BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Follow me

Isnin, 27 Disember 2010

What i got????

Aku realize, tahun depan 2011 dah genap umur 26 tahun...OMG. Cepatnya masa itu berlalu. Adakah masa yang lalu itu mendapat berkat Allah SWT. Aku seperti tidak jelas apa yang aku buat sepanjang 25 tahun ni. Apa yang aku ada kalau nak dibanding dengan orang lain yang sebaya dengan aku. Apa yang kau ada nurel ainy???
kereta pun pinjam mak ayah...

tanah apatah lagi kalau setakat buat tanam kacang bendi boleh la...

Rumah tak payah cakap la kalau setakat rumah dalam Game Saidina....huhuhu

Yang pasti!!!! Kau masih tak ada harta sebenarnya, apa lagi benda lain yang boleh dibanggakan nurel ainy. Apa nak jadi ni? Beberapa hari je lagi dah masuk umur 26 !! sedarlah!!! sedarlah!!! Terus lah berusaha lagi!!!

Namun begitu, dalam kekusutan memikirkan perkara ini, aku harus lebih matang membuat keputusan. Aku perlu bijak mengatur kehidupan...Selagi kita berusaha dan Tawakkal InsyaAllah, Allah sentiasa bersama kita...Alhamdulillah, Aku bersyukur tak terhingga ke hadrat Ilahi memudahkan dan menyenangkan segala urusan-urusanku itu. Sesuatu dalam perancangan....InsyaAllah...

Semoga apa yang dirancang berjalan dengan lancar. Semoga tahun 2011 memberi sinar kebahagiaan dan kecemerlangan untuk hidup aku. AMIN....

"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".

Isnin, 13 Disember 2010

tahun 2010 yg mendidik jiwa nurani...

AKU WARGA PENDIDIK


AKU KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN
Aku masih bisa berlari...aku masih bisa mendaki pelangi...walau tanpa engkau disisi..
akan aku teruskan hidup ini...usahlah engkau gundah tentang perasaanku... setelah engkau kurela pergi...pedih ini akan sembuh apabila saja terbit mentari...

MENTARI KIAN BERSINAR


MENJALA BAHAGIA
Cinta datang kepada orang yang mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya walaupun diri telah dikhianati. Kepada diri yang masih ingin dicintai, walaupun mereka pernah disakiti. Kepada diri yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

berterima kasih atas kurniaan itu.

Khamis, 2 Disember 2010

You Should Be Here With Me


Everything becoz of Allah

Isnin, 29 November 2010

Menarik Anis Edisi Disember...Adab Mengorat, Terpikat & Memikat


Lama betul rasanya tidak berbicara mengenai hati, cinta, perasaan, sayang dan kasih, mahupun soal jodoh. Namun, siapalah kita untuk memilih siapa bakal jodoh kita, sedangkan Allah telah menentukan segala-galanya di Loh Mahfuz lagi...iaitu tempat tertulisnya segala isi cerita mengenai diri kita termasuklah MATI...

Tertarik benar saya pada Majalah Anis Bilangan 160 edisi Disember 2010 itu. Kadang-kadang kita memilih-milih untuk membaca majalah, sudah pasti keluaran majalah hiburanlah menjadi pilihan utama kita. Apalah salahnya, berubahlah angin memilih majalah yang ilmiyah sedikit dan mempunyai unsur-unsur keagamaan untuk makanan hati kita ini. Umm...Namun begitu ia adalah pilihan sendiri,tepuklah dada sendiri dan tanyalah iman.

Fokus pertama yang saya ingin kongsikan disini adalah pikat-memikat era IT. umm...adakah pikat memikat ini hanya untuk lelaki sahaja, semestinya lah tidak kerana wanita adalah agen utama dalam bab memikat ini. Biasanya si wanita yang ingin memikat lelaki, mereka suka mempamerkan gambar yang tidak menutup aurat sepenuhnya. Seolah-olah nak bagitau bahawa mereka ini sempurna fizikalnya. Manakala si lelaki tersenyum sahaja malah memuji memuja supaya si wanita terus upload gambar-gambar yang lebih daring lagi. Kadang-kadang si lelaki ini hanya mahu menduga kerana tidak ada keyakinan kepada wanita seperti itu. Hanya sekadar suka-suka dan kesannya terjebak dalam dosa.

