BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Follow me

Jumaat, 26 Jun 2009

my 2nd last day at DASAR CETAK (M) SDN BHD


Hari pendaftaran guru DPLI makin tiba...lepas satu-satu kene settle, seminggu sebelum resign kene kasi notis kat KARANGKRAF....rumah sewa plak kene kosongkan dalam bulan jun ni...pulak tu aku kene pikir camner erk lagi beberapa hari ni nak kosongkan...umah tu banyak ngan barang2 terutama barang2 ayu...memandangkan Ili pun mmg nak balik terengganu (ili dah plan awal2 lagi)...Fiza plak baru datang Shah Alam...Ayu plak mungkin dapat keje kat Putrajaya...nampak gaya aku kene settle urusan bil2 elektrik-air-umah sewa sumer ni sorg diri...memandangkan tinggal aku ngan Fiza jer yang tinggal, Fiza terus jer cari umah sewa lepas aku bagitau aku dapat sambung blaja ni...kesian Fiza, kalau aku jadi dia jadi tensen jugak...bukan sbb tinggal sorg2...tapi sebab tensen kawan2 sumer dah dapat keje dan dia baru nak cari keje (dia pun baru habis blaja jer...kira ok la klu tak dapat keje lagi...ada masa lagi...yang kesian macamana plak klu dah setahun mengganggur baru nak cari keje)...aku pun tiap2 hari banyak naikkan diri dia...nasihat dia, motivasi dia...aku kenal fiza...macamana dia dlu waktu putus couple...sampai kene kaunseling, sbb dia down teruk sangat tambah lagi bila efect kat result exam dia..itu yang aku paling kesian...

Hari ni hari jumaat, esok hari last aku keje...tapi aku mmg dah plan nak belanja ofismate aku, so dengan pertolongan OTAI 001 iaitu abg Saiful..hehe...aku pun bagila duit RM100 suh dia beli pizza DOMINOS...lepas jer solat jumaat dalam kul 2.30 tu..dominos sampai la...pastu Cik Ikin kiter, penjaga kaunter depan terus call..."kak ain, Dominos dah sampai"....antara orang yang aku jemput dan yang datang ialah:
ABANG SHAH (MARKETING), KAK WATI (ADMIN), IKIN (KAUNTER), KAK LIZA(GRAPHIC DESIGNER), FIR (GRAFIK DESIGNER) dan ahli2 masking department iaitu: SAYA, ABG SAIFUL (OTAI 001), ABG ROSLIM, KAK YUS, ABG HASSAN, ABG HANAFI...tak ramai pun..tp memadailah dengan bajet aku yg ciput tu...hehe...seronok plak bila depa pun kasi hadiah (aku dah bukak depa kasi handbag...ok la tu)... terharunyer...keje tak sampai 3 bulan pun dapat penghargaan macam ni jugak...suker aku...kesian jugak shif malam antaranya ZATY, HAFIZAL, BOMBA NGAN AWE...tak dapat merasa...aku harap diorg tak terasa ngan aku...takkan aku nak wat majlis dua2 shif plak..bankrap la aku....huhu... Buat abg shah, kak wati, kak tet, abg saiful, abg roslim, abg hassan, abg hanafi...semoga sukses dalam kerjaya yg diceburi...majukan karangkraf

Petang ni lepas balik ofiz aku kene photostat sijil2 yang tak cukup...sebelum ni banyak tp tak perasan plak bila masanyer habis..apa la aku ni...aku kene stanby sumer2 sijil aku untuk 5 copy....sbb tu kene photostate arini jgk, malam kang kasi Fiza suh pakwe dia (abang polis) kasi bos dia sign...tak kuasa aku nak masuk UiTM nak cari sumer lecturer2 aku dah...aku tak kisah jmp diorg tp kene tinggal kan ic, isi borang la kat pintu pagar uitm leceh plak...kad matrik aku yang setahun dlu tu tak laku dah...haha...

Khamis, 25 Jun 2009

nak create blog...siap ader FLASH LAGI???

nak create blog yg ada FLASH tu...wah...mesti gempak blog anda...mesti ramai nak tgk blog tu kan...tak kisah la isinya macam mana pun tapi yg penting anda akan membuatkan pengunjung blog anda hepy bukan...sedikit sebanyak la...yg penting isinya...hehe...klu berminat sila layari website berikut: http://www.wix.com/create/website

Rabu, 24 Jun 2009

KUMPULAN Q-FACE-ANTZ menggamit memori zaman sekolah

Fairuz Selamat new...


