BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Follow me

Jumaat, 25 Disember 2009

RESULT DPLI-UPSI DAH KLUARRR....

Tetiba jer semalam (jumaat 12.30 am) Kak Nisa call Kak faiz bagitau "weiii korang result dah kuar laaa...dorg inform kat facebook ni ha" mengelabah aku dan kengkawan lain dengar...dah la bersiap nak pergi MAMAK beli roti ARAB...huhu...terus stuck jap...sbb wisaau kalau result teruk...NAYA AKU...
then...masa yg menentukannya...alhamdulillah...Alhamdulillah, syukur sgt2 kehadrat ilahi di atas segala nikmat yg telah diberikan selama ini...terkejut sgt sbb result tu lebih jauh dari sangkaan aku selama ni...fuh! lepas satu perkara...sekarang perkara kedua pulak aku pikir sem dua ni...aku doa selalu agar Allah permudahkan jalan buatku...insyallah...amin

Jumaat, 11 Disember 2009

Ketentuan tuhan...Bukan USAHA tapi DOA...



Sebuah hadith daripada Salman r.a., bahawa Nabi s.a.w telah bersabda Tidak boleh diubah takdir kecuali doa, dan tidak ada yang boleh menambah umur kecuali perbuatan baik. {Riwayat Tirmizi, hassan gharib}

Allah berfirman dalam surah Ar-Ra’ad ayat 39, Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Dia juga menetapkan apa jua yang dikehendakiNya. (Ingatlah) pada sisiNya ada Ummu al-Kitab. Firman Allah lagi di dalam surah Mukmin ayat 60, Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.

Abu Hurairah r.a juga melaporkan bahawa, “Nabi s.a.w selalu memohon perlindungan dari suratan takdir yang buruk, dari ditimpa kecelakaan, dari keghairahan musuh dan dari terkena bala.” {Riwayat Muslim}

Doa sahaja yang dapat mengubah takdir, bukan usaha.

ANTARA PUTUS ASA DAN BERSERAH KEPADA TAKDIR
Mempercayai takdir bukan bermaksud berputus asa. Frasa “putus asa” sepatutnya tidak wujud di dalam kamus hidup seorang mukmin. Kita tidak boleh berputus asa dalam mengharapkan rahmat Allah.

Semasa peperangan di Thaif, umat Islam telah mengepung kota Thaif. Ibnu Ishaq meriwayatkan Thaif telah dikepung selama 17 malam dan diserang dengan manjanik (senjata pelontar batu). Umat Islam terus menyerang dan menyerang namun tetap gagal. Lalu Nabi s.a.w bertindak untuk mengundur sahaja.

Abdullah bin Amru r.a melaporkan bahawa, Rasulullah s.a.w telah mengepung penduduk Thaif tetapi tidak mendapat apa-apa hasil dari pengepungannya tersebut. Seterusnya baginda bersabda: Insya Allah kita akan kembali ke Madinah. Para sahabat membantah: Mengapa kita harus kembali? Kita belum dapat menaklukinya. Rasulullah s.a.w bersabda kepada mereka: Pergilah kamu berperang. Mereka pun mencubanya sehingga mereka mendapat kecederaan. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Besok kita akan kembali. Para sahabat hairan dengan sabda baginda. Sementara itu Rasulullah s.a.w hanya tersenyum. {Riwayat Muslim}

Itu adalah contoh perbezaan antara putus asa dan menerima ketentuanNya. Adakah nabi s.a.w berputus asa ? Atau beliau tunduk dengan takdir ?

Khamis, 10 Disember 2009

Cinta yg Hakiki dan Cinta Abadi


Petikan dari sumber elektronik...Jika Aku Jatuh Hati...

Ya Allah jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu.
Ya Allah jika aku jatuh hati,
izinkan aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya terpaut padaMu
agar tidak terjatuh aku dalam jurang nafsu.
Ya Rabbana,
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling daripada hatiMu.
Ya Rabbul Izzati,
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu
Ya Allah,
jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu melebihi
kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu...
Ya Allah,
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
jangan biarkan aku tertatih
dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepadaMu...
Ya Allah,
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu
Amin...

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Tiga perkara yang sesiapa melakukannya akan mendapat kemanisan iman:
Menjadikan ALLAH dan Rasul-NYA s.a.w sebagai cinta yang paling utama, menyintai seseorang semata-mata kerana ALLAH dan benci untuk kembali kepada kekufuran seperti dia benci dicampakkan ke dalam neraka.”
– Riwayat al-Bukhari -

Hakikat manusia dicipta perlu ada sifat sayang menyayang..itu lumrah kehidupan. Hablum minAllah iaitu sifat cintakan Allah, pencipta manusia, langit dan bumi serta alam semester...dan Hablum minannas iaitu sayang sesama manusia, sering berbaik sangka, memberi senyuman, memberi salam, bertanyakan khabar, saling membantu dan menghormati...lihat saja contoh akhlak Rasulullah, sering tersenyum, tidak marah jika dicerca dan dihina (seperti cerita Hendon yang selalu membaling najis kepada Rasulullah dan akhirnya dia memeluk Islam kerana terpegun dengan akhlak Rasulullah iaitu Beliau tidak punya sekelumit benci dan dendam, malah menziarahi Hendon ketika jatuh sakit)...Akhlak Rasulullah sungguh terpuji, kerana itu Aisyah R.A berkata jika kita membaca dan menghayati Al-quran yang sememangnya tiada celanya, maka itulah sifat Rasulullah... Tiada Iman seseorang manusia itu, melainkan mereka saling berkasih sayang sesama manusia... wallahualam...

Rabu, 2 Disember 2009

JODOH OH JODOH

Setelah beberapa kali menatap satu laman web blog ini iaitu http://webblog.myjodoh.net saya mendapati ada beberapa intipatinya membuat hati saya terusik seketika, apatah lagi mengenang kembali beberapa situasi dan masalah yang telah dihadapi oleh seorang rakan saya satu ketika dulu. Hati ini terus berbisik, adakah hati-hati manusia di zaman ini akan berubah walau berbagai-bagai saluran dakwah telah diterimanya..jangan di sangka si wanita bertudung litup itu BAIK RUPANYA. Si gadis lembut budi bahasanya itu menjaga kehormatanya..astagfirullahalazim...Ya TUHANKU, peliharalah iman ku yang sememangnya nipis ini YA Allah... jangan di sangka, si jejaka yang soleh luarannya itu baik budi pekertinya. Mungkin buaya darat dan pemakan mangsa. Jangan sangka, si lelaki yang pandai dan hebat berkata-kata dan nasihat itu penyelamat kita...semua mungkin akan berubah sekelip mata disebalik pandangan mata nista manusia. YA Allah...kau lindungilah aku ya Allah.

