BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Follow me

Isnin, 28 Februari 2011

mengapa aku masih solo??

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Teringat saya pada salah satu pembacaan dalam sebuah laman blog seorang penulis perempuan yang penah mengalami nasib lambat jodoh.
Jiran, saudara-mara, rakan taulannya selalu dok tanya "anak dara ni, bila nak kawin?...jwpn yg lebih daring pernah dijawab begini, "Apasal tak tanya bila aku nak mati?" Betul jugakkan...hahaha...

Jodoh, ajal maut kita ni semuanya Allah yang tentukan. Manalah kita tau bila kita nak kahwin. Lainlah kalau ditanya pada orang yang sedang berkasih-kasihan, tentunya diaorang sekurang-kurangnya ada perancangan. Kalau ditanya pada orang yang single ni, eeiii.. memang nak cari nahas betul namanya tu. Kalau mood baik tu jawablah jugak, "Lepas raya." Tapi lepas raya tahun bila ntah le...

Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.

Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. The right person will come at the right time
...kan... Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini....dan itu.

Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.

Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.

Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.

Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.

Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.
Demikian juga perkahwinan.

Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki ke alam berumahtangga.

Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah???

Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi
nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.

Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.

Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.

Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.

Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.

Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.

Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.

Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.

Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

Tips 1: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.
Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.

Tips 2: Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
Mudah-mudahan...perkongsian ini dapat menenangkan hati yang gusar mengenai jodoh...moga juga mengetuk hati agar lebih tabah dalam mengharungi kehidupan "kenapa aku masih solo"... saya mendoakan semoga anda dikurniakan jodoh yang diimpikan... anda juga jgn la lupa utk mendoakan saya juga...InsyaAllah. ..amin

Khamis, 10 Februari 2011

Makan perlu beringat!





Aduhai la gigi...


Seperti yang semua orang tahu gigi adalah asset penting dalam penampilan diri seseorang. Gigi bukan sahaja sekadar penyeri muka malah gigi merupakan peranan utama penentuan raut wajah seseorang samada bentuk muka bujur sireh, bulat, berpetak dan sebagainya. Aduhai.... bila terkenangkan gigi aku ini, kecewa pulak rasa. Dah lama benar memasang hasrat untuk memakai braces. Oleh itu, terdapat sepotong hadis yang berbunyi:

لَعَنَ اللهُ الْوَاشِمَاتِ، وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ، وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ، وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ، الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللهِ

“Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya, perempuan-perempuan yang minta dicukur alis (bulu keningnya) dan perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan-perempuan yang merubah ciptaan Allah”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Mas’ud r.a.)

Imam Nawawi semasa mensyarahkan hadis di atas, beliau menegaskan; sabda Nabi s.a.w. “perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik” menunjukkan bahawa yang diharamkan ialah bagi orang-orang yang melakukan perkara tersebut (yakni mengubah gigi) untuk tujuan kecantikan semata-mata. Adapun kerana keperluan iaitu untuk mengubati atau untuk membaiki kecacatan pada gigi dan seumpamanya, maka diharuskan”. (Syarah Soheh Muslim, juz. 14, Kitab al-Libas Wa az-Zinah). Jelaslah bahawa memakai braces (pendakap gigi) tidak termasuk di dalam perbuatan mengubah gigi yang dilaknat Allah dan RasulNya di dalam hadis di atas kerana tujuannya bukan untuk mengubah ciptaan Allah dengan sengaja tetapi untuk membaiki kecacatan pada gigi. Gigi yang jongang sekalipun tidak mendatang kesakitan pada fizikal, tetapi mendatangkan kesakitan pada mental kerana dipandang hodoh oleh orang lain, menyebabkan kita tidak selesa apabila berhadapan dengan orang lain. Tambahan pula, bekerja dengan komuniti dan masyarakat seperti cikgu...erm???

Sejak dari bangku sekolah lagi rakan-rakan senasib pernah mengajak untuk membuat braces, tapi siapa la aku jika hendak dibandingkan dengan keluarga kaya seperti mereka. Harga rawatan keseluruhan RM3000 disebut seperti 30 ringgit je...waduh...tertangguh dahulu hasrat itu. Kemudian ketika sambung belajar, pernah juga memasang impian untuk menyimpan duit...tinggal mimpi je la...dan akhirnya sekarang setelah mempunyai pekerjaan impian lama harus la kene tunaikan jugak...tapi macam ade tak kene pulak rasanya...tak pe la..apa pun khidmat nasihat pakar orthodontic tu la yang paling penting. Jadi masa yang terluang digunakan untuk membuat sedikit research mengenai gigi sendiri dan mencari tempat rawatan yang sesuai dan dekat dengan tempat tinggal. Aku membuat appointment dengan Dr pakar pada 15 Januari 2011 hari sabtu bulan lepas. Beberapa ukuran dibuat dibahagian rahang atas dan rahang bawah. Akhirnya aku diberitahu bahawa masalah gigi aku ini adalah kategori jongang...iaitu jongang bawah...yeah! semestinya...itu aku sudah tahu...untuk pengetahuan pembaca budiman sekalian, Masalah gigi saya ini adalah masalah gigi KELAS III ATAU PROGNATHISM. Ia berlaku apabila gigi bawah lebih menonjol daripada gigi atas. Dalam kes seperti ini, pesakit selalunya mempunyai tulang rahang bawah yang besar atau tulang rahang atas yang pendek