Baru-baru ni rancangan MUZIK-MUZIK tv3 ada menjemput Fairuz Selamat, pada mulanya saya memang tak kenal langsung siapa gerangan artis lelaki ni,artis baru kot...tapi bila Fairuz Selamat nyanyi lagu IZINKANLAH, terus tertangkap, laaa yang kumpulan Q-face tu rupenyer...8tahun lalu fairuz pernah menganggotai satu kumpulan muzik yg ingin mencuba nasib menjadi artis, walaupun pada masa tu dia masih mentah tentang segala galanya bersama dengan angah(allahyarham), azan, qimie dan noh... mereka sempat dikenali dan menghiasi majalah2 hiburan malaysia untuk beberapa ketika. bersama dua buah lagu mereka yang sempat berkumandang di corong2 radio iaitu IZINKANLAH dan CINTA TAK SEHALUAN. tp jodoh fairuz tak lama denagn kumpulan tu apabila di pertengahan tahun 2001 fairuz menarik diri dr kumpulan tu.. pada tahun 2002, fairuz mencuba sekali lagi di persada seni kita dengan muncul bersama satu lagi kumpulan iaitu ANTZ di bawah label FMC. Bersama dengan ein, nazri dan ijan, mereka juga sempat dikenali dengan beberapa buah lagu antaranya CINTA REMAJA duet bersama elyana, SEBATI DAN JUGA LYDIA. tidak terhenti setakat album pertama itu, mereka muncul dengan album kedua pada tahun 2005. walaubagaimanapun sambutan terhadap album kedua ini semakin berkurangan lantaran kesibukan mereka yang masing2 pada ketika itu sangan sibuk dengan hal masing2. antaranya fairuz yang pada tahun itu diterima untuk melanjutkan pelajaran dan sebagainya. pada tahun 2008, pada bulan 3, kontrak mereka tamat dan seterusnya mereka tak berniat untuk menyambungnya. kini, fairuz mencuba sekali lagi untuk sekian kalinya sebagai pejuang bakat dan seni... tahun 2008 merupakan permulaan untuk projek solo fairuz. sekarang, awal 2009 merupakan permulaan langkah fairuz untuk mempromosikan balik nama dan lagunya. Buat peminat yang masih merindui kumpulan Q-FACE, fairuz telah merakamkan kembali lagu CINTA TAK SEHALUAN dalam bentuk okestra...


Kumpulan ANTZ



Kumpulan Q-FACE




kemunculan wajah baru dengan single terbaru, kehadiran Fairuz Selamat akan memeriahkan lagi industri hiburan tanah air. siapa yang berminat boleh la layari blog dier kat bawah ni

Just Me

Isnin, 22 Jun 2009

ANCAMAN H1N1 ADALAH AMARAN ALLAH SWT

Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa dunia ini telah hampir akhir zaman bahkan Baginda mengumpamakan seperti seorang yang terlalu bongkok. Baginda juga mengibaratkan kiamat itu hampir ibarat dekatnya seperti jarak antara dua jari kita. Tentang fenomena alam yang terjadi dan penyakit-penyakit ganjil (seperti Coxsackie, JE, SARS, Selsema Burung dan kini Selsema Babi pula) disebutkan oleh Rasulullah SAW sebagai tanda-tanda qiamat.

Dari Ibnu Umar Rasulullah SAW bersabda;
“Bagaimana keadaan kamu ketika lima perkara berlaku di kalangan kamu, dan aku berlindung dengan Allah dari terjadinya perkara itu kepada kamu atau kamu sempat menempuhnya. Tidak timbul kemungkaran di kalangan satu-satu bangsa melainkan mereka melakukannya secara terang-terang, akan timbul penyakit taun dan penyakit-penyakit yang tidak pernah ada terhadap orang-orang sebelum mereka (penyakit ganjil).”
(HR: Ibnu Majah)



Kemunculan virus selesema babi H1N1 di dalam babi dan juga manusia di Mexico baru-baru ini yang berupaya menyebabkan jangkitan yang membawa maut menunjukkan sejarah mungkin berulang kerana pandemik virus selesema Sepanyol 1918 (1918 Spanish flu virus) juga disebabkan oleh virus selesema H1N1. Tetapi yang uniknya, virus selesema babi H1N1 Mexico muncul dari campuran virus selesema yang asalnya daripada unggas, babi dan juga manusia.