Kepada setiap lelaki yang ingin memikat wanita menjadi isteri siapkan 3 KUNCI:
1. Kunci rumah- Persiapan untuk tempat berlindung
2. Kunci kenderaan- Ikhtiar memudahkan pergerakan
3. Kunci laci- Iaitu memiliki pekerjaan sebagai sumber mencari nafkah yang halal dan berkat.

Berbicara mengenai "tertarik & terpikat" yang sampaikan oleh Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmood dalam segmen InterviuFokus pula menyatakan:

SEORANG LELAKI YANG MAHU BERKAHWIN PERLU MELIHAT PERJALANAN HIDUPNYA DI AKHIRAT, kerana lelaki adalah pemimpin dan mereka akan dipertanggungjawbkan keatas apa yang mereka pimpin.
Si gadis pula jangan terlalu berani meninggi suara, bertempik, mahupun menajamkan pandangan mata bila bercakap dengan lelaki, kerana ia melambangkan keangkuhan, tegas dan tegap tu biarlah bertempat.

Oleh itu, si jejaka perlulah bertitik tolak memilih gadis berdasarkan daripada hadis Rasulullah SAW:
"Seorang wanita dinikahi kerana 4 sebab: kerana hartanya, kerana keturunannya,kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah engkau merebut yang empunya agama, itulah yang terbaik" (Riwayat Bukhari & Muslim)

Maka, jalan yang terbaik mengungkai hati yang sudah terpikat dan mengharap terus diikat oleh jejaka pilihan adalah dengan perkemaskan munajat dengan Allah SWT...Insyallah (",)

Seterusnya berbicara mengenai "27 tip & Seni Mengorat" yang sampaikan oleh Ustaz Rusli Md. Zain Al-Farqawi, Mudir Darulquran, Klang, Selangor ini membicarakan keutamaan citarasa lelaki dalam memilih bakal isteri:

Agama merupakan acuan tepat. Jika seorang lelaki memilih wanita berdasarkan agama, ia adalah acuan betul dan perkahwinan mungkin akan kekal abadi.
Sekiranya berdasarkan harta benda, kekayaan tidak akan bertambah, malah akan jadi miskin (papa) kerana Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah mengingatkan "Mereka yang mengahwini wanita kerana harta, tak akan bertambah hartanya, malah akan menjadi papa."
Manakala jika berkahwin berdasarkan kecantikan pula, mungkin boleh membawa kepada fitnah.
Dan kalau memilih berdasarkan keturunan, Allah tidak akn menmbah kemuliaan tetapi akan menggantikannya dengan kehinaan. Namun begitu, pilihlah yang sekufu supaya rumah tangga mudah diuruskan.

Sedikit saya coretkan mengenai seni-seni memikat dan mengurat yang dibenarkan Islam
1. Penghayatan/pandangan
Pandangan yg tidak menyalahi syarak iaitu hanya muka dan tapak tangan
2. Senyum
Senyum untuk menambat hati wanita pilihan
3. Bercakap
Samada melalui call/sms/laman sosial, biar ada had batasanya.
4. Janji temu
Selepas sudah berani bercakap, janji temu dibuat untuk berjumpa.
5. Dating
Berjumpa. Ini merupakan ujian hawa nafsu. Syaitan benci manusia membina masjid. Proses ini boleh dielak/ dikawal jika ada orang tgh yg membantu perhubungan ke arah kebaikan.

Terdapat banyak tip-tip berguna yang boleh dibaca sambungannya dalam keluaran ANIS edisi DISEMBER (yang ada gambar Wardina & anaknya lelakinya)

Jumaat, 26 November 2010

Ladang Anggur Tasik Beris

Here...my holiday trip with my bestfriends Ayu n Siti...Beris Lake Vineyard, Sik, Kedah, Malaysia and this place also near with Pedu Lake Resort...it is around 45km from Gurun tol Plus-Highway. The day is my very-very-very meaningful day to me...