Jadi dipendekkan cerita Dr. Gigi telah membuat analisa bahawa aku bukanlah seperti kebanyakan pesakit gigi diluar sana yang hanya memakai braces untuk membetulkan kedudukan gigi, malah aku memerlukan langkah rawatan seperti berikut iaitu:
1. Pemakaian Braces
2. Pembedahan rahang bawah dan disebabkan oleh masalah open bite aku memerlukan...
3. Pembedahan rahang atas

Oleh itu, pembedahan pergigian ini dikenali sebagai pembedahan ORTHOGNATHIC iaitu pilihan untuk pesakit yang mengalami jongang yang teruk. Pembedahan bukan saja membantu penampilan seseorang malah pertuturan juga turut tidak terganggu. Objektif pembedahan ini adalah untuk membetulkan masalah rahang yang membantu pesakit mengunyah, bercakap dan bernafas dengan lebih baik. Malah, penampilan juga lebih menarik dan cantik, lihat perubahan rahang dan gigi seperti dibawah...



Jika perubatan swasta mungkin dalam 20 ribu. Dr. tersebut menyarankan agar aku membuat rawatan di hospital kerajaan. Dia menyediakan surat khas yang ditujukan kepada Dr di hospital kerajaan berkenaan untuk aku melalui proses rawatan selanjutnya. Menarik juga...hati dah mula berbunga-bunga nih...hehe...
Tetapi setelah berbincang dengan family, nampaknya tiada persetujuan dan tiada keizinan. Pasrah tetap pasrah. Biarlah keadaan terus begini sehingga ke akhir hayat. Namun, ada benarnya pendapat yang diberikan oleh mereka yang sentiasa menyokong itu. Apa pun yang berlaku perlulah redha. Semua ini juga mungkin ada hikmah disebaliknya.

Isnin, 7 Februari 2011

Si berusia dengan yang muda!

Salam 1 malaysia, hari isnin ni layan la kejap astro ria Awan Dania 3 malam2 camni. Dalam cerita kali ni macam nak highlight sket kisah percintaan si jejaka muda dengan si wanita berusia...um...menarik jgk kisah tu walaupun hanya sekadar beberapa babak sahaja. Bukan apa, teringat plak, lately banyak kedengaran si jejaka2 muda diluar sana memilih pasangan hidup yang lebih matang dari usia mereka. Lihatlah beberapa artis-artis malaysia yang tgh hangat bercinta seperti shah jazle dengan maria farida, kamal adli dengan intan ladyana dan beberapa lagi. Dan ada dikalangan artis-artis yang telah pun berkahwin seperti Rita Rudaini, 35 dgn aidil, 24, Zakuan Adha, 24 dengan Ayu Raudhah,27, Maizawati Zainal (bekas isteri Ustaz Akhil Hayy), 36 dengan suaminya Yassin Ben @ Abd. Rahim,23 dan beberapa
lagi yang tak tersebut.






Teringat pula seketika pada satu perbualan dalam laman chitchat, perkenalan dengan seorang lelaki yang berumur 2 tahun lebih muda dari saya, menyatakan sebagai lelaki dia ada hak untuk memilih siapa teman hidupnya tak kiralah, tua ataupun muda. Tetapi dia lebih prefer yang lebih berumur. Antara perbualan singkat yang hanya sekadar untuk mencari maklumat mengenai isu yang diperkatakan ini,saya copykan sedikit untuk tatapan.I thought this guy hanya nak pasang spare tyre atau mungkin ade
niat nak kikis harta perempuan pilihannya itu. Antara beberapa intipati perbualan adalah seperti di bawah:

gurl: ok...sy nak tny...knp suka yg tua??
boy: xtau,,,bdak2 ayat susah nak dapat
gurl: ish..takde laaa...abes...klu ayat org tua sng dpt laa...haha
boy: depa xeksen mcm org muda..
gurl: matured la erk
boy: ha,,,

Jika dilihat dari segi latar belakang, status, mahupun paras rupa dan beberapa faktor lain pendapatnya boleh diterima pakai. Itu hanya pendapat melalui laman sembang sahaja yang mungkin belum boleh terima kesahihannya. Saya ada juga dapat info daripada perbualan secara tidak langsung daripada pendapat lain menyatakan bahawa perempuan muda ni banyak yang jual mahal (um, bab ni tak sure la plak sebab ape). Apepun umur bukanlah menjadi ukuran, tak kiralah lelaki yang berusia atau perempuan yang lebih usia ...sesiapapun berhak memilih...yang penting kebahagiaan yang abadi hingga akhirat kelak itu yang diutamakan. Yer la, bila dah sama-sama ke syurga Allah, masing-masing berusia muda 18 tahun...em...bayangkanlah...Namun, ape pun, jodoh semua adalah urusan Allah.
Baik mahupun buruk haruslah kita menerima seadanya.
Sedangkan Rasulullullah SAW berkahwin dengan Siti Khadijah RA pun mempunyai beza dan jarak umur juga. Malah isterinya Siti Khadijah RA itu lah yang paling Beliau ingat dan rindu hingga ke akhir hayat. Ingatlah, semua ini adalah aturan Allah. Wallahu'alam...