Daripada hadith Sabda Rasulullah SAW: Tidaklah seorang itu bernama alim (berilmu) sebelum berbuat menurut ilmunya”.Hadith ini telah direkodkan oleh Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi daripada Abi Darda’

Berikut adalah doa yang diambil daripada buku Ikhtiar Penyembuh Penyakit oleh Tuan Guru Dato Dr Haron Din, terbitan Darussyifa’


Khamis, 12 November 2009

My new acer 4736Z with Windows 7




Dah seminggu aku guna window 7 ni...so far...so good...asalnya aku nak beli notebook yg guner window xp jer...risau kalau problem macam window vista...skg aku tgk feedback macam2 org cakap ok...mmg la ok sbb baru...ader info aku dapat dari website mengenai kelemahan dan kelebihan Window 7 ni....

kelebihan-kelebihan windows 7

•Lebih Cepat dan Stabil dari pada windows Vista.
•Windows 7 ini memiliki performance yang lebih stabil dari pada windows vista.
•Windows 7 juga lebih responsif dan lebih jimat dalam penggunaan bateri
•Anda dapat memilih Jaringan Wireless Hanya dengan 1 klik dari system tray.
•System akan menampilkan laporan jika terjadi perubahan terhadap komputer anda.
•Akan menampilkan pesan peringatan saat system komputer anda ada yang berubah dan anda juga dapat mensetting tingkat privasi tersebut.
•Pada windows 7 tidak adanya sidebar, tetapi gadget-gadget tetap ada dan dapat disetting sesuai keinginan anda.
•Adanya Library yang dapat mengorganisasikan dokumen anda berdasarkan type.
•Hampir semua driver untuk Vista boleh digunakan di Windows 7
•Help Tool yang lebih baik.
•lebih selamat.
•Proses shut down lebih cepat dibandingkan Windows Vista.

Kelemahan:

•Tiada quick launch , tapi ada cara sini


(shortcut) pada keyboard :
- Alt+P : Untuk menampikan atau menyembunyikan tampilan jendela Explorer
- Windows Logo+G : Menampilkan gadget di muka windows-windows lainnya
- Windows Logo++ (tombol plus) : Zoom in
- Windows Logo+- (tombol minus): Zoom out
- Windows Logo+Up: Memperbesar ukuran window
- Windows Logo+Down: Memperkecil ukuran window
- Windows Logo+Left: Bergerak menuju sisi kiri layar
- Windows Logo+Right: Bergerak menuju sisi kanan layar
- Windows Logo+Home: Meminimize/merestore window lain kecuali yang sedang ditampilkan

lancar ke???


Sedar tak sedar genaplah 5 bulan sesi pembelajaran di UPSI yang di cintai ini...walaupun proses pembelajaran sebenarnya 100% dekat proton city, tanjung malim. Bulan ni dah semester dua, selepas seminggu exam dan seminggu lagi cuti. Harapanya exam yg lalu tu ok la, jangan la ader yg gagal. Semester baru berlangsung kenapa semangat tak berkobar2 macam masa mula2 masuk bulan julai ari tu erk??...
Sebelum cuti aritu, kebanyakan student DPLI dah dapat pun tempat praktikal..dan hanya beberapa buah negeri yang terpilih saja dibuka untuk penempatan guru praktikal untuk bulan Februari 2010, persiapan tu ader...bagus betul diorg ni...bukan setakat risau tapi jeles pun ader. tapi ader sesetengah fakulti seperti Fakulti Seni dan Muzik tak pun keluar sebarang memo atau notis mengenai penempatan praktikal pelajar DPLI...walaupun ader pertanyaan di pejabat pengurusan fakulti mengenai hal ini tapi tiada sebarang berita diterima setakat ini....wisaunyer rasa....sememangnya pelajar2 DPLI macam aku ni boleh kata tak tau pun selok-belok fakulti...apatah mengenal tahap pengurusan fakulti sendiri...kesian kat kitorg kan...

Jumaat, 26 Jun 2009

my 2nd last day at DASAR CETAK (M) SDN BHD


Hari pendaftaran guru DPLI makin tiba...lepas satu-satu kene settle, seminggu sebelum resign kene kasi notis kat KARANGKRAF....rumah sewa plak kene kosongkan dalam bulan jun ni...pulak tu aku kene pikir camner erk lagi beberapa hari ni nak kosongkan...umah tu banyak ngan barang2 terutama barang2 ayu...memandangkan Ili pun mmg nak balik terengganu (ili dah plan awal2 lagi)...Fiza plak baru datang Shah Alam...Ayu plak mungkin dapat keje kat Putrajaya...nampak gaya aku kene settle urusan bil2 elektrik-air-umah sewa sumer ni sorg diri...memandangkan tinggal aku ngan Fiza jer yang tinggal, Fiza terus jer cari umah sewa lepas aku bagitau aku dapat sambung blaja ni...kesian Fiza, kalau aku jadi dia jadi tensen jugak...bukan sbb tinggal sorg2...tapi sebab tensen kawan2 sumer dah dapat keje dan dia baru nak cari keje (dia pun baru habis blaja jer...kira ok la klu tak dapat keje lagi...ada masa lagi...yang kesian macamana plak klu dah setahun mengganggur baru nak cari keje)...aku pun tiap2 hari banyak naikkan diri dia...nasihat dia, motivasi dia...aku kenal fiza...macamana dia dlu waktu putus couple...sampai kene kaunseling, sbb dia down teruk sangat tambah lagi bila efect kat result exam dia..itu yang aku paling kesian...

Hari ni hari jumaat, esok hari last aku keje...tapi aku mmg dah plan nak belanja ofismate aku, so dengan pertolongan OTAI 001 iaitu abg Saiful..hehe...aku pun bagila duit RM100 suh dia beli pizza DOMINOS...lepas jer solat jumaat dalam kul 2.30 tu..dominos sampai la...pastu Cik Ikin kiter, penjaga kaunter depan terus call..."kak ain, Dominos dah sampai"....antara orang yang aku jemput dan yang datang ialah:
ABANG SHAH (MARKETING), KAK WATI (ADMIN), IKIN (KAUNTER), KAK LIZA(GRAPHIC DESIGNER), FIR (GRAFIK DESIGNER) dan ahli2 masking department iaitu: SAYA, ABG SAIFUL (OTAI 001), ABG ROSLIM, KAK YUS, ABG HASSAN, ABG HANAFI...tak ramai pun..tp memadailah dengan bajet aku yg ciput tu...hehe...seronok plak bila depa pun kasi hadiah (aku dah bukak depa kasi handbag...ok la tu)... terharunyer...keje tak sampai 3 bulan pun dapat penghargaan macam ni jugak...suker aku...kesian jugak shif malam antaranya ZATY, HAFIZAL, BOMBA NGAN AWE...tak dapat merasa...aku harap diorg tak terasa ngan aku...takkan aku nak wat majlis dua2 shif plak..bankrap la aku....huhu... Buat abg shah, kak wati, kak tet, abg saiful, abg roslim, abg hassan, abg hanafi...semoga sukses dalam kerjaya yg diceburi...majukan karangkraf

Petang ni lepas balik ofiz aku kene photostat sijil2 yang tak cukup...sebelum ni banyak tp tak perasan plak bila masanyer habis..apa la aku ni...aku kene stanby sumer2 sijil aku untuk 5 copy....sbb tu kene photostate arini jgk, malam kang kasi Fiza suh pakwe dia (abang polis) kasi bos dia sign...tak kuasa aku nak masuk UiTM nak cari sumer lecturer2 aku dah...aku tak kisah jmp diorg tp kene tinggal kan ic, isi borang la kat pintu pagar uitm leceh plak...kad matrik aku yang setahun dlu tu tak laku dah...haha...