Selasa, 16 November 2010

Salam Aidil adha dan Inspira...si

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan Salam Aidil Adha kepada semua rakan-rakan dan yang paling utama kepada pembaca setia blog saya ini yang beragama Islam. Hari raya yang sungguh bermakna terutama sekali memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t...Semoga pengorbanan yang kita lakukan sebelum ini, ketika ini mahupun selepas ini mendapat redha dan keberkatan dari Allah SWT. Amin...amin ya rabbal alamin...

Pagi ni agak sibuk sket berbanding hari-hari persekolahan biasa sebelum ini. Mana tidaknya...dengan rasa bangganya, setiba di sekolah, aku telah dipertanggungjawabkan jika dibandingkan dengan rakan seangkatan posting ku untuk menggantikan guru PSV yang pergi mengerjakan haji dan yang paling terharu guru yang memegang kelas. Learning process to stanby for next year responsible...anyway...tq to PK-PK bahasa, kemanusiaan dan lain-lain yang mempercayai diri ini...

Best betul stress harini, seperti men"delete" unnecessary file dalam trash computer. Macamtu rupenye...patut la mereka di dalam industri di luar sana beriya benar nak jadi cekgu. klu dlu stress keje sebab nak ikut due date or date line, lepas habis je due date memang dah setle kerja tu...so relax kejap...tapi ade lagi beberapa date line di belakang sedang menanti...penah-penah, memang penah rasa...kekadang sampai tak tido...

ok la...sebenarnya bukan nak citer pasal stress pun...tapi nak citer sket pasal lunching terbaru proton iaitu Proton Inspira. Aku ni dah la kurang arif benar pasal kereta. Tambah2 mengenai enjin kereta...bawak kereta boleh pulak. Tadi, rakan seangkatan, Ana tetiba dok bercerita mengenai kereta tu ketika perhimpunan akhir sekolah berlangsung di dewan sekolah. Sambil mendengar amanat terakhir dari guru2, sambil2 juga dok pasang telinga mendengar.

Kereta Proton Inspira yang sememangnya hampir 100% menyerupai Lancer Mitsubishi itu, kian menjadi tarikan orang ramai sejak launching yang berlangsung pada 10 November lepas...agak baru lagi. Memang tidak nafi jika dilihat dari sudut pandang sisi, jika tidak dilihat pada logo kereta, pasti kita boleh terkeliru ia Lancer. Cantik, Menawan, elegant serta ciri-ciri kemewahan dan penuh kebanggaan kepada bakal pemilik kereta Proton Inspira.

Lihatlah kereta Mitsubishi Lanser ini...
dan mari kita bandingkan dengan Proton Inspira dibawah ini...banyak persamaan.





Boleh la kepada sesiapa yang pernah bermimpi ingin memiliki Mitsubishi Lanser tapi tak mampu...kini dengan adanya model Inspira dapatla juga sekurang-kurangnya memberikan sedikit ubat kepada kegilaan itu.

Official price for Proton Inspira:

Proton Inspira 1.8 M/T – RM78,999
Proton Inspira 1.8 CVT – RM84,999
Proton Inspira 2.0 CVT – RM91,999
Or for further detail of Inspira please visiting Proton's website ok!

Ahad, 24 Oktober 2010

Joint Program Sekolah

Bagus jugak sesekali merasa aktiviti lasak macam wall climbing, flying fox, jungle tracking dan banyak lagi. Rindunya saat-saat kegemilangan di UiTM dulu, gemilang ke???um...(thinking). Waktu belajar la peluang yang paling best sekali kalau kita nak menimba pengalaman-pengalaman seperti ini, sebab kita kene ingat pengalaman adalah guru yang paling terbaik dalam hidup kita.

Ketika menyertai KESATRIA NEGARA di UiTM waktu itu, pelbagai aktiviti terlibat...mungkin dikategorikan TERPAKSA. Mungkin pada waktu itu, macam-macam rungutan dok keluar, malas, tah ape-ape, menyusahkan aje, macam la aktiviti lain takde dan banyak lagi. Tapi sekurang-kurangnya aktiviti yang serba biasa bagi orang yang tidak biasa menjadi luar biasa...hurm?

