BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Follow me

Isnin, 31 Januari 2011

Isnin di sekolah...

Hari isnin pagi ini di sekolah rasa agak serabut sedikit. Memandangkan hari ini cuti persekolahan maka, panitia BM sebulat suara mengadakan bengkel ICT untuk subjek BM bertempat di bilik Muzik (Makmal Bahasa) pada jam 9 pagi hingga 12 tengahari. Dikesempatan itu jugalah, aku memanggil pelajar datang membantu serba sedikit untuk keceriaan kelas pada pukul 12 tgh selepas tamat bengkel ICT nanti. Mesej punya mesej...plan punya plan...alih-alih hanya 4 orang sahaja pelajar yang boleh datang membantu. Apa-apa aje la anak-anakku, janji ada yang datang...kelas korang jugak... Walaubagaimanapun terima kasih kepada Shahrul Fitri dan Rohaida yang datang bersama rakan-rakan mereka dari kelas 2Cemerlang (budak kelas lain pulak membantu...ish...ish...ish)

Bengkel ICT ini adalah untuk setiap guru memiliki bahan ICT untuk P&P bagi subjek BM. Beberapa guru senior (veteran) kelihatan buntu menghasilkan bahan mereka. Nama pun bengkel, oleh itu beberapa bantuan, tip dan panduan diberi untuk meningkatkan kefahaman setiap guru...Pembelajaran ketika di UPSI tidak akan kami sia-siakan. Aku dan rakan seangkatan posting iaitu Hanim hanya tinggal 80% sahaja lagi. Cuma perlu harmonikan utk touch up akhir. Alhamdulillah.

Masa yang terakhir, kami bersembang-sembang berkaitan hal-hal peribadi, perancangan dan masa depan...aduh isu kawin lagi (tapi tak pe, sesuai dengan peringkat umur seperti aku...haha). Mengikut perancangan, Hanim akan bertunang pada Mei/Jun ini dan melangsungkan perkahwinan pada Ogos ini. Akhirnya aku bertanyakan Hanim, apakah perancangan korang berdua pada masa depan (dari segi asset terutamanya) dan aku betul2 teruja dengan jawapan Hanim bahawa bakal tunangnya telah memiliki sebuah rumah berharga RM200 ribu pada umur 25 tahun pada Disember 2010 tahun lepas. WOW! Menarik! Gambar yang ditunjukkan ketika itu adalah sebuah rumah teres 2 Tingkat yang cantik area Semenyih...eksklusive... kawasan bandar dan berdekatan dengan shopping komplex...viewside taman permainan kanak-kanak yang luas dan menghijau. Yang penting siap decorate halaman rumah sekali. Sweet sangat taman tu walau tanah tak besar mana.
Namun apa yang dilihat kesungguhan dan keyakinan, bakal tunang Hanim ni adalah lelaki yang bijak dan sanggup mempertaruhkan separuh gaji bertaraf ijazahnya untuk memiliki sebuah rumah hak milik sendiri. Ini merupakan agenda perancangan masa hadapannya. Bagus!!!

Membuat keputusan bukanlah satu perkara yang mudah dan ia amat rumit. Tambahan pula cos ini melibatkan ratusan ribu ringgit. Yer la hal ini perlu la diambil kira tanggungan pendapatan bulanannya...yang pasti mereka berdua MAMPU...Dimana ada kemahuan disitu ada jalan dan kalau hendak seribu daya...tak nak seribulah dalihnya. Aku salute sama bakal tunang kau Hanim. Semoga kamu berdua bahagia mengemudi bahtera yang bakal kamu berdua bina. Insyallah...

Memiliki rumah???? Em...agaknya bila plak giliran aku....

Sabtu, 29 Januari 2011

Ilmu itu...



Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir.

dan...

Seorang guru yang jujur harus berniat agar muridnya lebih pintar daripadanya, manakala seorang murid yang jujur harus pula mengakui kepintaran gurunya.

Lihat...