Khamis, 25 Jun 2009

nak create blog...siap ader FLASH LAGI???

nak create blog yg ada FLASH tu...wah...mesti gempak blog anda...mesti ramai nak tgk blog tu kan...tak kisah la isinya macam mana pun tapi yg penting anda akan membuatkan pengunjung blog anda hepy bukan...sedikit sebanyak la...yg penting isinya...hehe...klu berminat sila layari website berikut: http://www.wix.com/create/website

Rabu, 24 Jun 2009

KUMPULAN Q-FACE-ANTZ menggamit memori zaman sekolah

Fairuz Selamat new...


Baru-baru ni rancangan MUZIK-MUZIK tv3 ada menjemput Fairuz Selamat, pada mulanya saya memang tak kenal langsung siapa gerangan artis lelaki ni,artis baru kot...tapi bila Fairuz Selamat nyanyi lagu IZINKANLAH, terus tertangkap, laaa yang kumpulan Q-face tu rupenyer...8tahun lalu fairuz pernah menganggotai satu kumpulan muzik yg ingin mencuba nasib menjadi artis, walaupun pada masa tu dia masih mentah tentang segala galanya bersama dengan angah(allahyarham), azan, qimie dan noh... mereka sempat dikenali dan menghiasi majalah2 hiburan malaysia untuk beberapa ketika. bersama dua buah lagu mereka yang sempat berkumandang di corong2 radio iaitu IZINKANLAH dan CINTA TAK SEHALUAN. tp jodoh fairuz tak lama denagn kumpulan tu apabila di pertengahan tahun 2001 fairuz menarik diri dr kumpulan tu.. pada tahun 2002, fairuz mencuba sekali lagi di persada seni kita dengan muncul bersama satu lagi kumpulan iaitu ANTZ di bawah label FMC. Bersama dengan ein, nazri dan ijan, mereka juga sempat dikenali dengan beberapa buah lagu antaranya CINTA REMAJA duet bersama elyana, SEBATI DAN JUGA LYDIA. tidak terhenti setakat album pertama itu, mereka muncul dengan album kedua pada tahun 2005. walaubagaimanapun sambutan terhadap album kedua ini semakin berkurangan lantaran kesibukan mereka yang masing2 pada ketika itu sangan sibuk dengan hal masing2. antaranya fairuz yang pada tahun itu diterima untuk melanjutkan pelajaran dan sebagainya. pada tahun 2008, pada bulan 3, kontrak mereka tamat dan seterusnya mereka tak berniat untuk menyambungnya. kini, fairuz mencuba sekali lagi untuk sekian kalinya sebagai pejuang bakat dan seni... tahun 2008 merupakan permulaan untuk projek solo fairuz. sekarang, awal 2009 merupakan permulaan langkah fairuz untuk mempromosikan balik nama dan lagunya. Buat peminat yang masih merindui kumpulan Q-FACE, fairuz telah merakamkan kembali lagu CINTA TAK SEHALUAN dalam bentuk okestra...


Kumpulan ANTZ



Kumpulan Q-FACE




kemunculan wajah baru dengan single terbaru, kehadiran Fairuz Selamat akan memeriahkan lagi industri hiburan tanah air. siapa yang berminat boleh la layari blog dier kat bawah ni

Just Me

Isnin, 22 Jun 2009

ANCAMAN H1N1 ADALAH AMARAN ALLAH SWT

Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa dunia ini telah hampir akhir zaman bahkan Baginda mengumpamakan seperti seorang yang terlalu bongkok. Baginda juga mengibaratkan kiamat itu hampir ibarat dekatnya seperti jarak antara dua jari kita. Tentang fenomena alam yang terjadi dan penyakit-penyakit ganjil (seperti Coxsackie, JE, SARS, Selsema Burung dan kini Selsema Babi pula) disebutkan oleh Rasulullah SAW sebagai tanda-tanda qiamat.

Dari Ibnu Umar Rasulullah SAW bersabda;
“Bagaimana keadaan kamu ketika lima perkara berlaku di kalangan kamu, dan aku berlindung dengan Allah dari terjadinya perkara itu kepada kamu atau kamu sempat menempuhnya. Tidak timbul kemungkaran di kalangan satu-satu bangsa melainkan mereka melakukannya secara terang-terang, akan timbul penyakit taun dan penyakit-penyakit yang tidak pernah ada terhadap orang-orang sebelum mereka (penyakit ganjil).”
(HR: Ibnu Majah)



Kemunculan virus selesema babi H1N1 di dalam babi dan juga manusia di Mexico baru-baru ini yang berupaya menyebabkan jangkitan yang membawa maut menunjukkan sejarah mungkin berulang kerana pandemik virus selesema Sepanyol 1918 (1918 Spanish flu virus) juga disebabkan oleh virus selesema H1N1. Tetapi yang uniknya, virus selesema babi H1N1 Mexico muncul dari campuran virus selesema yang asalnya daripada unggas, babi dan juga manusia.

Berdasarkan laporan terkini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang beribu pejabat di Geneva dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di Amerika, virus selesema babi H1N1 yang ditemui di Mexico baru-baru ini dan di beberapa negeri di Amerika Syarikat, Kanada dan Sepanyol merupakan virus selesema babi H1N1 yang baru, yang belum pernah ditemui sebelum ini.

Virus babi H1N1 ini mempunyai profil genetik (campuran gen) yang unik yang belum pernah ditemui dalam mana-mana haiwan atau manusia sebelum ini. Ini dinyatakan oleh Timbalan Pengarah Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr. Abdul Rahman Omar. Menurut beliau, pada lazimnya, virus selesema babi H1N1 yang ditemui sebelum ini hanya mampu menyebabkan jangkitan yang ringan hingga sederhana pada salur pernafasan dan/atau paru-paru babi yang dijangkiti.

''Bagaimanapun virus tersebut (H1N1) berupaya menyebabkan kadar jangkitan tinggi yang boleh mencecah 100 peratus, meskipun kadar kematiannya adalah rendah," katanya.

Beliau berkata, manusia terutamanya pekerja di ladang babi yang dijangkiti dengan virus H1N1 boleh dijangkiti dengan virus ini, namun jangkitannya tidak berbahaya sekiranya tiada komplikasi. Tanda klinikal yang kerap berlaku ekoran jangkitan virus selesema babi H1N1 pada manusia adalah:-
1. demam
2. selesema
3. sakit tekak
4. dan batuk selama beberapa hari

Oleh kerana keupayaan tinggi virus selesema melakukan proses mutasi dan campuran genetik, langkah berjaga-jaga perlu diambil supaya ternakan seperti babi, ayam, itik dan spesies burung lain tidak dipelihara bersama.

Ini kerana ia boleh membawa kepada pembentukan virus selesema bersifat pandemik kepada manusia dan virus highly pathogenic avian influenza (HPAI) yang boleh menjangkiti ayam dan juga manusia. Di samping itu, babi merupakan perumah unik yang boleh berfungsi sebagai mixing vessel bagi kemunculan virus selesema yang berupaya menyebabkan pandemik selesema manusia.

''Ini adalah kerana saluran pernafasan babi mempunyai reseptor bagi menyokong proses replikasi virus selesema dari babi, burung dan juga manusia," kata Dr Abdul Rahman.