Tetiba, teringat pula masa part 5 degree, ketika mula-mula terlibat incharge pelajar junior part 1 yang bertempat di Ayer Keroh Melaka dengan tema hijaunya...yelar Walk Nature katakan. Macam-macam ragam kawan-kawan yang tak bersepandapat dan tak bersetuju andai perkara yang dilakukan tidak menepati citarasa dan tidak berpuas hati. Member seperjuangan Ipin...kalau la dia masih ingat mesti dia akan ketawa saja mendengar. Cerita itu, biarlah bersemadi di ingatan mereka yang terlibat dan tak perlu lah dijaja merata. Sekarang dia dah jadi pun Pegawai Penerbitan kat UKM. Bukan la diingat untuk berdendam tapi biarlah diingat sebagai pengajaran untuk mematangkan diri sendiri, barulah dinamakan belajar dari pengalaman.

Bila tiba waktu bersukan pula, tidak disangka kami pelajar part 6 diiktiraf pula sebagai Senior yang paling sporting. Kami budak Art memang selalu dikategorikan sporting, tapi ada pulak yang paling sporting dikalangan mereka...nak tergelak juga mendengarnya.

Sabtu 23/10

Sebut pasal sporting ni, ada jugak manusia dalam dunia ni yang tak reti nak bergaul dengan orang disekeliling malah dengan rakan sekerja sendiri. Mungkin pada si lelaki perasan ini merasakan diri tu hebat sangat, dikerumuni oleh golongan wanita sehingga menerima gossip bercinta dengan pelajar. Mungkin sahaja...sudah pun dinamakan gosip...siapa pun boleh jadi seperti itu kalau ada yang membuka kata tanpa usul periksa...Cikgu oh Cikgu RECEIVE lah...


Bukit Kaya yang baru kami daki pada sabtu lalu sememangnya kaya dengan khazanah hutan yang masih tidak terusik lagi, boleh juga dipanggil hutan dara/bukit dara (boleh la kot). Mendaki bukit tersebut betul-betul menguji kesabaran dan menguji minda.



Bermula episode pertama hari sabtu sebelah pagi, pelajar mula belajar cara-cara memasang khemah di Taman Rekreasi Gua Sami. Para guru-guru yang baru pun sama terlibat memasang khemah jenis Dome Tent. Setelah berjalan dari sekolah menuju ke Bukit Kaya sebelah petang pula, bermulalah segmen penting dalam program pada hari tersebut. Batu yang tajam sepanjang track itu bagaikan stalactite dan stalagmite dalam gua, manakala dahan dan ranting pokok pula berada dikiri kanan atas mahupun dibawah trek. Mendaki bukit ibarat membuat wall climbing.

Bahu dan tangan sentiasa berpaut pada persekitaran yang selamat. Setiap langkah pula perlu berhati-hati, jika tidak mengundang bahaya jatuh kedalam jurang yang juram. Bukit pula ibarat 90˚ sudutnya. Dalam fikiran ni dah mula membuat keputusan untuk berpatah balik sahaja. Tetapi dah hampir setengah jalan, kalau patah balik pun masa yang terbuang dah ibarat seperti mendaki bukit. Berserah saja...tabahkan diri, kuatkan semangat teruskan perjalanan yang sememangnya berliku. Namun, apabila sampai di puncak, perasaan letih tadi terus terubat setelah melihat keseluruhan bandar yang sememangnya cantik dan indah. Subhanallah...Semua ini adalah kuasa Allah SWT. Ada hikmah disebalik penderitaan sepanjang jalan tadi...akhirnya dapat melihat Kebesaran Allah ini dengan mata kepala sendiri.
Kalau la tadi aku patah balik aiiii...rugi ni...aku tak kan dapat lihat sendiri. Namun, semua ini memang menguji diri...Syukurlah berjaya~ v(",)v

Setelah turun kembali semula ke kaki bukit, masing-masing bergambar kenangan. Lensa kamera SLR milik Ana Fadzlina yang aku pegang terus di snap setiap orang. Tapi tetiba ada seorang hamba Allah ni menggeleng kepala bagi isarat tanda tak nak ada dalam gambar...lerrrrr macam poyo sangat lah...bajet la tu...um...whatsoever, janji aku dan mereka heppy time tu...

end...

