BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Follow me

Selasa, 29 Mac 2011

Ditolak cinta lelaki...

Sekian lama, aku tidak menulis artikel berbentuk penghayatan jiwa. Kadang-kadang kekalutan dengan kerja seharian di sekolah, malah keasyikan melayan nikmat dunia yang melalaikan...kita terlupa sejenak untuk tawaduk dan bersyukur atas nikmat yang Allah berikan kepada kita selama ini. Kita lupa sejenak kepayahan yang pernah kita tempuhi untuk mencapai kedudukan hari ini...kita lupa kepada siapa kita meminta dan memohon sebelum kecapi apa yang kita perolehi ketika ini. Namun, ketika Allah memakbulkan doa dan hajat itu, kita pula makin jauh dari-Nya. Istighfarlah saudara....istighfarlah... Apa yang kita perolehi pada hari ini adalah melebihi apa yang kita harapkan sebenarnya. Allah SWT amat menyayangi hamba2nya yang sentiasa mengingatinya. Namun begitu, kepada yang lalai, leka, asyik dan alpa juga tidak terkecuali mendapat kenikmatan dunia itu. Supaya kita yang lalai ini sedar, bersyukur dan beringat akan kesenangan kita, namun???? Lantaran yang kita kecapi ini...adakah kita tersedar????

Saudara-saudari, mungkin hari ini kita bertemu dengan orang yang kita cintai dan kita sayangi sepenuh hati. Kasih sayang yang terjalin membuktikan kesungguhan untuk memiliki sang empunya diri. Kadang-kadang hati berbicara: Bukankah dia tidak tahu, aku juga mencintainya sepenuh hati? Mengapa dia tidak mengendahkan diriku yang sentiasa mengingatinya walau dalam tidur, ketika makan, ketika mandi malah seharian setiap minit dan saat? Apakah yang selama ini dia berikan untukku bukan sebentuk kasih sayang? Sungguh aku masih berharap dia memberikan cintanya padaku, bukan pada yang lain. Tak ada yang lain yang mampu mengisi hidupku melainkan si dia...
***
Kebutaanmu terhadap pemberian sang kekasih seolah-olah lupa bahwa Allah lah yang memberikan perasaan kasih sayang yang terjalin antara kamu. Allah yang menganugerahkan perasaan cinta yang kamu miliki hari ini. Allah jugalah memberikah kesedihan dan juga keceriaan itu, Namun, adakah kita menggunakan anugerah Allah itu kejalan yang betul dan benar??? Kamu sering kali berharap-harap pada kekasih hati dan terlupa bahawa ada yang lebih pantas untuk diharapkan.
Sifat meminta-minta yang ada dalam diri kamu itu kadang kala membuat hati kecil kamu marah, terluka, sedih namun kamu tak peduli kerana kamu merasa bahawa pakwe/makwe kamu itu lebih mampu memberi kesempurnaan. Itukah diri kamu?