Katanya, epidemik selesema dikenal pasti apabila berlakunya peningkatan kematian akibat daripada penyakit selesema dan juga kes radang paru-paru (pneumonia) secara mendadak. Virus selesema pandemik manusia muncul apabila gen virus selesema haiwan sama ada daripada burung atau babi, yang sebelum ini tidak dijumpai pada manusia secara umum, bercantum dengan virus selesema manusia dalam cantuman genetik yang membolehkan virus campuran berupaya merebak dengan efisien dari manusia ke manusia. Berdasarkan sejarah, virus selesema yang merebak ke seluruh dunia (pandemik) dan menyebabkan kematian yang tinggi berlaku sebanyak tiga kali (sekali setiap abad) sejak 1700 lagi.



Kata Dr. Abdul Rahman, dalam abad kedua puluh ini, sebanyak tiga virus selesema pandemik telah muncul dan menyebabkan pandemik besar iaitu virus selesema Sepanyol 1918 (1918 Spanish flu virus) yang disebabkan oleh virus H1N1, virus selesema Asia 1957 yang disebabkan oleh virus H2N2 dan virus selesema Hong Kong 1968 yang disebabkan oleh virus H3N2. Pandemik selesema yang disebabkan oleh virus selesema Sepanyol yang berlaku pada tahun 1918 menyebabkan 50 juta manusia di seluruh dunia mati.

''Manakala, wabak pandemik kemudian yang dikesan pada 1957 jenis H2N2 dan pada 1968 jenis H3N2 telah membunuh lebih daripada satu juta manusia," kata beliau. Strain (jenis) virus yang menyebabkan pandemik selesema pada tahun 1957 dan 1968 merupakan virus yang mula-mula muncul di Asia melalui proses campuran (reassorted) gen-gen di antara virus unggas (avian), babi dan virus selesema manusia.

Virus selesema yang menyebabkan pandemik selesema Sepanyol pada tahun 1918 muncul menerusi proses campuran virus selesema manusia H1N1 dan babi H1N1 serta kehadiran proses mutasi yang kerap ditemui dalam virus selesema burung. Menurut beliau lagi, pencirian awal ke atas genom lengkap virus tersebut menunjukkan kemungkinan virus babi H1N1 strain baru ini mempunyai campuran genetik dari virus selesema yang berasal daripada unggas, babi dan juga manusia. Jujukan nukleotida mengesahkan gen neuramidase (NA) dan matrik (M) virus selesema babi H1N1 ini berasal daripada virus selesema Eurasian manakala jujukan hemagglutinin (HA) berasal daripada virus babi Amerika Utara.

Dengan penemuan yang lebih banyak mengenai virus babi H1N1, penjujukkan genom virus tersebut serta kajian ke atas tahap jangkitan dan sebaran virus selesema tersebut di dalam babi dan manusia, lebih banyak maklumat akan diketahui berhubung dengan virus babi H1N1 yang sedang menular di beberapa negara di dunia.

WHO mengesahkan bahawa dadah anti-virus lama seperti amantadine dan rimantadine tidak berkesan untuk membunuh virus babi H1N1 tetapi ia berkesan terhadap dadah anti-viral baru seperti oseltamivir dan zanamivir. Dijangkakan juga vaksin bermusim selesema yang ada sekarang tidak berupaya memberi pelindungan terhadap virus selesema babi H1N1. Ini adalah kerana virus selesema babi H1N1 yang ditemui ini mempunyai ciri-ciri genetik dan antigenik yang berlainan dengan vaksin selesema yang sedia ada.



Virus selesema babi H1N1 ini telah diasingkan dari pesakit di Mexico, Kanada, Sepanyol dan beberapa negeri di Amerika Syarikat. Beberapa negara lain seperti New Zealand, Perancis dan Israel telah mengesyaki kehadiran virus ini. Dijangkakan juga lebih banyak negara akan mengesahkan kehadiran virus selesema H1N1 kerana virus ini berupaya merebak dari manusia ke manusia.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyifatkan wabak selesema babi H1N1 yang sedang merebak ini boleh membawa kepada berlakunya ancaman kesihatan awam yang membimbangkan masyarakat antarabangsa. Virus selesema babi H1N1 yang pertama diasingkan (dipencilkan) dari babi pada tahun 1930.

Sejak dari itu lebih daripada 100 virus selesema babi H1N1 telah dikenal pasti. Walaupun terdapat perbezaan genetik terhadap virus H1N1 tersebut, ia tidak menyebabkan jangkitan berbahaya yang boleh membunuh babi dan juga manusia seperti apa yang sedang berlaku di Mexico.



Di Malaysia, kehadiran virus H1N1 ini pernah dikesan secara tidak langsung menerusi kehadiran antibodi spesifik terhadap virus tersebut. Kehadiran virus H1N1 tersebut dikesan menerusi suatu kajian pemantauan yang dijalankan menerusi projek kerjasama antara UPM dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) pada tahun 2005-2007.

Kajian tersebut mengambil lebih daripada 700 sampel sera dan cecair kerongkong telah di ambil daripada babi yang diternak secara komersial di Semenanjung Malaysia. Menurut Dr. Abdul Rahman, hasil kajian menunjukkan sebanyak 12 peratus daripada babi tersebut didapati positif bagi antibodi terhadap virus H1N1.

Namun, ujian pengasingan virus dari sampel cecair kerongkong gagal mengenal pasti kehadiran virus babi H1N1.

Tanda Simptom Selsema Babi

Apakah Selesema Babi?
Selesema babi adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.

Adakah Virus Ini Berjangkit?
CDC telah mengesahkan bahawa virus ini (H1N1) adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia lain. Walau bagaimanapun masih belum diketahui cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi.

Apakah Tanda-tanda dan Simptom Demam Babi Terhadap Manusia?

Simptom selesema babi ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan. Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.

Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema?
Perkara yang terpenting sekali adalah membasuh tangan. Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif, menangani tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Cuba mengelak dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan dengan mereka yang sakit.

Apakah Kawasan-kawasan Yang Berkemungkinan Sebagai Tempat Yang Dicemari?
Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh sesuatu yang dicemari dengan kuman dan menyentuh pula mata, mulut dan hidung mereka. Titisan rembesan dari batuk dan bersin dari mereka yang dijangkiti boleh bergerak melalui udara. Kuman boleh merebak apabila seseorang itu menyentuh titisan rembesan batuk dan bersin dari seorang di atas permukaan seperti meja dan permukaan lain dan menyentuh mata, mulut dan hidung sebelum membasuh tangan mereka.

Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?
Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema. Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda:

1. Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.
2. Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.
3. Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini
4. Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.


Jika anda sakit anda perlu:-
1. Tinggal di rumah dan mengelak hubungan dengan orang lain sebaik mungkin untuk mengelak jangkitan;
2. Mendapatkan rawatan kecemasan jika mengalami tanda-tanda awal penyakit.



"Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai dan darah dan daging babi dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah dia berdosa), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Surah Al-Nahl Ayat 115)

Khamis, 18 Jun 2009

AKHIRNYA...