Berdasarkan laporan terkini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang beribu pejabat di Geneva dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di Amerika, virus selesema babi H1N1 yang ditemui di Mexico baru-baru ini dan di beberapa negeri di Amerika Syarikat, Kanada dan Sepanyol merupakan virus selesema babi H1N1 yang baru, yang belum pernah ditemui sebelum ini.

Virus babi H1N1 ini mempunyai profil genetik (campuran gen) yang unik yang belum pernah ditemui dalam mana-mana haiwan atau manusia sebelum ini. Ini dinyatakan oleh Timbalan Pengarah Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr. Abdul Rahman Omar. Menurut beliau, pada lazimnya, virus selesema babi H1N1 yang ditemui sebelum ini hanya mampu menyebabkan jangkitan yang ringan hingga sederhana pada salur pernafasan dan/atau paru-paru babi yang dijangkiti.

''Bagaimanapun virus tersebut (H1N1) berupaya menyebabkan kadar jangkitan tinggi yang boleh mencecah 100 peratus, meskipun kadar kematiannya adalah rendah," katanya.

Beliau berkata, manusia terutamanya pekerja di ladang babi yang dijangkiti dengan virus H1N1 boleh dijangkiti dengan virus ini, namun jangkitannya tidak berbahaya sekiranya tiada komplikasi. Tanda klinikal yang kerap berlaku ekoran jangkitan virus selesema babi H1N1 pada manusia adalah:-
1. demam
2. selesema
3. sakit tekak
4. dan batuk selama beberapa hari

Oleh kerana keupayaan tinggi virus selesema melakukan proses mutasi dan campuran genetik, langkah berjaga-jaga perlu diambil supaya ternakan seperti babi, ayam, itik dan spesies burung lain tidak dipelihara bersama.

Ini kerana ia boleh membawa kepada pembentukan virus selesema bersifat pandemik kepada manusia dan virus highly pathogenic avian influenza (HPAI) yang boleh menjangkiti ayam dan juga manusia. Di samping itu, babi merupakan perumah unik yang boleh berfungsi sebagai mixing vessel bagi kemunculan virus selesema yang berupaya menyebabkan pandemik selesema manusia.

''Ini adalah kerana saluran pernafasan babi mempunyai reseptor bagi menyokong proses replikasi virus selesema dari babi, burung dan juga manusia," kata Dr Abdul Rahman.

Katanya, epidemik selesema dikenal pasti apabila berlakunya peningkatan kematian akibat daripada penyakit selesema dan juga kes radang paru-paru (pneumonia) secara mendadak. Virus selesema pandemik manusia muncul apabila gen virus selesema haiwan sama ada daripada burung atau babi, yang sebelum ini tidak dijumpai pada manusia secara umum, bercantum dengan virus selesema manusia dalam cantuman genetik yang membolehkan virus campuran berupaya merebak dengan efisien dari manusia ke manusia. Berdasarkan sejarah, virus selesema yang merebak ke seluruh dunia (pandemik) dan menyebabkan kematian yang tinggi berlaku sebanyak tiga kali (sekali setiap abad) sejak 1700 lagi.



Kata Dr. Abdul Rahman, dalam abad kedua puluh ini, sebanyak tiga virus selesema pandemik telah muncul dan menyebabkan pandemik besar iaitu virus selesema Sepanyol 1918 (1918 Spanish flu virus) yang disebabkan oleh virus H1N1, virus selesema Asia 1957 yang disebabkan oleh virus H2N2 dan virus selesema Hong Kong 1968 yang disebabkan oleh virus H3N2. Pandemik selesema yang disebabkan oleh virus selesema Sepanyol yang berlaku pada tahun 1918 menyebabkan 50 juta manusia di seluruh dunia mati.

''Manakala, wabak pandemik kemudian yang dikesan pada 1957 jenis H2N2 dan pada 1968 jenis H3N2 telah membunuh lebih daripada satu juta manusia," kata beliau. Strain (jenis) virus yang menyebabkan pandemik selesema pada tahun 1957 dan 1968 merupakan virus yang mula-mula muncul di Asia melalui proses campuran (reassorted) gen-gen di antara virus unggas (avian), babi dan virus selesema manusia.

