahaya, 26 thn, Air Tawar, Perak. IM Hassan adalah seorang Pensyarah. Di waktu lapang Hassan suka keluar bercuti dan melancong menikmati keindahan alam. IM Hassan seorang yang pemalu tetapi selepas mengenalinya ternyata Hssan seorang yang peramah dan suka berkongsi ilmu
IM Abdul Fatah Riddzwan, 21 thn, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Seorang peramah dan penuh dengan lawak jenakanya. Sentiasa ceria dan ada aje topik dan lawak yang disampaikan bersuaianlah dengan tugasnya sebagai seorang Fasilitator. IM Fatah sentiasa mendengar radio kerana ia adalah sumber informasi buatnya. Tidak pernah tinggal MP3 nya.
IM Fakhrul Hassan, 27 thn, Terengganu. IM Fakhrul adalah seorang Imam di tempatnya. Istimewa tentang IM Fakhrul, beliau boleh bertutur 4 bahasa. Im Fakhrul suka memancing dan menontong filem. IM Fakhrul adalah lulusan dari Universiti Sains dan Teknoloji Yemen
Mohd Azlan Zulkarnain, 25 thn, Kuala Lumpur. birapun masih muda anak jati KL yang juga seorang jurutera disebuah syarikat gergasi petroleum nampak matang. Lihat saja gayanya berbicara, petah dan ada isi. Jadi tidak hairanlah IM Azlan memberitahu bahawa dia gemar menulis blog. Pasti ramai yang ingin membaca coretan IM Azlan.
Pelajar Syariah, KUIN, IM Ammar Wan Harun, 27 thn, Alor Setar, Kedah. Banyak menghabiskan masa bersama rakan di kolej dengan melakukan aktiviti bersukan. Im Ammar suka bermain video. IM Ammar juga mempunyai keunikan mengubat menggunakan pendekatan AURA seseorang. Seorg yang sempoi tapi penuh dengan ilmu agama didada.
IM Ali Khairudin Hj Abdul Marif, 26 thn, Beaufort, Sabah. IM Ali seorang yang peramah dan berjiwa seni. Bergelar seoarng Guru KAFA tidak menghalang minatnya dalam muzik. Suka dengar lagu Rock. IM Ali adalah anak ke13 dari 17 adik beradik satu ibu dan ayah. Ali juga seoarng pelukis kartun dan 'hair stylist' rambut lelaki.
IM Fadli HJ Awang, 24 thn, Brunei Darul Salam. Im Fadli merupakan satu satunya calon dari Brunei. Bertugas sebagai Pegawai Masjid, masa yang ada banyak digunakan untuk menelaah bahan bahan agama dan melayari internet untuk mengetahui perkembangan semasa. Selain itu Im Fadli suka menonton TV.

Sabtu, 16 April 2011

ADAB MENUNTUT ILMU

DENGAN GURUNYA:
• Jangan berjalan di hadapannnya
• Jangan duduk di tempat gurunya
• Ketika berbual, jangan memulai perkataan terlebih dahulu
• Jangan banyak bercakap dan ketawa di hadapannya melainkan dengan izinnya atau redhanya
• Jangan memanggilnya dengan nama
• Jangan meninggikan suara dari gurunya





DENGAN KITAB ATAU BUKU
• Berada dalam keadaan berwuduk ketika merujuk atau bersama dengan kitabnya
• Tidak melunjurkan kaki pada kitab
• Jangan meletakkan sesuatu atas kitab kecuali hajat tertentu seperti mengelak dari tiupan angin.




PUNCA-PUNCA KELUPAAN
• Melakukan maksiat
• Banyak dosa (tidak bertaubat/minta ampun)
• Suka berfikir tentang kehidupan dunia berbanding akhirat
• Selalu bersedih dan kecewa dengan perihal dunia
• Makan sesuatu yang masam
• Menilik atau melihat rebusan
• Membaca tulisan di batu nisan
• Makan makanan yang syubhah (diragui halalnya)
• Makan kepala ikan yang dimasak berkuah
• Tidur dalam keadaan meniarap
• Tidur dalam keadaan berhadas (hendaklah mengambil wuduk sebelum tidur)

Khamis, 14 April 2011

berdoalah selalu...

Sedikit tapi dalam maknanya...

Bila الله Cepat Makbulkan Doamu, Maka الله Menyayangimu,
Bila الله Lambat Makbulkan Doamu, Maka الله Ingin Mengujimu,
Bila الله Tidak Makbulkan Doamu, Maka الله Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh Itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada الله Dalam Apa Jua Keadaan Pun...


Kerana Kasih Sayang الله Itu Mendahului KemurkaanNya.

Sabtu, 9 April 2011

Selamat berjaya dalam exam!

Salam ukhwah fillah...salam 1 malaysia pada rakan-rakan seperjuangan dan adik-adik yang masih menuntut di IPT seluruh Malaysia. Melihat kesibukan rakan-rakan dan adik-adik yang bertungkus-lumus menghadapi peperiksaan ini, hati begitu teruja akan semangat yang di tonjolkan untuk berjaya dalam bidang yang mereka ceburi. Malah sanggup tidak lena tidur menghafal subjek-subjek yang agak tuff agar tidak berlaku "repeat paper" pada semenster hadapan. Ya...belajar bukanlah senang dan untuk menjadi senang juga bukan lah mudah...Andai ada yang menipu ketika peperiksaan, maka dia menipu untuk berjaya...tiada keikhlasan dan kejayaannya hanyalah sia-sia...diakhirat nanti jawablah dengan Rabb yang bertanya....Moga kita tidak tergolong dalam golongan orang2 yang menipu ini. Baiklah, dikesempatan yang ada ini, saya ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan, ada yang akan berlangsung tdak lama lagi dan ada juga yang sedang menghadapi peperiksaan ketika ini. Semoga kalian berjaya menghadapinya... dan... Semoga kejayaan milik kita bersama... Buat yang terbaik... Insya'Allah..


Sedikit tips untuk kita guna pakai di musim peperiksaan ini:


* Jangan berada dalam tekanan. Study apa yang sekadar kita mampu.
* Niat study krn Allah, niat exam krn Allah.
* Minta maaf dgn ibu bapa, rakan2, dan semua orang.Maafkan semua orang.
* Jauhi maksiat2 yg merosakkan hati (cth: elak SMS bukan mahram tanpa sebab) (ni kasi bold sket..kasi nampak bg mereka yg dok ralik (asyik) dgn couple masing2)
* Anggap study itu sesuatu yg sangat menyeronokkan. Fokus ketika study.
* Carilah ketenangan ketika study. Baca doa dan baca quran sebelum study.
* Tingkatkan kebergantungan kita pada Allah. Solat qiamulail.

Ma'an Najah Fil Imtihan.... :)

"Jangan direnung betapa letihnya usaha, tetapi merenung betapa manisnya sebuah kejayaan"