Akhirnya dapat jugak DPLI kat UPSI...harapan mak dan ayah pun tinggi suruh aku (anak sulung kot) sambung study...dah lebih setahun tak mengadap buku dan blaja-blaja-blaja tu..huhu..gerun bila fikir sebab bidang perguruan bukan leh wat main-main...kene pikul satu tanggungjawab yang besar...dari awal mintak memang dah fikir pasal ni...tapi bila betul-betul dapat DPLI baru terasa (aku ni kat mana sebenarnya). Dulu kita penah belajar...bertanya dengan guru...ulangkaji pelajaran... Penah rasai macam mana bila geram dengan guru kita, bila satu perkara tu tak sependapat...(siapalah kita sebagai pelajar untuk membenci guru, keberkatan belajar tu takkan dapat kalau ader perasaanmacam tu)...tapi aku kembali ke jalan demi mencapai cita-cita ketika itu...nauzubillah, aku minta dijauhkan perkara-perkara seperti itu (benci dengan guru/ pendidik)...Mungkin ader hikmah aku disekolah Agama...sekurang-kurangnya, aku sering memperingati diri supaya tidak ada perasaan benci atau tidak puas hati kepada Guru. Bagaimana yang bukan dari aliran Agama? terlalu banyak faktor yang mempengaruhi hidup mereka (pelajar zaman sekarang)..... MOga Allah SWT permudahkan urusan aku di sana...amin ya rabbal alamin



Sukarnya nak buat pilihan, tambahan pula tempat kerja sekarang ni dah mula membuatkan aku rasa bahagia dan happy, memang satu keputusan yang sukar, walau hanya dua bulan lebih bergelar staff dekat sini tapi...perasaan sayang tu masih ader...

Rabu, 3 Jun 2009

oh! ANAK......


hari silih berganti...bulan demi bulan dan tahun demi tahun...masa berlalu begitu pantas dan tanpa kita sedari umur kian meningkat...dan amalan pulak??? tepuk la dada tanya lah iman... kisah mengenai ANAK dlm coretan saya ini bukan setakat coretan mengisi ruang blog sahaja...tetapi coretan yang mengajak kepada kebaikan dalam kehidupan selari dengan landasan islam seperti bumi dan planet-planet di langit di garis paksinya dan haiwan-haiwan mahupun tumbuhan dengan fitrah azalinya...begitu juga manusia kan?

Anak tanpa ibu bapamu siapalah kamu...kasih sayang yang Allah tiupkan didalam jiwa kalian..

MENGGENDONG (MENDUKUNG) IBU BELUM CUKUP MEMBALAS JASANYA seperti yang diriwayatkan daripada Zura’h bin Ibrahim, bahawa seorang lelaki datang
kepada Umar, kemudian berkata: “Sesungguhnya aku mempunyai seorang
ibu yang sudah tua. Dia tidak dapat memenuhi keperluannya, kecuali
belakangku menjadi tunggangannya. Aku selalu menjadi petunjuk jalan
baginya, namun aku sering memalingkan mukaku daripadanya. Adakah aku
telah menunaikan haknya?” Dia menjawab: “Tidak.”
Lelaki itu berkata: “Bukankah aku sudah menggendongnya di atas belakangku
dan mengekang keinginanku kerana dirinya?” Umar menjawab, “Dahulu
dia pun pernah melakukan itu kepadamu, dan dia mengharap kamu tetap
bersamanya, sementara engkau mengharap dia berpisah daripadamu.” (Birrul
Waalidain, Ibn al-Jauzi)

dan RENDAHNYA SUARA MUHAMMAD BIN SIRIN TERHADAP IBUNYA seperti Al-Zahabi meriwayatkan dalam biografinya, Siyar al-Nubala
daripada Hisyam bin Hassan, dia berkata: Hafsah binti Sirin
menceritakan kepadaku dengan mengatakan, “Ibu Muhammad bin
Sirin adalah seorang wanita Hijaz. Dia sangat menyukai pakaian
yang dicelup. Apabila Muhammad membelikan baju untuknya, dia
membelikan baju yang paling lembut. Jika tiba hari raya, maka dia
mencelup baju untuk ibunya. Aku tidak pernah melihatnya
mengeraskan suara kepada ibunya. Jika dia sedang berbicara dengan
ibunya, maka dia seperti orang yang sedang mendengarkan
perkataan ibunya.”
Diriwayatkan daripada Ibn Aun: “Seandainya ada seseorang yang
melihat Muhammad bin Sirin berada berdekatan ibunya, maka orang
itu akan menduga Muhammad sedang sakit. Itu disebabkan
Muhammad sangat merendahkan suaranya ketika berdekatan
ibunya.” (Bahagian daripada kitab Duurus Ramadhan, jilid 1, hlm.
619).

Isnin, 1 Jun 2009

SAJAK

Jihad Boikot
Wahai saudaraku,
Tahukahkah kamu semua?
Yahudi itu tidak sekuat mana,
Ia bangsa pengecut,
Hatinya amat penakut,
Dibongkar Allah dalam al-Quran,
Jihadmu cukup menggentarkan.
Namun,
Hari ini ia berkuasa,
Kenapa?
Kerana ia kaya-raya,
Produknya menguasai dunia,
Ditaja pula kuasa besar Amerika,
Bantuan berjuta dolar,
Bebas memiliki senjata.
Saudaraku,
Kamu membeli produk Yahudi,
Kamu menyokong mereka,
Kamu memberikan mereka dolar,
Kamu memberikan mereka kekuatan,
Dengan rasa bangga,
Tanpa rasa bersalah.
Kamu mencipta seribu alasan,
Kau akan lapar,
Kau akan kebulur,
Kau tidak maju,
Kau akan susah,
Kau hilang pekerjaan,
Tanpa produk mereka,
Cukuplah!
Kau beralasan lagi,
KFC tak sokong Yahudi,
Nestle tak ada kaitan,
Mudahnya kau percaya,
Pada diayah mereka,
Tanpa sebarang siasatan,
Tidakkah kau lebih percaya,
Pada fatwa para ulama,
Yang berhukum dengan kajian,
Cukuplah!
Inilah jihad saudaraku,
Tiada jihad tanpa pengorbanan,
Tiada jihad tanpa kesusahan,
Usah bergantung pada produk Yahudi,
Bangkitlah berdikari,
Buktikan produk Muslim lebih berkualiti.
Ingatlah hari kebangkitan,
Allah pasti menyoal,
Di mana perjuangan kamu?
Di mana maruah kamu?
Di mana sumbangan kamu?
Di mana persaudaraan kamu?
Untuk saudaramu di Gaza.
Tidakkah ada sedikit rasa simpati?
Tidakkah ada rasa belas kasihan?
Tidakkah ada semangat ukhuwah?
Tidakkah ada rasa ingin menolong?
Jika tiada,
Masih adakah simpati Allah buatmu nanti?
Tidak keterlaluan jika kukatakan,
Duitmulah sumber kekuatan Yahudi,
Kamulah yang memberi mereka senjata,
Kamulah yang menyokong mereka,
Kamulah yang membunuh saudaramu,
Kamulah yang membuat saudaramu derita,
Ingatlah saudaraku,
Allah SWT Maha Adil,
Kamu pasti akan disoal,
Kamu pasti akan dihisab,
Atas setiap yang kamu belanjakan,
Meskipun hanya untuk Kit Kat, Nestle.
Kamu mungkin tak mampu,
Berjuang di medan perang,
Mengangkat senjata,
Berkonfrontasi dengan si zalim,
Mengelak percikan api,
Mendengar dentuman bom,
Melihat aliran darah,
Habis?
Apa yang kau mampu?
Tanganmu mampu dan berkuasa,
Memboikot barangan mereka,
Sebagai tanda perjuanganmu,
Seiring jihad saudaramu,
Meninggikan kalam Allah dan Rasul.
Ayuh, boikot Yahudi!