Virus selesema yang menyebabkan pandemik selesema Sepanyol pada tahun 1918 muncul menerusi proses campuran virus selesema manusia H1N1 dan babi H1N1 serta kehadiran proses mutasi yang kerap ditemui dalam virus selesema burung. Menurut beliau lagi, pencirian awal ke atas genom lengkap virus tersebut menunjukkan kemungkinan virus babi H1N1 strain baru ini mempunyai campuran genetik dari virus selesema yang berasal daripada unggas, babi dan juga manusia. Jujukan nukleotida mengesahkan gen neuramidase (NA) dan matrik (M) virus selesema babi H1N1 ini berasal daripada virus selesema Eurasian manakala jujukan hemagglutinin (HA) berasal daripada virus babi Amerika Utara.

Dengan penemuan yang lebih banyak mengenai virus babi H1N1, penjujukkan genom virus tersebut serta kajian ke atas tahap jangkitan dan sebaran virus selesema tersebut di dalam babi dan manusia, lebih banyak maklumat akan diketahui berhubung dengan virus babi H1N1 yang sedang menular di beberapa negara di dunia.

WHO mengesahkan bahawa dadah anti-virus lama seperti amantadine dan rimantadine tidak berkesan untuk membunuh virus babi H1N1 tetapi ia berkesan terhadap dadah anti-viral baru seperti oseltamivir dan zanamivir. Dijangkakan juga vaksin bermusim selesema yang ada sekarang tidak berupaya memberi pelindungan terhadap virus selesema babi H1N1. Ini adalah kerana virus selesema babi H1N1 yang ditemui ini mempunyai ciri-ciri genetik dan antigenik yang berlainan dengan vaksin selesema yang sedia ada.



Virus selesema babi H1N1 ini telah diasingkan dari pesakit di Mexico, Kanada, Sepanyol dan beberapa negeri di Amerika Syarikat. Beberapa negara lain seperti New Zealand, Perancis dan Israel telah mengesyaki kehadiran virus ini. Dijangkakan juga lebih banyak negara akan mengesahkan kehadiran virus selesema H1N1 kerana virus ini berupaya merebak dari manusia ke manusia.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyifatkan wabak selesema babi H1N1 yang sedang merebak ini boleh membawa kepada berlakunya ancaman kesihatan awam yang membimbangkan masyarakat antarabangsa. Virus selesema babi H1N1 yang pertama diasingkan (dipencilkan) dari babi pada tahun 1930.

Sejak dari itu lebih daripada 100 virus selesema babi H1N1 telah dikenal pasti. Walaupun terdapat perbezaan genetik terhadap virus H1N1 tersebut, ia tidak menyebabkan jangkitan berbahaya yang boleh membunuh babi dan juga manusia seperti apa yang sedang berlaku di Mexico.



Di Malaysia, kehadiran virus H1N1 ini pernah dikesan secara tidak langsung menerusi kehadiran antibodi spesifik terhadap virus tersebut. Kehadiran virus H1N1 tersebut dikesan menerusi suatu kajian pemantauan yang dijalankan menerusi projek kerjasama antara UPM dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) pada tahun 2005-2007.

Kajian tersebut mengambil lebih daripada 700 sampel sera dan cecair kerongkong telah di ambil daripada babi yang diternak secara komersial di Semenanjung Malaysia. Menurut Dr. Abdul Rahman, hasil kajian menunjukkan sebanyak 12 peratus daripada babi tersebut didapati positif bagi antibodi terhadap virus H1N1.

Namun, ujian pengasingan virus dari sampel cecair kerongkong gagal mengenal pasti kehadiran virus babi H1N1.

Tanda Simptom Selsema Babi

Apakah Selesema Babi?
Selesema babi adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.

Adakah Virus Ini Berjangkit?
CDC telah mengesahkan bahawa virus ini (H1N1) adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia lain. Walau bagaimanapun masih belum diketahui cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi.

Apakah Tanda-tanda dan Simptom Demam Babi Terhadap Manusia?

Simptom selesema babi ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan. Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.

Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema?
Perkara yang terpenting sekali adalah membasuh tangan. Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif, menangani tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Cuba mengelak dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan dengan mereka yang sakit.

Apakah Kawasan-kawasan Yang Berkemungkinan Sebagai Tempat Yang Dicemari?
Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh sesuatu yang dicemari dengan kuman dan menyentuh pula mata, mulut dan hidung mereka. Titisan rembesan dari batuk dan bersin dari mereka yang dijangkiti boleh bergerak melalui udara. Kuman boleh merebak apabila seseorang itu menyentuh titisan rembesan batuk dan bersin dari seorang di atas permukaan seperti meja dan permukaan lain dan menyentuh mata, mulut dan hidung sebelum membasuh tangan mereka.

Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?
Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema. Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda:

1. Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.
2. Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.
3. Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini
4. Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.


Jika anda sakit anda perlu:-
1. Tinggal di rumah dan mengelak hubungan dengan orang lain sebaik mungkin untuk mengelak jangkitan;
2. Mendapatkan rawatan kecemasan jika mengalami tanda-tanda awal penyakit.



"Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai dan darah dan daging babi dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah dia berdosa), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Surah Al-Nahl Ayat 115)

Khamis, 18 Jun 2009

AKHIRNYA...

Akhirnya dapat jugak DPLI kat UPSI...harapan mak dan ayah pun tinggi suruh aku (anak sulung kot) sambung study...dah lebih setahun tak mengadap buku dan blaja-blaja-blaja tu..huhu..gerun bila fikir sebab bidang perguruan bukan leh wat main-main...kene pikul satu tanggungjawab yang besar...dari awal mintak memang dah fikir pasal ni...tapi bila betul-betul dapat DPLI baru terasa (aku ni kat mana sebenarnya). Dulu kita penah belajar...bertanya dengan guru...ulangkaji pelajaran... Penah rasai macam mana bila geram dengan guru kita, bila satu perkara tu tak sependapat...(siapalah kita sebagai pelajar untuk membenci guru, keberkatan belajar tu takkan dapat kalau ader perasaanmacam tu)...tapi aku kembali ke jalan demi mencapai cita-cita ketika itu...nauzubillah, aku minta dijauhkan perkara-perkara seperti itu (benci dengan guru/ pendidik)...Mungkin ader hikmah aku disekolah Agama...sekurang-kurangnya, aku sering memperingati diri supaya tidak ada perasaan benci atau tidak puas hati kepada Guru. Bagaimana yang bukan dari aliran Agama? terlalu banyak faktor yang mempengaruhi hidup mereka (pelajar zaman sekarang)..... MOga Allah SWT permudahkan urusan aku di sana...amin ya rabbal alamin



Sukarnya nak buat pilihan, tambahan pula tempat kerja sekarang ni dah mula membuatkan aku rasa bahagia dan happy, memang satu keputusan yang sukar, walau hanya dua bulan lebih bergelar staff dekat sini tapi...perasaan sayang tu masih ader...

Rabu, 3 Jun 2009

oh! ANAK......


hari silih berganti...bulan demi bulan dan tahun demi tahun...masa berlalu begitu pantas dan tanpa kita sedari umur kian meningkat...dan amalan pulak??? tepuk la dada tanya lah iman... kisah mengenai ANAK dlm coretan saya ini bukan setakat coretan mengisi ruang blog sahaja...tetapi coretan yang mengajak kepada kebaikan dalam kehidupan selari dengan landasan islam seperti bumi dan planet-planet di langit di garis paksinya dan haiwan-haiwan mahupun tumbuhan dengan fitrah azalinya...begitu juga manusia kan?

Anak tanpa ibu bapamu siapalah kamu...kasih sayang yang Allah tiupkan didalam jiwa kalian..

MENGGENDONG (MENDUKUNG) IBU BELUM CUKUP MEMBALAS JASANYA seperti yang diriwayatkan daripada Zura’h bin Ibrahim, bahawa seorang lelaki datang
kepada Umar, kemudian berkata: “Sesungguhnya aku mempunyai seorang
ibu yang sudah tua. Dia tidak dapat memenuhi keperluannya, kecuali
belakangku menjadi tunggangannya. Aku selalu menjadi petunjuk jalan
baginya, namun aku sering memalingkan mukaku daripadanya. Adakah aku
telah menunaikan haknya?” Dia menjawab: “Tidak.”
Lelaki itu berkata: “Bukankah aku sudah menggendongnya di atas belakangku
dan mengekang keinginanku kerana dirinya?” Umar menjawab, “Dahulu
dia pun pernah melakukan itu kepadamu, dan dia mengharap kamu tetap
bersamanya, sementara engkau mengharap dia berpisah daripadamu.” (Birrul
Waalidain, Ibn al-Jauzi)

