BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Follow me

Jumaat, 25 Disember 2009

RESULT DPLI-UPSI DAH KLUARRR....

Tetiba jer semalam (jumaat 12.30 am) Kak Nisa call Kak faiz bagitau "weiii korang result dah kuar laaa...dorg inform kat facebook ni ha" mengelabah aku dan kengkawan lain dengar...dah la bersiap nak pergi MAMAK beli roti ARAB...huhu...terus stuck jap...sbb wisaau kalau result teruk...NAYA AKU...
then...masa yg menentukannya...alhamdulillah...Alhamdulillah, syukur sgt2 kehadrat ilahi di atas segala nikmat yg telah diberikan selama ini...terkejut sgt sbb result tu lebih jauh dari sangkaan aku selama ni...fuh! lepas satu perkara...sekarang perkara kedua pulak aku pikir sem dua ni...aku doa selalu agar Allah permudahkan jalan buatku...insyallah...amin

Jumaat, 11 Disember 2009

Ketentuan tuhan...Bukan USAHA tapi DOA...



Sebuah hadith daripada Salman r.a., bahawa Nabi s.a.w telah bersabda Tidak boleh diubah takdir kecuali doa, dan tidak ada yang boleh menambah umur kecuali perbuatan baik. {Riwayat Tirmizi, hassan gharib}

Allah berfirman dalam surah Ar-Ra’ad ayat 39, Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Dia juga menetapkan apa jua yang dikehendakiNya. (Ingatlah) pada sisiNya ada Ummu al-Kitab. Firman Allah lagi di dalam surah Mukmin ayat 60, Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.

Abu Hurairah r.a juga melaporkan bahawa, “Nabi s.a.w selalu memohon perlindungan dari suratan takdir yang buruk, dari ditimpa kecelakaan, dari keghairahan musuh dan dari terkena bala.” {Riwayat Muslim}

Doa sahaja yang dapat mengubah takdir, bukan usaha.

ANTARA PUTUS ASA DAN BERSERAH KEPADA TAKDIR
Mempercayai takdir bukan bermaksud berputus asa. Frasa “putus asa” sepatutnya tidak wujud di dalam kamus hidup seorang mukmin. Kita tidak boleh berputus asa dalam mengharapkan rahmat Allah.

Semasa peperangan di Thaif, umat Islam telah mengepung kota Thaif. Ibnu Ishaq meriwayatkan Thaif telah dikepung selama 17 malam dan diserang dengan manjanik (senjata pelontar batu). Umat Islam terus menyerang dan menyerang namun tetap gagal. Lalu Nabi s.a.w bertindak untuk mengundur sahaja.

Abdullah bin Amru r.a melaporkan bahawa, Rasulullah s.a.w telah mengepung penduduk Thaif tetapi tidak mendapat apa-apa hasil dari pengepungannya tersebut. Seterusnya baginda bersabda: Insya Allah kita akan kembali ke Madinah. Para sahabat membantah: Mengapa kita harus kembali? Kita belum dapat menaklukinya. Rasulullah s.a.w bersabda kepada mereka: Pergilah kamu berperang. Mereka pun mencubanya sehingga mereka mendapat kecederaan. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Besok kita akan kembali. Para sahabat hairan dengan sabda baginda. Sementara itu Rasulullah s.a.w hanya tersenyum. {Riwayat Muslim}

Itu adalah contoh perbezaan antara putus asa dan menerima ketentuanNya. Adakah nabi s.a.w berputus asa ? Atau beliau tunduk dengan takdir ?

Khamis, 10 Disember 2009

Cinta yg Hakiki dan Cinta Abadi


Petikan dari sumber elektronik...Jika Aku Jatuh Hati...

Ya Allah jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu.
Ya Allah jika aku jatuh hati,
izinkan aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya terpaut padaMu
agar tidak terjatuh aku dalam jurang nafsu.
Ya Rabbana,
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling daripada hatiMu.
Ya Rabbul Izzati,
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu
Ya Allah,
jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu melebihi
kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu...
Ya Allah,
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
jangan biarkan aku tertatih
dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepadaMu...
Ya Allah,
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu
Amin...

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Tiga perkara yang sesiapa melakukannya akan mendapat kemanisan iman:
Menjadikan ALLAH dan Rasul-NYA s.a.w sebagai cinta yang paling utama, menyintai seseorang semata-mata kerana ALLAH dan benci untuk kembali kepada kekufuran seperti dia benci dicampakkan ke dalam neraka.”
– Riwayat al-Bukhari -

Hakikat manusia dicipta perlu ada sifat sayang menyayang..itu lumrah kehidupan. Hablum minAllah iaitu sifat cintakan Allah, pencipta manusia, langit dan bumi serta alam semester...dan Hablum minannas iaitu sayang sesama manusia, sering berbaik sangka, memberi senyuman, memberi salam, bertanyakan khabar, saling membantu dan menghormati...lihat saja contoh akhlak Rasulullah, sering tersenyum, tidak marah jika dicerca dan dihina (seperti cerita Hendon yang selalu membaling najis kepada Rasulullah dan akhirnya dia memeluk Islam kerana terpegun dengan akhlak Rasulullah iaitu Beliau tidak punya sekelumit benci dan dendam, malah menziarahi Hendon ketika jatuh sakit)...Akhlak Rasulullah sungguh terpuji, kerana itu Aisyah R.A berkata jika kita membaca dan menghayati Al-quran yang sememangnya tiada celanya, maka itulah sifat Rasulullah... Tiada Iman seseorang manusia itu, melainkan mereka saling berkasih sayang sesama manusia... wallahualam...

Rabu, 2 Disember 2009

JODOH OH JODOH

Setelah beberapa kali menatap satu laman web blog ini iaitu http://webblog.myjodoh.net saya mendapati ada beberapa intipatinya membuat hati saya terusik seketika, apatah lagi mengenang kembali beberapa situasi dan masalah yang telah dihadapi oleh seorang rakan saya satu ketika dulu. Hati ini terus berbisik, adakah hati-hati manusia di zaman ini akan berubah walau berbagai-bagai saluran dakwah telah diterimanya..jangan di sangka si wanita bertudung litup itu BAIK RUPANYA. Si gadis lembut budi bahasanya itu menjaga kehormatanya..astagfirullahalazim...Ya TUHANKU, peliharalah iman ku yang sememangnya nipis ini YA Allah... jangan di sangka, si jejaka yang soleh luarannya itu baik budi pekertinya. Mungkin buaya darat dan pemakan mangsa. Jangan sangka, si lelaki yang pandai dan hebat berkata-kata dan nasihat itu penyelamat kita...semua mungkin akan berubah sekelip mata disebalik pandangan mata nista manusia. YA Allah...kau lindungilah aku ya Allah.

Daripada hadith Sabda Rasulullah SAW: Tidaklah seorang itu bernama alim (berilmu) sebelum berbuat menurut ilmunya”.Hadith ini telah direkodkan oleh Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi daripada Abi Darda’

Berikut adalah doa yang diambil daripada buku Ikhtiar Penyembuh Penyakit oleh Tuan Guru Dato Dr Haron Din, terbitan Darussyifa’