PETIKAN SAJAK DARI BUKU "PALESTIN TAK PERNAH GENTAR! FATWA KONTEMPORARI DAN PENYELESAIANNYA"
SAJAK DITULIS OLEH:
Dr. Farhan Hadi Mohd Taib
Hospital Selayang,
29 Januari 2009

Jumaat, 29 Mei 2009

Bacalah dengan nama TUHANMU…

Bacalah dengan nama TUHANMU…

“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa Al-Quran itu benar. Dan apakah Rabbmu tidak cukup (bagi kamu) bahwa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?” (SURAH Fussilat 41:53)

Ahad, 24 Mei 2009

fuh....dah abis interview dpli

Pagi tadi aku masuk bilik untuk ujian khas melukis...bila compare ngan org sebelah kanan dan kiri...huuuuuuuuu...buruknyer...lama betul aku tak melukis ni...nasib bek ader jugak rupenyer....hehehe..dan sebelah petang pulal rasa leganya bila saat keluar dari bilik interview tadi...bukan sebab confident sangat ngan jawapan, tapi sebab dah habis....rasa bahagia jer (sapa penah rasa exam dah abis?macam tu la lebih kurang rasanya) dapat ke tak tu blakang kira...janji kita dah buat yang terbaik kan...

antara soalan yang ditanya? aku rasa kurang soalan, banyak yang aku huraikan cerita antaranya aku nak kongsi kat sini adalah:
*selepas memperkenalkan diri (in english) aku ditanya mengenai minat terhadap perguruan...
*aku huraikan isu semasa yang berlaku mcm BULI, SOSIAL, TIDAK HORMAT GURU antara faktor yang mendorong aku jadi cikgu ni...aku bagi la contoh sekolah PERLIS tu ngan sekolah adik aku mengajar iaitu sekolah SANGLANG (sebab nyer sekolah luar bandar yg jd isu camni)
*Lepastu,Panel tu ader tgk pulak Sijil Fisioterapi yg aku amik masa kat uitm...aku explain la serba sikit pasal fisioterapi tu ape...
last sekali aku tunjuk la work final project masa aku kat uitm dlu....yang best kene puji sebab diorg interesting ngan benda tu...hehehe

Rabu, 20 Mei 2009

ADA ULASAN MENGENAI ESQ 165 - ambil yang baik jadikan teladan


ULASAN INI DIAMBIL DARIPADA www.zaharuddin.net

Ulasan, Komentar & Cadangan Berkenaan

Kursus Latihan ESQ 165

Dicatat dari hasil pengalaman :

Ust Zaharuddin Abd Rahman


PENDAHULUAN

Semua komentar di bawah adalah dibuat setelah saya mengikuti sendiri kursus ESQ 165 pada tanggal 1 hingga 3 Mei 2009 bertempat di PWTC. Kursus berkenaan dikendalikan oleh Regional Trainer, Bapak Aminul Rahman Pulungan dan beberapa orang pembantu moderator yang lain.

Untuk maklumat yang terperinci dan sambungannya sila layari www.zaharuddin.net

Yunalis-DAN SEBENARNYA dan diri aku...

Yuna - Dan Sebenarnya

oh bulan
jangan layan diriku lagi
pabila,
air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku
pabila,
kau bersama yg lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

ku enggan
berpura pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
telah menular dalam diri
pabila
kau bersama yang lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

pabila kau merenung matanya
ku rebah,
jatuh ke bumi
di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku
oh









Semenjak kali pertama dengar lagu ni rasa pelik sebab lagu Malaysia tak der lagi rentak macam ni. Setelah diamati lirik dia, setelah diperkenalkan pula oleh seseorang yang amat istimewa dalam hidup ni, memang teruja dan terus cari lirik dan lagu dia kat youtube...SEMESTINYA LIRIK INI ADA MENGISARKAN KISAH KEHIDUPAN AKU DENGAN SESEORANG...dan terus aku minat dengan YUNALIS @ NORAH JONES MALAYSIA NI...

Selasa, 19 Mei 2009

Laut Mati dan Kaitan kisah kehancuran Kaum Nabi Lut A.S



Laut ini masin atau dikenali Valley Of Salt sehingga tiada satu hidupan pun yang boleh hidup di laut ini, oleh kerana kepekatan airnya dan menyebabkan badan terapung2 dan tidak tenggelam jika kita mandi laut ini

Bagaimana pula kisah Kehancuran penduduk Sodom dan Amurah?

Tempat ini didapati kandungan SULFUR DAN GARAM yang tinggi dan dipercayai azab yang diturunkan ke atas mereka dari hujaman BATU-BATU BELERANG, yang mana selain membunuh manusia, ia membakar batu-batu kapur (limestone ialah batu kapur yang digunakan pada bahan binaan zaman itu)
Yang menakjubkan, tanah dan abu yang dijumpai kawasan itu ada kalsium sulfat + kalsium karbonat (hasil batu kapur dan batu belerang terbakar). Nauzubillah...Maha Suci Allah.



ALLAH MENURUNKAN AZAB KEPADA MEREKA YANG INGKAR

Akibat kedegilan kaum Nabi Lut, dimana mereka ialah Homeseksual. Azab yang menimpa mereka telah dirakamkan dalam Al-quran:

"MEREKA DIBINASAKAN OLEH SUARA KERAS YANG MENGGUNTUR, KETIKA MATAHARI AKAN TERBIT. MAKA KAMI JADIKAN BAHAGIAN ATAS KOTA ITU TERBALIK KE BAWAH DAN KAMI HUJANI MEREKA DENGAN BATU DARIPADA TANAH YANG KERAS" (SURAH AL-HIJR 15:74)

Isnin, 18 Mei 2009

HOUSEMATE AKU DAH BALIK KAMPUNG

SUNYINYE TINGGAL BERDUA DENGAN ILI MULAI HARINI. AYU BALIK KAMPUNG PAGI TADI, BALIK PAHANG. ADIK-ADIK ILI PULAK MASING-MASING NAK SAMBUNG BLAJA. SEDEY PULAK BILA PIKIR SUNYI MACAM NI...HAI...HARI MINGGU BERLALU BEGITU SAHAJA...SIAPA LA YANG SUDI KELUAR BERDUA DENGANKU...MENGHILANGKAN SUNYI KU, SEPI KU HARI-HARI...HEHEHE...

BERMADAH-MADAH PULAK....