Ada seseorang wanita memberitahu bahawa dia telah berkali-kali untuk dipertemukan jodoh...bermulalah story dari berkenalan dgn seseorang di alam maya, namun berakhir. Hampir bercinta dengan rakan lama namun si gadis ini pula tidak berkenan. Berusaha untuk mendapat kembali peluang kedua dari "teman tapi mesra" juga berakhir dengan bertepuk sebelah tangan. Kemudian ibu saudara kenalkan pula dengan seorang guru...si guru pula tidak berkenan (memilih rupa paras). Berkenalan pula dengan sepupu rakan baik, walau si ibu berkenan, si lelaki pula tidak berkenan (juga memilih paras rupa)...kemudian hampir-hampir berkenalan dengan anak rakan parents. Namun, si lelaki pula memberi alasan tidak bersedia dengan hubungan. Kisah ini belum berakhir...si gadis hampir pasrah termasuklah yang berhubungan sekarang... itu kisah seorang wanita. Aku teringat kisah ABDULLAH KHAIRUL AZZAM dalam filem Ketika Cinta Bertasbih. Dalam usaha mencari jodoh yang sentiasa mempunyai halangan dan rintangan. Walau usaha sekeras manapun kita untuk mendapat cinta seseorang, jika bukan kerana keizinan Allah SWT, maka, segalanya tidak mungkin berlaku. Namun, akhirnya, jodoh Abdullah Khairul Azzam adalah dengan wanita yang disukainya malah dipendam perasaanya selama ini yang juga gadis yang solehah yang diimpikanya. Oleh itu, kepada wanita yang berkenaan, jangan lah mudah putus asa. Walaupun saya juga belum berkahwin namun insyallah dalam usaha kearah itu. Mungkin jodoh kita bukan sekarang...Allah lebih tahu masa yang paling sesuai untuk kita. Jangan bersedih hati dan meratapi nasib apabila DIREJECT CINTA oleh lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali ini. Kerana, kita perlu sedar hakikat sebenar ALLAH TIDAK PERNAH MEREJECT CINTA KITA walau bagaimana buruk dan miskin pun keadaan kita waktu ini...Ingat, selangkah kita mendekat pada Allah, maka Allah akan mendekati kita sepuluh langkah bahkan lebih dari itu. Sepuluh langkah kita mendekati Allah, maka Allah akan mendekati kita seratus langkah bahkan lebih dari itu. Allah swt, akan berlari mendekati kita, jika mendekati-Nya dengan berjalan. Renungkan dan resapilah kandungan kasih sayang Allah swt yang pernah diungkapkan Rasulullah dalam haditsnya itu. Mari lebih mendekatkan lagi tawaduk dan kecintaan kita kepada Allah SWT...insyaAllah...

"Barang siapa yang memuliakan Allah, maka Allah akan memuliakannya. Barangsiapa yang menghinakan Allah maka Allah akan menghinakannya. (Hasan Al Bashri).

wallahua’lam.

Sabtu, 26 Mac 2011

3 Alif dan 2 Ain

"Siapakah yang tak dpt cium bau syurga?"

"Orang yg tak dapat cium bau syurga adalah orang yang tiada 3 alif dan 2 ain"

Alif yang pertama bermaksud ISLAM. Ertinya orang yang bukan Islam tentunya tidak akan dapat cium bau syurga.

Alif kedua bermaksud IMAN. Kalau Islam saja tetapi tidak beriman, menjadikan hidup kita sia-sia sahaja. Terkini ramai terdapat orang yang tergolong dalam kumpulan ini. Lahiriahnya menganut Islam tetapi tidak mengamalkan apa yang disuruh oleh Islam.

Alif ketiga ialah IKHLAS. Setiap yang kita lakukan hendaklah secara ikhlas. Selalu kita lihat, kadang-kadang terdapat orang kita yang membuat kerja secara tidak ikhlas. Hendak menyampai derma pun terpaksa buat "dummy check" dan panggil pemberita. Sedangkan jika tangan kanan memberi, tangan kiri sepatutnya tidak tahu.

Ain pertama. ILMU. Apa saja yang kita lakukan mestilah berilmu, untuk mempastikan ianya berjaya. Tidak semestinya dalam bidang agama saja, malah dalam apa bidang sekalipun. Amalan yang kita lakukan jika tidak disertakan dengan ilmu yang khusus, pastinya kita tidak akan berjaya sepenuhnya. Segala usaha menjadi sia-sia.

Ain kedua. AMAL. Ilmu yang kita miliki haruslah diamalkan. Barulah ianya sempurna. Ilmu yang ada tetapi tidak diamalkan ibarat menanam pokok tetapi tidak dibaja dan dibelai.

Sama-samalah kita renungkan dan jika sesuai jadikan panduan dan teladan untuk memimpin kita ke jalan yang diredhai Allah swt.

Wallahuaalam.

Jumaat, 18 Mac 2011

Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!

LA TAHZAN, INNALLAHA MA'A NA...
Apabila kita asyik duduk termenung memikirkan nasib diri di sini, merenung jauh mereka di sana hidup penuh keseronokan dan kegembiraan, namun masih tak sedarkah kita tentang hakikat erti kebahagiaan yang sebenar? Ceramah daripada Dr. MAZA


Ya Allah...sesungguhnya aku tidak termampu untuk menghitung nikmat yang telah Kau beri padaku ya Allah...

Ahad, 13 Mac 2011

my 3rd cozin engagement!