Jangan lihat apa yang telah dilakukan...tapi lihatlah pada pengakhirannya... rennung-renungkan

Lihatlah apa yang dikatakan jangan lihat siapa yang mengatakan

Sabtu, 15 Januari 2011

Peliharalah hati kami Ya Allah...

Rasulullah S.A.W bersabda:

“ Islam telah bermula dengan dagang dan ia akan kembali dagang, maka berbahagialah mereka bersama Islam pada waktu dagang.” –Hadith Riwayat Muslim-

Ya Allah lindungilah hati-hati kami dari menjauhi-Mu...
Ya Allah peliharalah dan tetapkanlah iman kami dari melupakan-Mu...
Ya Allah jangan Kau lalaikan kami dengan kebahagiaan dunia yang seketika...

Ya Allah, jangan Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia) - Ali Imran 3:8

Mari kita lihat apakah antara penyakit hati yang jika dibiarkan lama tidak diubati, nanti ia akan mula membengkak. Untuk mengubatinya ketika itu, memang susah. Jadi mari kita sama-sama buat perubahan awal dalam diri kita dan dengan kekuatan dari Allah sampaikan kepada rakan-rakan lain….insyaAllah kita sama-sama beroleh manfaat.

-TANDA-TANDA PENYAKIT HATI-

1 )Mensyirikkan Allah

2 )Melakukan perkara yang berdosa kepada Allah

3 )Lalai dalam tugas yang dipertanggungjawabkan

4 )Menghina dan memandang kecil orang yang dikasihi Allah

5 )Meninggalkan keputusan Allah, mengambil keputusan daripada selainNya

6 )Tidak merujuk kepada Allah dalam permasalahan hidup

7 )Tidak bergantung harap kepada Allah

8 )Mencurigai dan sangsi dengan peringatan Allah


10 tanda hati mati iaitu:
•Mengaku kenal Allah,tetapi tidak menunaikan hakNya
•Mengaku cinta kepada Rasulullah,tetapi mengabaikan sunnah baginda
•Membaca Al Quran tetapi tidak beramal dengan hukumnya
•Memakan nikmat Allah,tetapi tidak mensyukuri pemberianNya
•Mengaku syaitan itu musuh,tetapi tidak berjuang menentangnya
•Mengaku adanya nikmat syurga,tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya
•Mengaku adanya seksa neraka,tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya
•Mnegaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa tetapi masih tidak bersedia untuknya
•Menyibukkan diri membuka aib orang lain,tetapi lupa pada aib diri sendiri
•Menghantar dan menguburkan jenazah saudara tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya


3perkara apabila ditinggalkan akan menyebabkan hati mati
•Meninggalkan solat
•Meninggalkan sedekah
•Tidak mengingati Allah

Ingatlah…


Allah itu Maha Melihat setiap apa yang kita lakukan, dan akan dipertanggungjawabkan setiap perlakuan kita di akhirat kelak

Pahala untuk setiap amal kebaikan, dosa untuk amal keburukan yang kita lakukan
Syurga untuk mereka yang melaksanakan segala suruhaNya, neraka untuk mereka yang lalai dan melanggar perintahNya
Malaikat sentiasa mencatat amal baik dan buruk kita, sebesar zarrah sekalipun akan dikira


Oleh itu…


Ayuh, berubah!! Selamatkan dunia dan umat Islam….

Isnin, 10 Januari 2011

Khas buat kekasih saya!

Indahnya begitu.....(",)

Cinta bisa seperti yang terurai dalam sebait sajak dari film laris indonesia, Ketika Cinta Bertasbih:

Cinta adalah kekuatan yg mampu
mengubah duri jadi mawar
mengubah cuka jadi anggur
mengubah sedih jadi riang
mengubah amarah jadi ramah
mengubah musibah jadi muhibah.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat. (Hamka)

Tanda cinta kepada Allah adalah banyak mengingat (menyebut) Nya, kerana tidaklah engkau menyukai sesuatu kecuali engkau akan banyak mengingatnya.
Ar Rabi’ bin Anas (Jami’ al ulum wal Hikam, Ibnu Rajab)