Jumaat, 15 Mei 2009

Baru register Perodua Viva Club...macam best je








Sebenar surfing website-website perodua jer itu pun tujuan nak pergi hantar service kereta bila cukup kilometer nanti. Maklumla kereta pinjam dengan my mama jer, bukan ader duit nak beli pon. Sebelum ni kereta tu ader kat perlis, segala urusan penyelengaraan, masalah, insurans dan lain-lain berkenaan kereta abah yang buat. Tetiba tertangkap plak dengan satu website Perodua Viva ni http://www.peroduavivaclub.com. Menarik pulak bila tengok gambar-gambar aktiviti diorang kat galeri wbsite tu. memang fun betul bila tgk kereta viva bergerak banyak-banyak dan parking plak seragam jer kat tempat riadhah lagi la nampak syoook je tgk...baru tengok kalau pergi tu mesti lagi best kan...apepun register ni sesajer jer..kalau tergerak hati nak joint kene la jadi ahli berbayar ke kan...huhu..biasa la...

Khamis, 14 Mei 2009

MAJALAH SOLUSI MEMIKAT IMAN PEMBACA

PERNAHKAH ANDA MENDENGAR MENGENAI MAJALAH SOLUSI? SEKIRANYA TIDAK, SAYA INGIN SANGAT SYORKAN SUPAYA ANDA MEMBACANYA. TAHUKAH ANDA APA INTIPATINYA YANG MEMBUATKAN SAYA TERTARIK BENAR SEHINGGA BERKALI-KALI MENATAPI DAN MEMBACA BERULANG KALI?
1. INTIPATINYA PADAT DENGAN DAKWAH YANG SESUAI DENGAN KEASYIKAN DAN KELALAIAN MANUSIA ZAMAN SEKARANG. SEBAGAI PEMBENTUK JIWA YANG TERSASAR DARI LANDASAN MENUJU ALLAH S.W.T
2. PADA PERKIRAAN SAYA HINGGA HARI INI MAJALAH SOLUSI SUDAH MENCAPAI KELUARAN YANG KE-5
3. MAJALAH SOLUSI ADALAH KELUARAN TELAGA BIRU SDN BHD.
4. HARGANYA RM9.00 UNTUK SEMENANJUNG MALAYSIA DAN RM11.00 UNTUK SABAH DAN SARAWAK, ISINYA DAN INFONYA PADAT SETANDING HARGANYA.
5. PENULISNYA RUANGAN JUGA ANTARA TOKOH YANG MEMPUNYAI PENGALAMAN DALAM MENYAMPAIKAN DAKWAH SEPERTI USTAZAH DATO' SITI NOR BAHYAH MAHMUD DAN ANTARA LAIN USTAZ HJ ZAHAZAN MOHAMED, USTAZ AHMAD HUSNI DAN RAMAI LAGI

APABILA KEBERKATAN DICABUT (petikan dari majalah Solusi)

Rasulullah S.A.W menyebut bahawa salah satu tanda-tanda kecil dekatnya kiamat ialah waktu yang terasa semakin singkat. Rasulullah s.a.w bersabda yabg bermaksud, " Tidak akan tiba hari kiamat hingga waktu semakin singkat. Setahun bagaikan sebulan, sebulan bagaikan seminggu, seminggu bagaikan sehari, sehari bagaikan satu jam. Dan satu jam bagaikan api yang membakar daun kurma".
Para ulama tidak menafsirkan singkat nya waktu dengan bertambahnya kecepatan putaran bumi. Oleh itu para ulama hadis seperti Qadhi "Iyadh, al-Nawawi dan Ibn Abi Jamrah menafsirkan singkatnya waktu ini dengan HILANGNYA KEBERKATAN.

APA PENYEBAB HILANGNYA KEBERKATAN WAKTU KITA???

1. Lemah Iman

2. Khianat Menghapuskan Berkat

3. Menipu dan Berdusta

4. Makanan Haram atau Shubhah

5. Banyak Tidur (membuang waktunya dengan sia-sia)

6. Riba menjadi sumber rezeki

Dari Ibn Umar r.a berkata, sabda Rasulullah S.A.W

" Bila kamu berada pada waktu petang maka janganlah menantikan waktu pagi. Dan bila kamu berada pada waktu pagi, maka janganlah menantikan waktu petang. Pergunakanlah masa sihatmu untuk waktu sakitmu, dan pergunakanlah masa hidupmu untuk saat kematianmu." (Riwayat Bukhari)

My 1st time joint pre-press meeting

Sejak aku kerja mula dari sebulan yang lalu, hari ini pertama-tama kalinya aku menjointkan diri masuk bilik meeting. Dulu masa blaja selalu buat discussion jer itu pun by group setakat maximum 5-7 orang. Kali ini betul-betul aku rasa the really reality of working environtment in printing industry, especially in prepress department...it's really unpredictable that the discussion is based on printing concept. Senang cerita, siapa tak de basic printing or printing knowledge memang dia akan ternganga. Alhamdulillah, meeting tadi berjalan lancar bersama-sama Kak Tet dan Miss Lew. Banyak benda disuarakan terutamanya melibatkan error yang berlaku di bahagian prepress seperti Jump Job sebab tak ikut Schedule, Standardize system dan upgrade system serta banyak lagi, semestinya banyak benda yang aku dapat time tu. Selepas meeting pekena plak breakfast roti jala yang depa sediakan, dan perkenalkan diri aku sebagai staff baru kat situ, hehe, malu jugak...lama-lama akan jadi biasa la kan...

Isnin, 11 Mei 2009

DAPAT INTERVIEW DPLI

Sememangnya perkara ni tak jangka langsung nak dapat...sebab masa jawab tu...mmg tak menipu sikit pun...100 percent its come from my heart la kata...ALHAMDULILLAH...tuhan bagi rezeki seperti ni..aku bersyukur sangat, memang pada mulanya aku penah berhasrat untuk menjadi seorang pendidik...tapi penah sekali pada awal bulan Julai 2008, aku p minta borang Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) sekolah menengah kat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kangar dengan adik aku Nani...tapi bukan rezeki aku yang dapat, Nani yang dapat... Kecewa tu ada, tapi tak da la sampai tahap sedih...Tetiba rasa sayang tu muncul dalam hati utk tinggalkan tempat kerja skg, tambahan pula baru pulak lepas pergi Kursus ESQ 165...lagi la sayang tak terhingga...andai kata aku berpeluang lepas interview cikgu ni...aku terima seadanya...mungkin ada hikmah disebaliknya...walaupun hakikatnya berat hati jugak...tapi aku malas nak feeling benda yang belum jadi ni...SEMOGA ALLAH MENUNJUKKAN AKU JALAN YANG BENAR DAN LURUS, MEMPERMUDAHKAN JALAN YANG PENUH LIKU-LIKU INI...amin

Ahad, 10 Mei 2009

ESQ 165 last day





PADA HARI TERAKHIR NI AKU LAGI NAMPAK APA SEBENARNYA YANG KITA NAK DALAM HIDUP KITA....SEBUAH JAMBATAN TERBESAR DI CALIFORNIA TU MENJADI BUKTI BETAPA RAMAINYA ORG MEMBUNUH DIRI. SEBAB APA??? SEBAB MEREKA TAK TAU APA TUJUAN HIDUP MEREKA.... SUSAH AKU NAK CERITA APA YANG AKU DAPAT SEPANJANG KURSUS NI. AKU BAGI IBARAT SI A YANG BELUM PERNAH MAKAN DURIAN BERTANYA KEPADA SI B A: APA RAASA DURIAN TU YERK? B: RASA SEDAP LAH.. A: SEDAP YANG MACAM MANA TU? B: RASA MANIS... A: RASA MANIS YANG MACAM MANA? GULA KE? B: TAK LAAA..RASA MANIS MACAM DURIAN LAA...SUSAH2 KO RASA LA SENDIRI INILAH PERUMPAAN KURSUS YANG AKU PERGI...SUMER KENE RASA SENDIRI...SUSAH NAK CERITA DENGAN KATA-KATA DARI SURAH AS-SYAM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG DEMI MATAHARI DAN SINARNYA DIPAGI HARI DEMI BULAN YANG MENAMPAKKAN CAHAYA DI MALAM HARI... DEMI LANGIT DAN SELURUH BINAANYA DEMI BUMI DAN SELURUH KEHIDUPANNYA DEMI HATI DAN PENYEMPURNAANYA...
ALLAH MENGATASI SUKMA KEBAIKAN DAN KEBURUKAN
BERUNTUNGLAH SIAPA YANG MENYUCIKANYA
RUGILAH SIAPA YANG MENGOTORINYA...