dan RENDAHNYA SUARA MUHAMMAD BIN SIRIN TERHADAP IBUNYA seperti Al-Zahabi meriwayatkan dalam biografinya, Siyar al-Nubala
daripada Hisyam bin Hassan, dia berkata: Hafsah binti Sirin
menceritakan kepadaku dengan mengatakan, “Ibu Muhammad bin
Sirin adalah seorang wanita Hijaz. Dia sangat menyukai pakaian
yang dicelup. Apabila Muhammad membelikan baju untuknya, dia
membelikan baju yang paling lembut. Jika tiba hari raya, maka dia
mencelup baju untuk ibunya. Aku tidak pernah melihatnya
mengeraskan suara kepada ibunya. Jika dia sedang berbicara dengan
ibunya, maka dia seperti orang yang sedang mendengarkan
perkataan ibunya.”
Diriwayatkan daripada Ibn Aun: “Seandainya ada seseorang yang
melihat Muhammad bin Sirin berada berdekatan ibunya, maka orang
itu akan menduga Muhammad sedang sakit. Itu disebabkan
Muhammad sangat merendahkan suaranya ketika berdekatan
ibunya.” (Bahagian daripada kitab Duurus Ramadhan, jilid 1, hlm.
619).

Isnin, 1 Jun 2009

SAJAK

Jihad Boikot
Wahai saudaraku,
Tahukahkah kamu semua?
Yahudi itu tidak sekuat mana,
Ia bangsa pengecut,
Hatinya amat penakut,
Dibongkar Allah dalam al-Quran,
Jihadmu cukup menggentarkan.
Namun,
Hari ini ia berkuasa,
Kenapa?
Kerana ia kaya-raya,
Produknya menguasai dunia,
Ditaja pula kuasa besar Amerika,
Bantuan berjuta dolar,
Bebas memiliki senjata.
Saudaraku,
Kamu membeli produk Yahudi,
Kamu menyokong mereka,
Kamu memberikan mereka dolar,
Kamu memberikan mereka kekuatan,
Dengan rasa bangga,
Tanpa rasa bersalah.
Kamu mencipta seribu alasan,
Kau akan lapar,
Kau akan kebulur,
Kau tidak maju,
Kau akan susah,
Kau hilang pekerjaan,
Tanpa produk mereka,
Cukuplah!
Kau beralasan lagi,
KFC tak sokong Yahudi,
Nestle tak ada kaitan,
Mudahnya kau percaya,
Pada diayah mereka,
Tanpa sebarang siasatan,
Tidakkah kau lebih percaya,
Pada fatwa para ulama,
Yang berhukum dengan kajian,
Cukuplah!
Inilah jihad saudaraku,
Tiada jihad tanpa pengorbanan,
Tiada jihad tanpa kesusahan,
Usah bergantung pada produk Yahudi,
Bangkitlah berdikari,
Buktikan produk Muslim lebih berkualiti.
Ingatlah hari kebangkitan,
Allah pasti menyoal,
Di mana perjuangan kamu?
Di mana maruah kamu?
Di mana sumbangan kamu?
Di mana persaudaraan kamu?
Untuk saudaramu di Gaza.
Tidakkah ada sedikit rasa simpati?
Tidakkah ada rasa belas kasihan?
Tidakkah ada semangat ukhuwah?
Tidakkah ada rasa ingin menolong?
Jika tiada,
Masih adakah simpati Allah buatmu nanti?
Tidak keterlaluan jika kukatakan,
Duitmulah sumber kekuatan Yahudi,
Kamulah yang memberi mereka senjata,
Kamulah yang menyokong mereka,
Kamulah yang membunuh saudaramu,
Kamulah yang membuat saudaramu derita,
Ingatlah saudaraku,
Allah SWT Maha Adil,
Kamu pasti akan disoal,
Kamu pasti akan dihisab,
Atas setiap yang kamu belanjakan,
Meskipun hanya untuk Kit Kat, Nestle.
Kamu mungkin tak mampu,
Berjuang di medan perang,
Mengangkat senjata,
Berkonfrontasi dengan si zalim,
Mengelak percikan api,
Mendengar dentuman bom,
Melihat aliran darah,
Habis?
Apa yang kau mampu?
Tanganmu mampu dan berkuasa,
Memboikot barangan mereka,
Sebagai tanda perjuanganmu,
Seiring jihad saudaramu,
Meninggikan kalam Allah dan Rasul.
Ayuh, boikot Yahudi!

PETIKAN SAJAK DARI BUKU "PALESTIN TAK PERNAH GENTAR! FATWA KONTEMPORARI DAN PENYELESAIANNYA"
SAJAK DITULIS OLEH:
Dr. Farhan Hadi Mohd Taib
Hospital Selayang,
29 Januari 2009