Ahad, 17 Oktober 2010

travel to Tjg Malim

At first, im not happy to attend convocation ceremony on 17/10/2010, venue UPSI. I dont knoe y, even this is my 3rd time convo isn't the issue(bnyk2 kali lg best)...cuma rasa jauh! but then im just thinking of my x-clasmates and they'll already posting at all around country in Malaysia especially Sabah and Sarawak. Tapi bila memikirkan rakan-rakan seperjuangan yang banyak support, banyak kenangan manis dan pahit, suka dan duka sepanjang di Proton City. As usual as art students life, we are so closed...friends is everything. its not just for happy moment. Its all about art and the process of learning which is enjoyable and joyfull time. Semangat terus berkobar-kobar, jiwa ni pun meronta-ronta untuk bertemu mereka di sana...entahkan bila lagi kita dpt bersua dan berkumpul ramai2 macamni, shared the story and experince as a teacher, the enviromental and sosialisme, the school birocracy, the acting of senior teachers, the students behaviorisme and so on...um...biasa la budaya kerja setiap tmpt lain caranya...kira this is last minutes desicion la, whatever, salam dikejauhan pada rakan-rakan yang berada di Sabah yang tak sempat nak balik ke Semenanjung seperti Salwati, Alan, Janah, Jenifer dan ramai lagi. Semoga kalian terus berjuang, sukses dan cemerlang untuk menjadi Guru Cemerlang yea! hehe...

Aku pandang kereta hijau tu, tak mungkin aku nak drive kereta....oh tidak! terasa mau terbang aje kesana...tp apakan daya ku, terbang dalam mimpi je la. Pergi dengan keretapi la. Senang, mudah dan yang penting JIMAT. Banyak betul dugaan nak dapatkan tiket keretapi yang satu tu, orang ramai la, server lambat la, last2 eletrik plak takder, ya ampun, sabar je la. Akhirnya, susah payah berbayar...cewah...aku berjaya juga membeli tiket keretapi setelah dua kali ke kaunter KTM.

train dah sampai...


Sampai di Tanjong Malim pun masih pagi lagi. Mata ni mengantuk sangat. Nasib baik abg KTM tu kejut kan, kalau tidak, mau ke KL aku jawabnya. Terima kasih abang KTM! (sejak bile abg KTM banyak muda2 ni...ehem...ehem...) Jgn teruja sgt la...

Dalam kesamaran tu, aku terus menuju ke Blok B Kolej Za'ba, terima kasih yang teramat sangat buat sahibahku, Nurul Hannan yang masih belajar di semester 3, ISMP Pend. Islam. Kalau tak kerana kau, tak tau la mana aku nak merempat. Jasamu dikenang selalu.

tumpang kat KZ...time kasih sgt2 Hanan

its show time...konvokesyen ke 12 UPSI

Okestra Trouble is a friend sblm DPLI-PSV naik pentas...Mantooopppp!


br je td budak2 kita dok havoc...kak nisa jgn la sedey....

ape lagi....posing laaa

huhu...jap lg nak balik dah ni kawan2...

balik kg....dah sampai Aloq Staq. Mood return to normal like before...sekolah...sekolah...sekolah

Rabu, 6 Oktober 2010

Spam call from number +876332555

Waktu dok menunggu kelas untuk mengajar dlm 12.50pm tadi tetiba dpt call dari no +876332555. Pelik plak, at 1st i think this is call from china or what???... terdengar suara pompuan nangis teresak-esak dan ckp mandarin...then saya terus end up the call...menakutkan je!!...then i try search this number from internet, badly ader ramai jgk org lain terkena...um now im thinking, what is the motive the caller make this call???

saya ader jgk quote blogger yang had a same story like me from www.anthonyleongdiary.blogspot.com

"The caller was a lady crying away badly and started calling me Mummy.
She spoke in Mandarin and... Kept on crying and calling Mummy... telling me she is in pain, very pain and someone is hitting her badly...

At first I was answered " huh" to her... then she repeated the same sentences and immediately I hang up the call.

Goodness gracious... OK, someone trying to scare me into thinking that my daughter is in their custody and probably thinking they will get something from me. Maybe they didn't know their phone number will be displayed at the phone as well? Could be dangerous or a waste of time...could also create anxiety in parents.

But the main thing is, I don't have any kid yet!!!!!!!!!!!

Isnin, 4 Oktober 2010

TIADA MAAF BAGIMU