TAHUKAH ANDA DALAM ALQURAN ADA MENYEBUT "TUNTUTLAH ILMU HINGGA KE NEGARA CINA" DAN BERKEMUNGKINAN NEGARA CINA ITULAH JEPUN BERDASARKAN DARI KAJIAN-KAJIAN YANG MEREKA PERNAH JALANKAN.DARI SITU KITA DAPAT TAHU DAN DAPAT MEMPELAJARI CONTOH AMALAN ORANG JEPUN IAITU KAUM SAMURAI, BAGAIMANA PERANG SAUDARA PERNAH BERLAKU DIANTARA KAUM SAMURAI(YANG DIANGGAP KAUM KUNO DIMANA MEREKA MENOLAK PENGARUH LUAR MASUK KEDALAM JEPUN) DAN ORG JEPUN MODEN(YANG INGIN PEMBAHARUAN DALAM NEGARA MEREKA), BAGAIMANA SEMANGAT SAMURAI MASIH ADA DALAM DIRI MEREKA WALAUPUN MEREKA PERNAH BERPERANG SESAMA MEREKA... ITULAH IKTIBAR YANG BOLEH DIAMBIL DALAM MASYARAKAT MEREKA...MALAH BUKAN ITU SAHAJA...ADA LAGI BEBERAPA KISAH YANG TAK TERMAMPU AKU TAIP LAGI DISINI




PREVIEW YANG KEDUA MENCERITAKAN




1. APA TUJUAN MATAHARI DICIPTAKAN???? SEMESTINYA UNTUK MANUSIA MENDAPATKAN CAHAYA




2. APAKAH YANG KITA DAPAT DISEBALIK BULAN SETELAH KITA MERENUNGINYA???? SEMESTINYA BULAN ITU TERDAPAT KELEMBUTAN




3. APAKAH KEPENTINGAN BINTANG KEPADA MANUSIA KETIKA MALAM DAN DI ATAS LAUTAN???? SEMESTINYA SEBAGAI PETUNJUK ARAH




4. APAKAH PENTINGNYA BUMI KEPADA KITA???? SEMESTINYA SEBAGAI TEMPAT UNTUK KITA BERLINDUNG DAN JUGA UNTUK MENAMPUNG MANUSIA BUKAN...




TIDAKKAH KITA SEDAR KE-EMPAT-EMPAT JAWAPAN ITU TERDAPAT NAMA-NAMA ALLAH SWT (Asma Ul-Husna) ?




-YANG MAHA BERCAHAYA




-YANG MAHA KELEMBUTAN




-YANG MEMBERI PETUNJUK




-YANG MAHA PELINDUNG




PERKARA-PERKARA SEPERTI INILAH YANG KADANG-KADANG KITA TAK SEDAR LANGSUNG KAN...KAT ESQ 165 LAGI SERONOK KERANA SISTEM AUDIONYA...SISTEM VISUALNYA...MEMANG BEST.....







PREVIEW YANG KETIGA KEJADIAN-KEJADIAN SEPERTI:




LANGIT TERBELAH SEPERTI MAWAR MERAH YANG BERKILAT SEPERTI MINYAK- ADA DISEBUT DALAM ALQURAN DARI SURAH ARRAHMAN DAN DIAKUI OLEH SAINS DAN GAMBARNYA JUGA MEMANG MENAKJUBKAN SAMA SEPERTI YANG DIGAMBARKAN OLEH RASULULLAH 1400 TAHUN YANG LALU...MAHA DASYAT BUKAN??




TAHUKAH KITA BAGAIMANA TERJADINYA GUNUNG-GANANG? SAINS MEMPERAKUI BAHAWA DIBAWAH BUMI KITA AKAN BERGERAK 5CM SECARA BERTENTANGAN SETIAP TAHUN? DAN INI JUGA TERDAPAT DIDALAM ALQURAN KALAMULLAH YANG MULIA ITU.




BAGAIMANA DI ANDALUSIA (SPAIN) TERDAPAT LAUT YANG MEMPUNYAI PERBEZAAN WARNA DITENGAH-TENGAH LAUTANYA DAN YANG MENAKJUBKAN SEKALI LAUTNYA ITU TIDAK PERNAH BERCANTUM SEDIKIT PUN...SIAPA YANG MELAKUKANNYA? SEMESTINYA YANG MAHA PENCIPTA IAITU ALLAH SWT...

Sabtu, 9 Mei 2009

Pada hari pertama, aku betul2 teruja sebabnyer aku ader jugak dengar pasal kusus ESQ ni kat majalah karangkraf....mula-mula aku terfikir jugak kursus ape yang ni...dan yang buat aku lagi teruja bila org cakap, kursus ni BEST BANGAT!!!...ape yang best tu???urm.....aku nak berkongsi sedikit pasal kursus ni kat pembaca blog aku..sekurang-kurangnyer org yang tak penah tau passal kursus ni jadi tau...dan bila org cakap jer pasal benda ni takder la tercengang-cengang kat depan muka org yang bercerita tu plak....

Kursus ESQ ajar kenal diri

Hari Isnin 3 Mei...aku betul2 terkejut betul sebab tetiba nama aku tersenarai ikut kursus kat HOTEL FLAMINGO AMPANG hari jumaat- ahad...mana tidaknyer aku tak tau jalan...seb baik ader 4 org ofizmate sudi tumpang kereta aku dan yang penting leh sama2 bayar untuk:
MINYAK-aku isi 30 inggit
TOL-pegi balik dah rm8.40 x 3 hari = rm 25.20
PARKING-rm3.00 x 3 hari = rm9.00

Selasa, 5 Mei 2009

masak...

Balik jer umah nampak ader lagi baki meehoon kat dalam bekas tuperware...apa lagi terus pikir buat meehoon goreng

Starting my new blog

Alar, br jer lepas register kat blogger tadi...TIME'S UP!!!! dah pukul 6.00ptg. Aku dekat opiz, dah kene balik rumah...kalau lambat jer jap lagi mesti jem kat jalan tu...walau rumah tu takder la jauh mana dari office...tapi memandangkan petang ni housemate Si Ayu suruh buat masak paprik ayam...so kene la tepati...alar nak balik lah...cepatttt